Saturday, May 25, 2013

ARABIC GRILL CHICKEN MY WAY

Hari ni malas nak makan nasi, dah bosan dok makan nasik sesekali tukar selera jadi musang ratah ayam lak..hehhehe.. Buat ayam bako memang sedap, tambah lagi makan panas- panas dicicah dengan mayo bawang putih homemade memang mebuka selera. Tambahan lagi aroma cumin amat memukau selera bagi yang tak lalu nk makan nasi. Semasa panas- panas selepas keluar ayam dari oven tu, anda cepat-cepat removekan oven bag letakkan ayam di atas pinggan/dulang hidangan, taburkan dengan sedikit sea salt serta serbuk cumin dan belag/prtong kepada dua bahagian dan makanlah dengan roti pita arab..



ARABIC GRILL CHICKEN MY WAY
1 ekor ayam- dicuci bersih, rendam ayam dengan air yang dicampur1 /4 cawan cuka selam 10-15 minit dan tapis/keringkan airnya

Bahan Perap
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit
Arabic mixed spice
Serbuk lada hitam
Serbuk cumin
Serbuk corainder
Serbuk bawang putih
1 biji lemon diperah ambil jusnya
Serbuk paprika
Dry oregano
Fresh rosemary leave- ditumbuk halus dan dicampur dengan olive oil

1 labu bawang putih
1-2 biji bawang besar (small size-jangan dipotong)
Baby potatoes secukupnya (dibersihkan dan dicucuk sedikit dengan garfu)
1 batang carrot di potong kasar-jika suka
1 biji capcicum dipotong 4

1. Campurkan kesemua bahan perap di dalam Oven Bag kecuali olive oil yang ditumbuk dengan rosemary dan masukkan ayam.
2. Gaulkan bahan perap sehingga sebati, luar dan dalam ayam tu.
3. Masukkan rosemary olive oil dan lumurkan rata luar dan dalam, ayam,
4. Masukkan kentang, capsicum, carrot, bawang merah dan bawang putih, gaul sebati.
5. Apabila sayur sebati bersama rempah ratus ambil bawang dan capsicum, sumbatkan ke dalam ayam kemas- kemas.
6. Ikat kaki ayam kemas- kemas supaya bawang dan capsicum tak keluar.
7. Simpan ayam di dalam peti sejuk dan biarkan terperap selama beberapa jam atau semalaman sebelum dibakar dalam oven.
8. Sebelum bakar ayam, ikat Oven Bag kemas- kemas dengan pengikat khas dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 30-45 minit pada suhu 200C. 
Selamat mencuba.
Link untuk mayonise :- http://lydiahoney2003.blogspot.com/2013/05/homemade-arabic-garlic-mayonnaise.html

 

Note:- Selepas ayam masak, keluarkan dari plastik (Oven Bag), taburkan pada ayam dengan sea salt dan serbuk cumin. Belah ayam kepada 2 dan sedap dihidangkan panas- panas bersama garlic mayo serta mokhalal(jeruk timun/jeruk carrot) dan roti pita arab. 






5 comments:

  1. Tq for d recipe. Sedap ni! Will try soon :)

    ReplyDelete
  2. Nak tanya, oregano n rosemary spice arab juga ke, bukan ke spice mat saleh ...? anyway nak la juga try one day

    ReplyDelete