Sunday, March 31, 2013

STUFFING ZUCCHINI AND EGGPLANTS WITH LAMB (KOOUSA wa BETINJAN MASHI MA LAHMA)

N3 hari jumaat baru dapat keluar hari ni.. 1st time dalam hidup lydia masak banyak stuffing ni selalu buat 4-5 biji jer tapi jumaats emalam pecah record la kiranya masak over 3 kilo stuffing.. rasa nak tercabut bahu nak mengorek/ melubangkan sayuran ni 1 by 1. Ni pon sampai demam- demam la dikerjakan nya dek kerana my sister in law nak datang lunch. Semalaman tak dapat tidur sebab tangan dan bahuku berdenyut sakitnya, rasa macam nak cabut je bahu ni. Tapi bila tengok makanan yang kita buat habis kena makan rasa sakit dan penat hilang sikit. Hari jumaat tu juga lydia buat kek semolina, salad tabouleh, puding roti berlapis daging dan carrot kek. Suka tengok, budak- budak berebut makan. Tu bermakana sajianku sedap- sedap belaka..hehheheeee.. perasan sendiri.
Bagi Lydia masak stuffing berkilo- kilo ni memang la luar biaas, tapi bagi arab ianya biasa- biasa saja kerana mereka sekali amsak pon dah berkilo. Apa- apapun Alhamdulillah kerana makananku laris dan licin serta paling best stuffingku jadi cantik tak pecah pon.

STUFFING ZUCCHINI AND EGGPLANTS WITH LAMB (KOOUSA wa BETINJAN MASHI MA LAHMA)
For Stuffings
Stuffings
2 kg Baby zucchinis (in Melayu apa ya?)
1 kg baby terung (yang kecil)
2-3 bawang Besar* dicincang
1/2 cawan minyak zaitun*
1 sudu kecil serbuk kayu manis*
1 sudu kecil cumin powder*
500 g Mesir beras basuh, rendam dan sejat*
Pcs 3-4 fresh tomato-dicincang/parut halus*
1/2 C fresh corainder* dicincang
1 sudu besar pudina kering*
1 sudu besar bawang putih serbuk*
1 sudu kecil Arabic mixed spices*
Garam dan lada hitam secukup rasa*
1 ketul kiub MAGGI kambing-dihancurkan*



salsa / sup
air
250 ml pes tomato
2-3 pcs kering loomy
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
1 labu bawang putih-kupas kulitnya dan biarkan sebiji- sebiji
1/2 camt pudina kering
1/2 camt arab micex spices
1.5-2 kg kambing-potong keping sederhana besar

Masukkan kesemua bahan bertanda* dan gaul sehingga sebati.
kprek/lubangkan baby zucchinis dan terung/eggplats, isikan 3/4 penuh stuffing dalam lubang/kelongsong sayuran.
Susun zucchinis, terung, bawang putih dan daging kambing dalam kaserol yang dalam.
Dalam bekas, campurkan air, MAGGI kiub, Arab mixed spices, garam, serbuk lada hitam, loomy dan pes tomato, kacau hingga sebati dan tuangkan ke dalam periuk yang berisi sayuran dan daging tadi hingga kememua sayur tenggelam
Ambil piring/pinggan tahan panas, telangkupkan ke atas sayuran tadi sebagai pemberat supaya sayuran tak terapung di permukaan.
Tutup dengan penutup periuk dan reneh dengan api yang perlahan selama 45 minit- 1jam sehingga zucchinis, terung dan kambing masak sepenuhnya.
Hidangkan dengan salad hijau seperti Fatush atau tabouleh, roti Arab dan yogurt.
Note: Zucchini kaya dengan vitamin asid folic and potassium.

4 comments:

  1. Hi just wanted to give you a brief heads up and let you know a few of the pictures aren't loading properly. I'm not sure
    why but I think its a linking issue. I've tried it in two different web browsers and both show the same results.

    My homepage :: college

    ReplyDelete
  2. As salam Lydia, sangat menarik dn nampak menyelerakan.. :) mesti kena cuba ni, TQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam. Ahlanwasahlan kak Zanita..peminat zucchini kena buat baru tau kelainan masakan arab dari dok makan yg biasa.. shukran sbb mai umah cheq yg tak berapa siap ni..

      Delete