Saturday, February 09, 2013

BAHULU PERTAK BERMARBLE

Assalamualikum dan selamat berhujung minggu… Kami di arab dah lepas hujung minggu pon. Kat sini weekend hari jumaat. Hari ni memang tak tertahan TERnampak N3 kat Samabl Hijau post dari Princess Comey Lotei.. Lydia bukan suka bahulu tapi dek kerana kaler pink dan ijau dia tu memukau mata maka selepas maghrib Lydia pun apa lagi la buat projek membaking.
Maka terhasillah bahulu yang Lydia derhakakan jadi marble ni. Pon Lydia derhakakan sikit.. resepi asal boh 2 cmt vanilla powder tapi lydia boh 1 je kerana takut menyengat bau nanti tak leh makan lak..Ni pon baunya semerbak serumah. Sememangnya vanilla powder lebih kuat baunya dari yang liquid. Sorry Puan Princess..apa- apa pon shukran kerana Berjaya memukau mataku. Memang sedap waalupon tak tahu macam mana rasa bahulu tapi rasanya macam kek cuma sikit lain tak macam kek..eh! apa yang Lydia merepek ni. Apa- apa pun inilah hasil percubaan pertamaku membuat boulu dalam hidupku. Kaler memang menarik perhatian..Lydia guna pink, ijau dan plain kaler yang Lydia marblekan. So rasanya tak begitu manis dan kalau ada yang berpenyakit tu rasanya ok untuk makan tak yah nak adjust lagi. Insha'Alalh boulu ni akan ikut Lydia terbang lusa ke UAE. Ni dalam plan nak buat 1-2 bijik kek lain lagi nak bawak bekal kat sana sebab kalau time bosan- bosan tu leh makan…


BAHULU PERTAK BERMARBLE
5 biji Telur ayam grade A
1 cawan Gula
1 camt Vanilla powder
2 camt Baking powder*
11/2 cawan Tepung gandum* (di ayak bersama)
Pewarna ( Im using pink & green)

Panaskan oven 180C.
Pukul telur dan gula hingga gebu dan putih.
Masukkan vanilla dan pukul lagi hingga rata.
Masukkan bahan ayak dan kaup balikkan hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna kegemaran anda.
Griskan acuan dengan minyak. Lydia guna acuan silicon yang berlubang tengah.
Tuangkan adunna berselang seli hingga habis.
Bakar dalam oven selama 40 minit menggunakan api bawah saja.
Selamat mencuba..




4 comments:

  1. Terima kasih atas sharenya sob. Sangat bermanfaat banget. Ni ada ku kasih info tentang Menghilangkan Bau Mulut Silahkan mampir ke link http://manajemenemosi.blogspot.com/2013/01/Menghilangkan-bau-mulut.html.

    ReplyDelete
  2. Wow! Comelnya bahulu pertak bermarble tu Lydia... masih ada baki tak? Bolehlah tumpang minum petang ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf kak lambat reply..net hang & slow..ni tgh nk upgrade/update blog sbb in shaa Allah net baru ni sikit lajuuu..

      Delete