Sunday, August 05, 2012

BUBUR LAMBUK PERANTAUAN

Hari ni iftar sorang- sorang, bosan tak tahu nak makan apa.
Ha! taime cam ginilah yang boleh isi tekak melayu masak makanan melayu. Resepi pilihan Bubur Lambuk je la sebab dah bertahun tak makan. Alhamdulillah bubur ni sedap dan lemak je rasanye, sesuai untuk yang small family dan dapat la medium periuk..

3/4 cawan beras
1/2 camb minyak sapi
1 1/2 camb minyak masak
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Setangkai daun kari
Daging cincang(ikut suka)
1/4 cawan dhal-cuci bersih dan toskan airnya
segenggam udang kering
2 helai daun pandan
1/2 cmt halba*tak letak sbb tak de
1/2 camt jintan kasar
1 biji bawang besar -didadu kecil
2 ulasi bawang putih - didadu halus
2 inci hali - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis
1/2 camt lada sulah powder
1 cawan santan pekat (kalau nak kurang pun boleh)
6 biji bawang merah - buat bawang goreng
daun sup dan daun bawang
garam secukup rasa
air secukupnya

Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau, tak yah goreng sampai kuning.
Selepas bawang dah naik bau masukkan daun pandan,daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.
Kemudian masukkan daging masak hingga daging keluar air dah keluar air daging masukkan air halia, biar didih.
Masukkan air, agak-agak le banyaknya untuk masak nasik.
Bila mendidih masukkan lada sulah, dhal dan udang kering.
Masukkan beras masak hingga beras jadi hancur kalau tak cukup air boleh tambah lagi.
Bila beras dah cukup hancur masukkan pati santan ikut suka la kalau tak nak lemak sangat boleh kurang kan santannya.
Masak hingga bubur pekat dan amtikan api.
Sedia untuk dihidangkan dengan taburan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


Nota: Kalau suka leh campur mix vege ataupun kacang tanah

2 comments: