This Blog dedicated to all viewers to share and try my recipes, to enjoy MY HOMEMADE cooking and baking from Middle East 2Ur house to all food lovers. 10Q very much 2all because viewing my BLOG, HAVE A FUN and PLEASE COME AGAIN. Shukran Jazilan.
Monday, July 23, 2012
UM ALI
Om Ali, Umm Ali atau Um Ali adalah puding kegemaran di Middle East tak kira waktu lebih- lebih lagi time bulan posa ni. Di Egypt, Lebanon, Syria, Saudi Arabia dan beberapa negara Middle East, Om Ali adalah dessert yang paling popular dan mudah di dapati di mana- mana tak kira di hotel- hotel besar sampailah ke restoran kecil mahupun supermarket.
Um ali dalam bahasa arab di terjemahkan kepada bahasa melayu adalah Ibu kepada Ali atau Mak Ali la.. kenapa namnya gitu tak tahu la pulak..hehhehe..
Bahan utam Oum Ali ni adalah lapisan filo atau pun puff pastry, yang disirami dengan susu yang dicampurkan air bunga- bungaan, ditaburi kekacang, kelapa kering, rempah ratus serta kismis dan ceream.
Ada juga sesetengah orang buat Um Ali ni menggunakan paratha segera ataupun Croissants sebagai penganti filo/ puff pastry..
Kalau U olls nak tahu rasanya jom tengok resepi mudah ni, buat dan makan baru tahu rasa yang sebenar kerana nak explain pon tak tahulah, kena rasa sendiri baru tahu. Ianya lembek perlu di cedok untuk makan dan di hidangkan suam atau panas..
UM ALI
Bahan A
3 cawan air
1 cawan susu tepung
125ml Thick cream
1 1/4 Cawan gula
1 camt rose water
1 camt orange blossom water
Bahan B
1 paket puff pastry
Bahan C
whip cream
Bahan D (taburan)
Raisins
Almond flake
pistachios
cinnamon powder
Bakar (Bahan B)puff pastry dalam oven selama 20 minit hingga golden brown pada suhu 200C.
Sementara menunggu puff pastry masak, campurkan kesemua Bahan A ke dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan hingga sedikit mendidih..
AWAS jangan sampai hangit kat bawah tu..
Kacaulah selalu ya. Bila mendidih sedikit cepat- cepat matikan api.
Bila puff pastry dah masak, keluarkan dari oven, biarkan sebentar sehingga sejuk sedikit.
Koyak/ carikkan separuh dari paff pastry tadi terus ke casserol atau pyrex yang bersaiz besar atau individual/kecil dengan saiz yang kecil/medium.
Tuangkan sedikit susu panas tadi hingga teremdam kesemua puff pastry.
Taburkan sedikit raisin, almond flakes adn cinnamon powder, jika suka boleh ditaburkan sedikit kelapa kering juga di atas adunan tadi.
Biarkan ianya terendam selama 5 minit dan masukkan baki paff pastry tadi berserta baki susu.
Ulangi proses pertama tadi dengan membuat lapisan kedua dengan menaburkan baki paff pastry dan susu.
Taburkan sedikit raisin, almond flake dan cinnamon powder, kalau suka boleh juga di taburkan sedikit kelap kering.
Biarkan lagi selam 5 minit.
Selepas 5 minit sapukan sedikit whip cream ke atas puding tadi dan taburkan dengan pistachios dan almond flakes.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 20 minit hingga keperangan.
Keluarkan dari oven dan bolehlah dihidangkan suam atau panas..
SELAMAT MENCUBA..
Label:
Arab Cuisine,
Dessert/ Puding,
Iftar Ramadhan,
Pastry
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment