Saturday, May 19, 2012

MAKLOUBE' Up Side Down Chicken Rice (Syrian)




Makloubeh (Up Side Down Chicken Rice)

Nasi Up Side down BUKAN kek pineapple up side down ok, nasi ni feberet my hb and my family in law, juga amat popular bagi Negara Balad Sham (Syria, Palestine, Jordan & Lubnan), tapi tiap negara/ family mungkin mereka ada cara tersendiri dalam menghidangkan nasi nie. Ni resepi dari my kakak ipar kat Syria..
Suami REQUEST nak makloube for the lunch 2day..
Lydia memang bosan nak buat nasi ni sebab malas nak membasuh perkakasan goreng mengoreng terutama part goreng bunga kubis..waaaa..abis dapo terpercik- percik...dalam hati menangis Allah jer tahu.
Nak buat nasi ni pon leceh kena ikut step by step dan agak memboringkan kerana banyak benda kena atur tapi percayalah rasanya memang sedap!. Tak caya cubalah dan anda akan tahu apa rasanya nanti..Tak cuba mana tahu.
Kebiasaanya my family in-law menghidangkan nasi ni bersama plain yogurt, onion spring sup (shorba shariyah) dan salata (salad).Jom tengok resepinya…


Bahan A
1/2 ekor ayam (potong ikut suka), bersih dan toskan
1 helai daun bay
1 batang kulit kayu manis
1 inci halia
1 biji bawang besar-potong 4
2 ulas bawang putih- belah 2
3 kuntum bunga cengkih
2 biji cardamom pods
1/2 cmt Arabic mixed spices
1/4 cmt lada hitam powder
1/4 cmt cumin powder
1/4 cmt serbuk kunyit
1/4 cmt serbuk pala
Garam secukup rasa
Air untuk merebus ayam
Toasted pine nuts jika suka
Rebus ke semua bahan A lebih kurang 40-45 minit hingga ayam benar- benar empuk. Keluarkan ayam, tapis stock ayam, buang segala sampah sarap kat dalam tu dan ketetpikan. Sementara menunggu ayam masak bolehlah prepare Bahan B.

Bahan B
Bunga kubis (medium size) potong macam buat tomyam
1 biji kentang (sederhana besar) kupas kulit, potong bulat setebal 1cm, bersihkan dan toskan airnya.
1 biji terung (medium size), kupas kulit jika suka, potong bulat setebal 1cm, bersih dan toskan
Goreng semua bahan B secara deep fry hingga golden brown (satu persatu tau!!!...) atau bagi yang nak diet tu bolehlah grill jer tapi makan masa la..huhuhu..tak kuasa akak. Ketetpikan.

Bahan C
11/2 cawan basmathi, cuci, rendam dengan air garam selama 1jam dan toskan
3-4 cmb minyak masak
21/2 cawan air rebusan ayam

Dalam periuk besar, didihkan air hingga memgelegak bersama garam dan minyak, masukkan beras, bisrkan dalm 15 minit hingga beras 1/2 masak dan toskan airnya.
Susun kentang menutupi dasar periuk diikuti dengan terung, bunga kubis, ayam dan akhir sekali masukkan bears yg separuh masak tadi menutupi semua sayuran. Msaukakn 2 cawan stock/ air rebusan ayam tadi (ikut jenis beras gak..pandai2 la korang adjust water level ni yer), tutup periuk dengan aluminium foil dan tudung periuk, dengan api perlahan tanak nasi hingga masak lebih kurang 15-20 minit. JANGAN dikacau nasi kalu nasi agak keras tambahkan sedikit lagi stock ayam dan masak lagi untuk beberapa minit.
Bila nasi dah masak, biarkan 5-10 minit, jangan buka penutupnya. Selepas tu buka penutup periuk dan aluminium foil..terbalikkan periuk ke atas dulang atau pinggan besar…tara..jadilah UP SIDE DOWN RICE macama ala kek pineapple upside down tu.. jika suka taburkanlah sikit pine nuts. Hidangkan bersama Fatush (salad) dan yogurt..
SELAMAT MENCUBA


No comments:

Post a Comment