Alhamdulillh my hb can eat, walaupun pada awal pinggan tiba depan mata dia terperanjat tengok nasiku yang TEROVER SMOKEY ALA- ALA MAKE UP MINAH ARAB KHALEEJI kalernya..hehhehe.
Lydia memang tak dapat lengkap sebab kekurangan bahan dan tak ikut cara melayu sepenuhnya kerana takut my hb tak leh makan. Nasi tu memang Lydia SENGAJA add minyak sebab kalu nasi tak oily SURE my hb tak mo makan..so pepandai lah
Insha'Allah next time nak baut selengkapnya bila ada umur nak panggil kengkawan sebangsa makan. Baru berbaloi penat baut ada yang makan.
Nie first time buat, tak pandai main/
Just buat sambal kelapa/ikan, kuah memang adjust ikut tekak my hb sebab dia tak makan belacan dan kat my house mana ada belacan dan ikan celup tepung tak buat gantikan denga ayam goreng tepung + ulam-ulam pon ikut apa yang ada kat esbox ikut tekak my hb gak serta ada balen sebijik teo asin pemberian Kak Sharifah jadik ler baut tayang mata..
Jom skodeng my resepi ni..
NASI KERABI BASMATHI SMOKEY EYE..
NASI KERABI BASMATHI PERANTAUAN MY STYLE
NASI KERABU
3 cawan basmathi
2 camb garam
1/4 cawan minyak masak
4 1/2 cawan air panas
Pewarna bunga talang
daun pandan
Cucikan beras,rendamkan dengan air yang telah dicampur dengan garam selama 30minit dan toskan.
Panaskan minyak dan gorengkan beras bersama daun pandan hingga transparent.
Masukkan air panas.
Masukkan warna bunga talang pwder dan masklah nasi seperti biasa.
GULAI/KUAH
2 biji fresh tomato-dipotong 4
150g tomato paste
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
chicken stock
Bahan Blend:
1 cmt rempah cap bunga ros
1 cmt rempah gulai cap bunga ros
1/2 cmt serbuk kunyit
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan tumis:
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
Masukkan bahan blend dan masakkan sampai wangi dan pecah minyak.
Masukkan fresh tomato dan masak algi hingga tomato jadi hancur.
Kacau rata dan masukkan tomato paste serta stock ayam.
Reneh sampai mendidih, kacau sekali sekala dan amsukkan garam.
Biarkan sampai pekat sedikit dan matiakn api.
SAMBAL IKAN/KELAPA
1 ekor ikan sardin- saiz besar
1 cawan kelapa kering parut
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 batang serai
1 cm halia
1/2 cmt serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Bersih ikan dan bakar.
Sementara itu, goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil hingga perang.
Kalau kelapa parut kasar, bolehlah ditumbuk sdikit ketika masih panas.
Asingkan isi ikan dengan tulang.
Dalam food processor, blend bawang besar, bawang putih, serai, halia, lada hitam, garam dan isi ikan hingga halus
Goreng sekali lagi di atas api yang perlahan tanpa minyak sehingga garing.
Bila dah garing dan sebati, matikan api, sejukkan dan simpan dalma bekas kedap udara.
AYAM GORENG
Bahan Untuk Perap Ayam
Ayam
3 ulas bawang putih ditumbuk
Garam secukup rasa
serbuk lada putih
Baking soda
serbuk buah pala
Secubit serbuk perasa
Bahan untuk tepung:
tepung jagung
tepung beras
garlic powder
garam
paprika powder
lada hitam powder
baking powder
serbuk perasa
Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama semalaman.
Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas.
Celup ayam yang telah diperap ke dalam telur.
Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
ULAM-ULAMAN -
timun
tomato
daun pudina
daun corainder
sedikit minyak zaitun + garam + cuka epal(dressing)
Potong semua sayur/ ulam hingga dan campurkan dengan dressing.
Cantik pula warna biru kelabu cam tu Lydia.... nampak selera ni!
ReplyDeleteAlong Home Creation..Lydia guna serbuk bunga talang..jau tu diterbangkan..:))
Delete