BERYANI KOFTA ARABI
KOFTA ARABI
500g minced lamb/beef
2 labu bawang besar-didadu kecil
4 ulas bawang putih-ditumbuk lumat
1 camt dry mints
1 camt cumin powder
1/2 camt black pepper powder
1 camt garam (+-)
1/2 camt coriander powder
1 biji fresh tomato (besar)-dimesin tanpa air
1/2 cawan parsley fresh-cincang halus
1 camt plain yogurt
2 camb olive oil
Campurakan semua bahan dan gaul dengan tangan hingga sebati.
Rehatkan selama 15-30 minit.
Dengan tangan yang basah, ambil adunan dan roll into balls mengikut size yang anda suka dan bentukan sedikit bujur.
Ulangi proses ini dan ulangi hingga habis.
pansakan non stick pan dan masak kofta hingga golden brown kedua belah dengan api yang perlahan dan ketepikan.
Note:- Jangan risau kalau tak masak kat dalamnya sebab nanti akan
NASI BERYANI
2 cawan basmathi- cuci, rendam dengan air garam selama 1 jam dan toskan.
2 camb ghee*
3 camb minyak masak*-panaskan bersama hingga cair
2 biji bawang besar-dipotong julient**
segengam biji gajus**
segengam kismis-direndam selama 10 minit (tak letak-habis stock)***
1 camb garam masala
1 camb rempah kurma
1/2 camt cumin powder
1/2 camt corainder powder
1/4 cmt cili powder (nk pedas letak lebih)
1/2 cmt blabk pepper powder
1/2 cmt serbuk kunyit
1 kuntum bunga cengkih#
1 batang kulit kayu manis#
3 kuntum bunga lawang#
2 biji cardamom#
1 inci halia***
2 ulas bawang putih***
1 biji bawang besar***-dikisar bersama dan dicampur bersama rempah kurma, garam masala, cili powder, cumin powder, corainder powder, black pepper powder dan serbuk kunyit untuk dijadikan pes pekat.
2 biji fresh tomato-dipotong 4
1/2 cawan plain yogurt
1 cmt serbuk pewarna kuning + 1/2 cmt air mawar
1/2 cawan daun pudina-potong kasar
1/4 cawan corainder leave-potong kasar
air secukupnya
Masak air hingga mendidih dan rebuskan basmathi hingga 1/4 masak, toskan dan ketepikan.
(Sementara menunggu nasi 1/4 masak..masak kuah beryani..)
Dalam periuk panaskan minyak masak* bersama ghee*.
Goreng bawang besar** hingga light golden brown.
Masukkan kismis** serta gajus*** dan goreng hingga golden, ketepikan.
Keluarkan separuh minyak baki gorengan tadi dan tumiskan bahan# hingga wangi.
Masukkan pes bahan kisar+rempah dan tumis lagi hingga pecah minyak sedikit dan masukkan fresh tomato dan bisrakan hingga tomato layu.
Masukkan kofta dan sedikit air(+-1/2C), teruskan memasak hingga kuahnya separuh pekat.
Masukkan yogurt, daun pudina dan corainder leave.
Masak sebentar dalam 1-2 minit, matikan api dan ketepikan sebentar.
Dalam periuk lain, tuang sedikit saja minyak+ghee (baki gorengan tadi),
susunkan kofta di dasar periuk berserta kuah beryani dan lapiskan permukaan kofta+kuah dengan nasi yang di rebus 1/4 masak tadi.
Taburkan bahan gorengan bersama sedikit daun pudina dan fresh corainder (jika suka).
tuangkan baki minyak dan pewarna+air mawar di permukaan nasi.
Tutup periuk kemas dengan aluminium foil dan tudung periuk.
Tanak seperti biasa dengan api yang perlahan hingga nasi masak, lebih kurang 15-20 minit dan matikan api.
Biarkan 5 minit, JANGAN dibuka penutupnya.
Selepas 5 minit buka penutup periuk/ aluminium foil dan gemburkan sedikit permukaan nasi AWAS jangan terlebih gembur sampai ke dasar periuk.
Tuangkan dalam dulang atau pinggan hidangan dansedia untuk dihidangkan dengan salad atau yogurt..
Selamat mencuba
Note:-Lydia hidangakan dengan yogurt saja..
YOGURT
1 cawan plain yogurt
1 biji tomato-didadu kecil
1 biji timun-didadu kecil
1 camb fresh parsely-cincang halus
1 camb fresh mint-cincang halus
1 ulas bawang putih-tumbuk lumat
garam dan black pepper secukup rasa
Campurkan semua bahan di atas dan simpan dalam peti sejuk sehingga tiba waktu nak hidang.
Note:- Elok makan Bryani dengan yogurt ni sebab senang nak digest makanan kita yang oily ni..:))
Salam Lydia. Wow, sedap nya ada beriani ni... beras pun panjaaaang! Along suka beriani kambing!
ReplyDeleteAlong Home Creation
DeleteWalaikumsalam..mix arab siket..ni special beras untuk orang Kuwait sbb tu special super panjamg:)