Tuesday, January 10, 2012

KHASIAT BADAM

KHASIAT BADAM
Menurut Wikipidia, dalam istilah botanikal, badam bukan kacang. Dalam parlans botanikal, kulit berbatu keras yang menyelirat dipanggil endocarp, dan buah ini, atau exocarp, ialah pepauh, mempunyai lapisan luar yang gebu. Pokok ini adalah asli dari Asia barat daya.Ia adalah pokok kecil, bertumbuh hingga 4–9 m tinggi. Daunnya adalah meruncing, 6–12 cm panjang, dan tidak rata pada sisi. Bunganya putih atau pink pucat, 3–5 cm diameter dengan lima kelopak, dihasilkan sebelum daun ini pada musim bunga. Di Malaysia, tak pernah tahu lak ada pokok badan dan jarang pulak dengar orang tanam pokok badam ni.

Badam banyak khasiatnya
Badam kaya dengan protein, lemak sihat, vitamin, dan mineral. Biji badam sebenarnya adalah biji buah pohon badam. Badam adalah ahli dari keluarga buah batu, yang juga termasuk persik, plum dan nectarine. Almond ini diyakini awalnya telah ditanamkan di Asia dan Afrika Utara. Telah menjadi adat pada orang Rom bahawa buah badam dijadikan mandian untuk pengantin baru sebagai berkat kesuburan. Di Mesir, almond digunakan dalam roti yang disajikan secara eksklusif untuk silaknatullah Firaun. Tetapi zaman sekarang roti badam dan manisan dari badam sudah menjadi tradisi bagi mereka di Mesir.
Berikut adalah beberapa manfaat kesihatan yang luar biasa yang ada pada biji badam:-
*mengurangkan risiko penyakit jantung dan hati
*boleh mengurangkan kolestrol sehingga 12%
*meningkatkan peredaran darah
*memperkuatkan tulang
*membantu menurunkan berat badan
*bagus utk diabetes
*mengurangkan risiko kanser
*membantu sembelit
*baik utk rambut - minyak badam utk rambut
*baik utk kulit - halus dan lembut
*baik utk daya ingatan

Badam penting untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai, ia boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang atau dijadikan bahan campuran makanan seperti kuih dan sebagainya. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yamg tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu dalm telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung.

No comments:

Post a Comment