LAYER KASWI GANDUM
Kue Kaswi CMG yang sedap cuma terMANIS jer, len kali nak adjust lagi gula tu..thanks CMG & mintak mahap sebab saya derhaka buat layer macam kue lapis dalam acuan kecik sebab malas nak potong tapi rajin basuh mould jer..huhu
BAHAN A
2 1/2 cawan air
1/2 cawan gula merah @ gula melaka
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1 cmt kicap pekat manis ABC*
BAHAN B
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi
1 cmt air air kapur
Kelapa parut putih
Sedikit garam
Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih.
Alas loyang dengan plastik bersih(kalu guna loyang la..aku guna bekas kecik2 jer), sapu sedikit minyak makan pada acuan/Loyang, ketepikan.
Masak semua bahan A, kecuali bahan bertanda*, hingga larut.
Biar sejuk dan tapis.
Masukkan kicap pekat manis ABC.
Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum dan tepung ubi, kacau rata dan tuang air gula sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga sebati.
Tapis adunan tadi dan masukkan air abu, kacau rata.(kalau nak buat layer macam yg aku buat ni bahagikan adunan kaler tu dan layerlah macam buat ke lapis..)
Tuang dalam loyang dan kukus 30 minit hingga masak.
Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong.
Hidangkan bersama kelapa parut putih yang telah digaul dengan sedikit garam.
Selamat mencuba!!
Note:- aku buat layer dalam acuan silikon kecik2 supaya senang nak makan tak yah potong- potong, setiap leyer aku kukus dalam lebih kurang +-5 minit.
No comments:
Post a Comment