Sunday, November 13, 2011

HADIS BAB FITNAH

HADIS BAB FITNAH

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Akan terjadi berbagai fitnah, di mana pada ketika itu orang yang menjauhi fitnah lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik dari orang yang berjalan, manakala orang yang berjalan lebih baik dari orang yang melibatkan dirinya dengan fitnah tersebut, orang yang terlibat dengan fitnah tersebut akan mengalami kehancuran. Sesiapa yang menemui tempat berlindung maka hendaklah beliau berlindung dari fitnah tersebut
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5136

Hadis Zainab binti Jahsyin r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w terjaga dari tidurnya, baginda bersabda: لاإله إلاالله (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah). Celakalah bagi bangsa Arab dari kejahatan yang telah dekat.

Sesungguhnya hari ini sebahagian dari dinding Yakjuj dan Makjuj terbuka seluas ini, Sufian (perawi Hadis) mengisyaratkan angka sepuluh dengan menggunakan tangannya. Zainab berkata: Wahai Rasulullah, apakah kami akan binasa sedangkan bersama-sama kami ramai orang-orang yang soleh? Baginda bersabda: Ya, jika banyak berlaku kemaksiatan

Subhanallah..takunya..maksiat bermaharaja lela dan tak perlu nak sorok-sorok lagi, bersepah macam sampah di merat dunia..
Bangkitlah wahai uamt Islam, mari kita bersatu demi agama bukan politik, bimbingilah keluarga kita menuju ke jalan yang di redhai Allah..

No comments:

Post a Comment