redit... untuk diriku sendiri,tak de orang puji aku masuk lif tekan naik sendirilah... Namanya tak tau..lupa, pandai masak & makan jwe huhuhuhu. Pandai- pandailah korang nak taruk nama apa janji best. Opssss..hari ni aku dah tau namanya.. Tima kasih kak Ruhani Che Ibrahim sbb mengkhaborkan nama ni to me..ahhaha..lepas ni ramai la pakat buat sendiri ya..
CHICKEN
(gambo yang ni saya buat sendiri..my home made.)
(gambo ni pula yang my hb beli dari Yemeni restaurant...)
Bahan-Bahanya:-
1 ekor ayam (1kg+-)-potong 4, bersihkan, rendam ngan cuka putih & toskan
1 biji bawang besar-dadu (kalu suka bawang boh banyak2 macam kat restoran tu..aku boh siket jer sbb tak suka bawang & tak kuasa nak pilihnya taim makan nanti..penat ko)
2-3 helai bay leaf
1 inchi halia- tumbuk halus (I'm using 1 tsp ginger powder)
4 ulas bawang putih
1/2 cmt cumin powder
1/2 cmt corrainder powder
1/2 cmt Arabic mixed spices
1/2 cmt cardamom powder
1/2 cmt loomi powder/ dry lime
1/4 cawan olive oil
500 ml air (+-)
1 cmb tomato paste
500g fresh tomato- dadu besar
*1 biji capsicum hijau-dadu besar (leh letak X-tra,aku ade satu tu je yg tinggal)
*2 biji potatoes (medium)-dadu besar
*1 biji eggplant (medium)-dadu besar
*1 batang carrot-dadu besar
*2 cawan air
*1 kiub pati ayam MAGGI
*Garam secukup rasa
Sedikit fresh coriander leave for garnishing
Cara- caranya:-
Rebus ayam dengan semua bahan di atas kecualai bahan bertanda* dalam pressure cooker dengan api sederhana hingga lembut lebih kurang 1 jam 1jam 30 minit, hingga ayam hancur sendiri dan kering airnya (isi tertanggal dari dulang dengan sendirinya..tambah air jika perlu).
Sesekali bukak tutup periuk dan kacau sedikit sebab takut hangit bawah tu. Masukkan bahan bertanda* dan masak lagi selama 20 minit-3o minit hingga kering airnya, kacau sedikit supaya kat bawah tu tak hangit.
Matikan api, taburkan fresh coriander leave semasa masih panas. Sedia di hidangkan dengan pita bread/ roti arab/ roti nan ataupun roti Iranian.
Kalu tak de sumer roti tu bedal la dengan roti putih ke..roti Bengali ke.., roti jala ke.., roti canai atau capati (huhuhu..tak pernah cuba roti ni, tak bes jangan mare).
Kalu dengan nasik memang tak suai..tapi kan kalu try ngan lemang ke ketupat why not kan? Makanan arab di melayukan sikit ^_^
Note:- sayur2 an tu boleh letak banyak kalu nak & kalu nak kering kontang tak berkuah pon ok sbb kat restoran Yemen sini berkuah sikit tak macam kat Msia..kontang tak berkuah..tepuk dada tanya selera yer..
mana nak cari powder yg pelik tu~_~!
ReplyDeletemasha Allah..apa yg awak maksudkan tu?
Delete