AMANAH ALLAH, APAKAH TELAH KITA TUNAIKAN?
AMANAH ALLAH
Allah berfirman: “ Sesungguhnya telah kami berikan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, lalu mereka enggan memikulnya dan takut menerimanya, kemudian amanah tersebut dipikul oleh manusia.”
Amanah merupakan perintah taat yang mempunyai akibat dosa dan pahala. Menurut al-Qurthubi amanah bermaksud agama. Ibn Mas’ud pula membataskan maknanya kepada soal harta. Manakala Abu Darda’ mengatakan mandi junub termasuk di dalam pengertian amanah. Ibnu ‘Umar berkata awal-awal penciptaan manusia bermula dari faraj (kemaluan) nya dan ianya merupakan amanah yang mesti dugunakan secara benar. Sekiranya engkau menjaganya ia akan menjaga kamu. Bukan sekadar itu, telinga, mata, perut, tangan dan kaki semuanya adalah amanah. Tidak beriman bagi orang yang tidak mempunyai amanah.
Al-Hasan telah berkata: “Allah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung lalu Allah berfirman; “Jika engkau laksanakan dengan baik (amanah) maka bagi engkau pahala, sebaliknya jika tidak bagi engkau seksaan.” Lalu mereka berkata; “Kami tidak sanggup!” Mujahid berkata; “Ketika Allah menciptakan Adam, ditawarkan amanah itu kepadanya. Penawaran kepada langit, bumi dan gunung-ganang adalah berupa pilihan bukan ketetapan. Sedangkan penawaran kepada Adam adalah ketetapan.” Al-Qoffal dan lainnya berkata: “Penawaran di dalam ayat tersebut adalah suatu yang indah di mana langit, bumi, gunung sekalipun besar masih tidak sanggup menerima amanah sebaliknya manusia sanggup memikulnya.
Ibnu Abbas berkata amanah itu ditawarkan kepada Adam lalu dikatakan kepadanya; “Jika engkau taati engkau akan diampuni sebaliknya jika engkau derhaka engkau akan disiksa.” Adam menjawab; “Aku sanggup mentaatinya”. Namun tidakpun sampai pun beberapa jam Adam telahpun menderhakaiNya dengan mamakan buah khuldi yang ditegah untuknya.
Amanah merupakan manifestasi dari keimanan. Sesiapa yang menjaga amanah Allah, sudah pasti Allah akan menjaga imannya. Rasulullah SAW bersabda; “Tidak beriman bagi sesiapa yang tidak menunaikan amanah dan tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak menunaikan janjinya.”
Rasulullah SAW bersabda; “Dikatakan mukmin bagi seseorang yang tidak khianat dan tidak berdusta.” Sabdanya lagi; “Umatku sentiasa baik selama mana tidak menjual amanah dan menggadaikan kejujurannya.”
Baginda bersabda lagi; “Berikanlah amanah kepada orang yang mempercayaimu dan janganlah mengkhianati orang yang mengkhianatimu.” Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; “Tanda orang munafik itu tiga; jika berkata ia berbohong, jika berjanji ia mengengkarinya dan jika diberikan amanah ia berlaku khianat.”
Siapakah yang dipertanggungjawabkan terhadap segala amanah?
Persoalan inilah yang sewajibnya kita renungi kerana setiap orang daripada kita mempunyai amanah yang wajib dilaksanakan terhadap yang empunya haknya. Tidak mengira siapa diri kita samada seorang pemimpin negara, raja mahupun menteri, wakil parlimen atau DUN, ketua pejabat atau jabatan, ketua kampong atau taman, imam masjid dan surau, ketua keluarga bahkan diri sendiri semuanya adalah pemimpin bagi ahlinya. Maka berwaspadalah terhadap setiap amanah yang dipikul. Status atau jawatan bukan satu kebanggaan bahkan amanah.
Nabi SAW bersabda; “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawbkan atas kepimpinannya.”
Di dalam Zahru al-Riyadh menyebutkan, pada hari kiamat seorang hamba dihadapkan kepada Allah SWT lalu Allah SWT berfirman; “Apakah engaku telah menunaikan amanah kepada fulan (tanggungannya atau ahlinya)? “Tidak ya Tuhanku.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat menyeret dan menghumbankannya ke Neraka jahannam. Ia melihat amanah di dalam Jahannam lalu ia terjun key dalamnya selama tujuh puluh tahun sehingga ke pertengahannya. Kemudian ia membawa naik amanah sehingga ke permukaan lalu tergelincir semula kakinya lalu jatuh semula ke dalam Jahannam dan begitulah hal keadaanya berulang-kali sehinggalah datang Rahmat Allah berkat syafaat Rasulullah SAW kepada umatnya dan keredhaan dari tanggungan atau ahlinya.”
Dari kisah di atas, mari kita muhasabah kembali tentang segala amanah yang kita pikul. Diri kita ada amanah iaitu;
7 pancaindera - Mata, telinga, lidah, tangan, kaki, perut, kemaluan. Di mana dan kemanakah kita gunakan anggota-anggota ini? Untuk beribadah atau untuk melakukan dosa? Memastikan kesemua anggota ini digunakan untuk beribadah dan meninggalkan dari berbuat dosa merupakan amanah.
Isteri dan anak-anak dan mereka yang berada di bawah tanggungan – Di manakah mereka dan apakah yang mereka buat? Ilmu agama mereka, kesempurnaan aqidah dan ibadah mereka bagaimana? Atau mereka dalam keadaan jahil agama lalu mereka melakukan dosa dan kesalahan? Memastikan isteri, anak-anak dan tanggungan sentiasa taat kepada perintah agama samada beribadah dan tinggalkan dosa merupakan amanah.
Pekerjaan dan usaha mencari keperluan hidup – Bagaimanakah pekerjaan kita, terlepaskah dari terlibat dengan urusan yang diharamkan oleh Allah atau yang syubahat? Terlibat yang diharamkan mungkin jenis pekerjaan, tempat pekerjaan dan urusan pekerjaan. Memastikan pekerjaan terselamat dari yang haram dan syubhat adalah amanah.
Harta yang diperolehi, dimiliki dan yang dibelanjakan – Bagaimanakah harta yang diperolehi, adakah bersumber dari pekerjaan yang haram atau syubahat? Apakah kita berlaku zalim mengambil harta atau hak orang lain? Apakah harta yang dimiliki tidak dikeluarkan zakat darinya? Atau ke manakah harta dibelanjakan, berapakah yang kita belanjakan untuk agama Allah, membantu anak-anak yatim dan orang-orang yang lebih susah seperti fakir miskin dan sebagainya? Memastikan harta dimanfaatkan untuk sara hidup keluarga dan tanggungan, keluar zakat, infaq dan sedekah merupakan amanah.
Orang-orang yang berada di bawah kepimpinan kita – Bagamanakah hal keadaan mereka? Urusan dunia dan akhirat mereka macamana? Adakah mereka tunduk kepada syariat Allah atau menentangnya? Memastikan mereka selamat di dalam urusan dunia dan akhirat, bagi pemimpin ia merupakn amanah.
Wallahua’alam
http://khairuz67.multiply.com/journal/item/73
Dicatat oleh IBNU MUSLIM di 4/26/2011 12:28:00 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini Label: TAZKIRAH
Reaksi:
Isnin, 25 April 2011
Wanita Ahli Syurga Dan Ciri-Cirinya
Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Di dalamnya terdapat bejana-bejana dari emas dan perak, istana yang megah dengan dihiasi beragam permata, dan berbagai macam kenikmatan lainnya yang tidak pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga, dan terbetik di hati.
Dalam Al Qur’an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga. Di antaranya Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :
“(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?” (QS. Muhammad : 15)
“Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu (masuk Syurga). Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam Syurga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahtakan emas dan permata seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda dengan membawa gelas, cerek, dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir, mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.” (QS. Al Waqiah : 10-21)
Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur’an yang mulia, di antaranya :
“Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik.” (QS. Al Waqiah : 22-23)
“Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.” (QS. Ar Rahman : 56)
“Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” (QS. Ar Rahman : 58)
“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (QS. Al Waqiah : 35-37)
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :
“ … seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Syurga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari tudung (khimar) wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya.” (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)
Dalam hadits lain Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :
Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorang pun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : “Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan.” Dan mereka juga mendendangkan : “Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi.” (Shahih Al Jami’ nombor 1557)
Apakah Ciri-Ciri Wanita Syurga
Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan lelaki dan bidadari-bidadari sahaja yang menjadi penduduk Syurga? Bagaimana dengan isteri-isteri kaum Mukminin di dunia, wanita-wanita penduduk bumi?
Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.
Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Syurga. Pada hakikatnya wanita ahli Syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah :
1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik ataupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahzwa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika bersendirian atau bersama orang ramai dan berdoa kepada Allah semata.
7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan keburukan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua orang tua.15. Menyambung silaturahmi dengan keluarga kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.
Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang diambil dari kitab Majmu’ Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya termasuk dalam kerangka metaati kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah Ta’ala berfirman :
“ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An Nisa’ : 13)
Semoga Kita Dapat Menggapainya!
No comments:
Post a Comment