Monday, May 02, 2011

TAUFUFAH

KENAPA TAK PERCAYA KE...Huhuhuu..sanggup aku tak tido 2day sebab nak makan taufufa, berjaga sampai 5:30pagi semata-mata taufufa...
Alhamdulillah sangat-sangat, pestaim buat projek taufufah pagi buta ni menjadi...berbaloi kepenatan ku dibalasnya. Sape sangka di kejauhan ni aku tetiba pandai buat macam-macam kerana nafsu nak makan? Kuasa Allah mencampakkan aku kat sini supaya pandai berdikari.
Sedey...taim dok blend soya tu nangis I, sebab penat U... kalu perah susu lembu jap je dah boleh minum..soya ni asyik dok kena ulang blend dan tapis dan ulang sampai 3 kali..dah tu penapis tea macam kat kedai mamak kat Malaysia tu pulak tarak, sib baik blender nie dah ada penapis/filter, kalu tak mau aku campak soya tu kat cik tong. Tu pon aku stay tapis lagi buat double, triple work guna penapis biasa yang halus macam penapis tepung..tapi bukan penapis tepung la beb sebab tak yakin..
Kalu ingat kerumitan memerah susu soya nie rasa aku la, macam tak nak buat lagi, tapi dek kerana hasilnya mabelesssss insyallah bebile teringin leh buat lagi.
(periuk leterik dan penapis yang membantuku...) Lepas ni lena nenyak ler sebab hajat di hati nak makan taufufah tercapai dan penat mengodeh pon sama...

Taufufah
250 gram kacang soya (direndam 6 jam)
1.5 liter air
2 helai daun pandan
*1cmt serbuk lectance/sekko(serbuk glucono)
*2cmb tepung jagung
**Sirap air gula melaka secukupnya
Cara-cara
Bersihkan kacang soya hingga bersih dan rendam selama 5-6 jam dan blend dengan 1.5 liter air sebanyak 3 kali, tapis dengan penapis tea yang macam kat kedai mamak tu dan perah hampas soya .
Ketepikan secawan air kacang soya tadi untuk membancuh tepung jagung dan sekko. Masak air soya bersama simpulan daun pandan supaya ilang siket bau soya tue...
Sesekali kacau air soya tu, takut hangit lak kat bawah tu. Bila soya dah hampir nak mengelegak bancuh tepung jagung dan serbuk lactance/sekko dengan 1 cawan air soya tadi dan masukkan air bancuhan serbuk lactance/sekko dengan tepung jagung ke dalam Tupperware cepat-cepat (saya masukkan dalam periuk rice cooker sebab tak de Tupperware besaq) dan masukkan air soya ke dalam bekas yg berisi banchan serbuk tadi, tuang seperti membuat air teh tarik,tarik tinggi-tinggi ko macam mamak buat teh tarik...). Jangan gatal tangan nak kacau, just gelekkan periuk tu sikit macam buat X-cercise pinggang 3-4 kali (ngerengkan kiri kanan) dan buangkan buih yang terapung kat ateh tu supaya dapat taufufa yang licin.
Tutupkan dan alaskan ngan benda berat supaya tak terbuka selama 1 jam, kalu ikut cara saya guna periuk rice cooker leterik senang jer tak yah nak alas ngan bende berat, just tutup rapat- rapat dan biorkan sejam. INGAT!!!.. jangan di buka sampai 1 jam, soya akan menjadi pejal dan bolehla di makan bersama sirap gula melaka.
Selamat mencuba..Insyallah menjadi kalu ikut caranya.

2 comments:

  1. Tahniah Lydia. Walaupun penat tp berbaloi kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amat berbaloi kak walaupon buat dgn peralatan yg limited ni

      Delete