Mandhi (Arabic: المندي) adalah hidangan nasi yang berasal dari Yaman. Ianya juga popular di seluruh negara- negara arab dan tak kurang juga di negara kita Malaysia. Dalam penyediaan nasi Mandhi nie, basmathi digunakan dan dimasak bersama ayam atau kambing muda yang kecil dan rempah ratus.
Mandhi asli di masak dalam oven khas yang diperbuat dari batu/tanah liat (Taboon in Yemeni)dan ditutup rapat dengan bara api. Mandhi biasanya menjadi hidangan utama untuk upacara perkahwinan ataupun sesuatu acara keramaian.
Resepi kat bawah ni saya dapat dari kawan Yaman saya dan dah berkali- kali saya cuba..rasanya pun agak sama macam kat restoran yang saya makan kat Saudi..Ikut suka andalah nak masak dengan ayam atau daging..Kemestian nasi ni dihidangkan dengan salsa tomato dan nak lebih enak hidangkan dengan sup, iaitu air rebusan ayam/daging yang diperah dengan sedikit lemon..Perghhhhhhhhhhh...lazizah!!!!..
Bahan-bahan untuk Mandhi Daging:-
500g daging/kambing-potong besar/ikut suka dan di cuci bersih
1/2cmt ketumbar biji
1/2cmt jintan manis
1/2cmt lada hitam biji
1/2cmt all spices
1 biji bawang besar-belah 4
1-2 helai daun bay
1inci halia
Garam
air untuk merebus
Cara penyediaan:-
1. Rebuskan daging dengan kesemua bahan di atas hingga empuk dan lembut, bergantung
2. Bila daging dah empuk, keluarkan daging, tapis air rebusan dan ketepikan.
Nasi Mandhi
Bahan-bahanya:-
4 cawan beras basmathi ~ rendam 30 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi (saya guna 2cmb ghee + 2cmb canola oil)
10-12 cawan air/ stok ayam/daging
1/3cwn kismis (tak letak pun tak pe)
Rempah tumis:-1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa.
Cara penyediaan nasi:
1. Didihkan stok ayam/daging bersama ghee/ minyak, kismis dan rempah tumis hingga betul- betul memgelegak, dengan api yang besar masukkan beras tutup periuk dengan penutup periuk, biarkan hingga mendidih.
2. Bila mendidih, garam secukup rasa, kacau sedikit dan biarkan nasi masak 3/4 masak, dan toskan airnya sedikit, jangan kering kontang
3.Dengan api yang paling kecil, tutup periuk dengan aluminium foil cepat- cepat dan kemas supaya asap tak terkeluar dan cover dengan tudung periuk, kalu ada lesung batu letak atas tudung periuk tu kasi berast supaya asap tak kelua, tanak seperti biasa dan biarkan supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi lebih kurang 5-10 minit dan offkan api.
4. Buka tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang, dan biarkan selama 5-10 minit baru gembur nasi dengan garfu Kalu tak letak kaler pada nasi pon tak per...
5. Hidangkan dengan salasa tomato (blend 2-3biji fresh tomato + 1-2 biji cili hijau+1 biji bawang besar. Masukkan jus lemon dan garam secukup rasa. Jangan masak, terus hidangkan je..enak kalau sejuk, saya buat awal & simpan dalam peti sejuk sebelum nk hidang), jarjir/salad/lemon/carrot dan bawang besar. Siap!
NOTE:- Kelainan nasi ni terletak pada aroma asap..Saya dah mencuba beberapa resepi yang ada kat beberapa Blog yang lain tetapi rasanya agak berbeza dari apa yang saya makan so terpulang pada selera masing- masinglah nak menilaikan ikut tekak sendiri kan ...
Thanks lydia.. I dah try resepi nih.. tapi huhu.. tak leh nak agak la.. supaya nasi tak kembang sgt.. apa pun resepi ni mmg sedap.. :)
ReplyDeleteWalaikumsalm..maaf late reply sbb my network kat Q8 ni teruk sgt...Ok senang caranya gini masak beras tu dalam air yg banyak cam kira rebus 3/4 masak past tu cepat2 toskan & masukkan dalam periuk..takyah sejat sampai 100% airnya ilang bb nasik ni kan dimasak/wapkan ngan asap& ayam/daging..kalau tak faham gak lawati my FB kat Lydia Honey/ my group FB Matbahna Al Arabi..insha'Alalh Lydia akan guide sampai menjadik sbb ada a few frend buat menjadik & la ni dia org buat bisnes lak..hehhehe..
Delete