N3 aku pagi buta ni memang berat sangat..
Sedih dan takut melihat akan dunia hari ini. Memang benar dunia kita makin nazak dan tunggu masanya saja..Bila? Hanya Allah SWT yang dapat menjawabnya. Sudahkah kita bersedia menghadapinya? Tanyalah diri sendiri kerana jawapan tu hanya lita saja yang dapat menjawabnya.
Mungkin Dajjal pon dah nak kelua kot sebab Dajjal ni akan muncul antara Syam(Syria) dan Iraq. Tengok sajalah negara tu makin menjadi-jadi perbalahannya tiap hari. Mengenangkan nasib sedara kita yang seagama di sana rasa sayu hati ni tambah pula aku pernah menjejakkan kaki ke Daraa'(Syria) tempat kelahiran suamiku dan keluarganya di sana.. Setiap hari aku lihat wajah suamiku murung...mungkin dia memikirkan nasib keluarganya. Hanya perkataan SABAR yang mampu ku lafazkan.. Pun begitu masih ramai lagi di luar sana yang masih tak sedarkan diri.. Sedarlah saudaraku kita dah makin ke penghujungnya, perbaikilah diri kita termampu yang boleh selagi nyawa dikandung badan.
Bacalah atikel ini hingga habis moga kita semua mendapat manafaat darinya untuk kebaikan bersama.
Pada suatu pagi Rasullullah SAW berbincang dengan para sahabatnya mengenai Dajjal, kadang kala beliau meninggikan suaranya dan kadang kala merendahkan suaranya, sehingga kami merasa seolah-olah kami berada di dalam kelompok lebah.Petang hari kami yang mendengar cerita Rasullullah SAW pergi ke rumah Rasullullah SAW, beliau telah tahu tentang soalan kami. Tanya Rasullullah SAW:- “Apa khabar kamu semua”, jawab kami “Baik”, tapi kami hendak bertanya mengenai Dajjal, dan mengapa apabila Rasullullah SAW berbicara, kadang kala suara Rasullullah SAW tinggi dan kadang kala rendah ?. Jawab Rasullullah SAW:- “Bukan dajjal yang mengkhutirkanku terhadap kamu semua, jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan membela kamu terhadapnya .Dan jika dia muncul, sedangkan aku tidak berada di samping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala pengantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim”.
Dajjal pemuda berambut kerinting, matanya sepet, aku lebih suka mengatakannya serupa dengan Abdul Uzza bin Qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya, hendaklah dibacakan padanya permulaan surah Al-Kahfi.Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq . Lalu dia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah kerana itu teguhkan pendirian kamu!. Tanya kami:- “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi ?”, jawab Rasullullah SAW:- “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami:- “Ya Rasullullah SAW, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah SAW:- “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.Berapakah kecepatannya di bumi ?” jawab Rasullullah SAW:- Seperti hujan ditiup angin. Dia mendatangi suatu, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya, lalu mereka beriman kepadanya dan mematuhi segala perintahnya.
Di perintahkan langit supaya hujan, maka turunlah hujan. Maka diperintahkan bumi supaya subur, maka suburlah tumbuhan-tumbuhan. Bila hari sudah petang, ternakan mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar kerana cukup makan. Kemudian didatangi kaum yang lain dan diajaknya supaya mereka beriman kepadanya tetapi mereka menolak ajarannya, maka dia berlalu dari mereka. Besok pagi negeri mereka menjadi kering kontang dan habis semua kekayaan mereka. Kemudian katanya; “Keluarkan perbendaharaanmu!” maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya. Kemudian dipanggilnya seoarang pemuda remaja lalu dibelah dengan pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya itu di lempar sejauh anak panah dipanahkan.
Dajjal memanggil tubuh yang terbelah itu kembali, dia datang seutuhnya dan dengan wajah yang berseri-seri sambil ketawa. Sementara Dajjal asyik dengan perbuatannya yang merosak, maka Allah Taala menurunkan Nabi Isa Al-Masih Ibnu Maryam.Dia diturunkan Allah dekat menara Putih sebelah timur Damsyik (Syria) dengan memakai dua pakaian berwarna, berpegang pada dua sayap malaikat. Apabila dia menundukkan kepala hujan akan turun, dan apabila dia mengangkat kepala, berjatuhan daripadanya biji-bijik perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak boleh mencium bau nafasnya, sesiapa yang kena bau nafasnya akan terus mati. Bau nafasnya boleh dirasa sejauh mata memandang, maka Nabi Isa a.s. akan mencari Dajjal.
Dan Isa AS bertemu Dajjal di pintu gerbang kota lid (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya Dajjal tersebut. Kemudian Isa AS menghampiri kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan Dajjal.Maka diusapnya mereka dan dikhabarkan kepada mereka kedudukannya di syurga. Allah mewahyukan kepada Isa AS. “Aku akan mengelurkan hamba-hambaku yang tidak terkalah oleh sesiapa pun, kerana itu selamatkanlah hamba-hambaku yang soleh ke bukit”, lalu Allah Taala mengeluarkan Ya’juj dan Ma’juj. Mereka turun melanda dari tempat tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum habis telaga tersebut.
Kemudian datang pula satu kumpulan yang lain, kata mereka:-“Sesungguhnya dahulu ada air di sini”. Nabi Isa AS dan para sahabatnya terkepung, sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu pada hari ini (kerana kekurangan makanan).Maka nabi Isa AS dan pengikutnya memohon kepada Allah SWT semoga Allah SWT menghancurkan Ya’juj dan Ma’juj. Maka Allah SWT mengirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti ada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya. Kemudian Nabi Isa AS dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun di dapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. Nabi Isa AS dan para sahabatnya mendoa kepada Allah SWT semoga sudi menghilangkan bangkai-bangkai yang busuk itu.
Maka Allah SWT mengirimkan burung-burung sebesar unta lalu di angkut bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkan ke tempat yang diperintahkan Allah SWT Kemudian Allah SWT menurunkan hujan, sehingga walaupun rumah-rumah tanah liat dan rumah-rumah bulu dibersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca, kemudian Allah perintahkan kepada Bumi:-“Tumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan kembali keberkatan mu!” Ketika itu sekumpulan keluarga, kenyang memakan sebuah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu unta cukup untuk orang sekampung, susu sesekor sapi cukup untuk orang satu kabilah, susu seekor kambing cukup untuk sekeluarga terdekat. Ketika itu mereka berada dalam keredaan Allah Taala. Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang baik memasuki ketiak mereka, maka tercabutlah roh setiap mukmin dan orang muslim.Maka tinggal orang-orang jahat belaka, mereka bercampur baur seperti kaldai, maka dengan itu terjadilah hari kiamat......
Mungkin atikel ni pon dah ramai yang terbacanya..saya dah lama simpan atikel ni cuma semalam dalam saya dok check my laptop ternampak banyak atikel-atikel yang saya simpan untuk bacaan dan terlintas di hati nak share bersama..
Pada hari ini, ramai pembaca-pembaca sudah kenal dengan khabar berita Sai Baba yang dikatakan jelmaan Dajjal. Beberapa pembaca dan pengembara tanpa segan silu telah membenarkan kata masing-masing tanpa merujuk dahulu hadith-hadith sahih dan situasi masa kini. Oleh itu, tidak hairanlah bahawa Sai Baba yang terdapat hanya 30 peratus ciri-ciri fizikal Dajjal telah dianggap sebagai Dajjal.
Siapakah Sai Baba?
Sebelum melangkah lebih jauh, kita lihat dahulu siapakah sebenarnya Sai Baba. Nama sebenar beliau ialah Sathyanarayana Raju telah dilahirkan pada 23 November 1927. Sai Baba berasal dari Selatan India, sebuah kampung yang bernama Puttaparthi yang terletak dalam daerah Anantapur. Semenjak kecil lagi beliau dilihat sebagai budak yang keramat dan amat alim dalam agamanya.
Keajaiban Sai Baba dikatakan bermula sebelum ibunya mengandungkannya. Menurut cerita, sblm mengandungkannya ibunya telah bermimpi melihat tuhan Hindu yg bernama Sathyanarayana. Easwarrama memberitahu suaminya telah dia telah mengandung selepas bermimpi melihat tuhan. Iibu Sai Baba juga mendakwa semasa mimpikan Tuhannya, dia telah melihat suatu cahaya biru datang ke arahnya dan bersatu dengan badannya. Maka disebabkan itu, dia menyimpulkan bahawa itu adalah roh pemberian tuhan Hindu ke dalam kandungannya. Selepas kelahirannya juga, orang-orang kampug mendakwa telah melihat beberapa ekor ular tedung (binatang suci orang Hindu) berkeliaran di luar rumah Sai Baba.
Ciri-Ciri Persamaan Sai Baba Dengan Dajjal
-Berambut kerinting
-Berbadan besar
-Berupaya menghidupkan yg mati.(Sai Baba tak berjaya menghidupkan semula adik bongsunya yg mati pada 18 /10/ 2003)
Ciri-Ciri Yang Tiada Pada Sai Baba Tetapi Ada Dalam Hadith
-Ibunya berbadan besar dan rendah manakala bapanya tinggi lampai dan hidung seperti paruh burung.
-Kulit mukanya putih kemerah-merahan.
-Berketurunan Yahudi
-Berasal dari suatu tempat antara Syam dan Iraq
-Hanya mata sebelah kiri yg dapat melihat, mata sebelah kanan buta dan agak terhapus termasuk wajah sebelah kanan.
-Memaksa orang awam mengakuinya sebagai tuhan sedangkan Sai Baba tidak menyatakan hal demekian cuma orang ramai yang beranggapan ia berkuasa sperti tuhan. Namun begitu, tiada orang Hindu yang anggap ia tuhan.
Penafian Bahawa Sai Baba adalah Dajjal
Penafian bahawa Sai Baba bukan Dajjal dapat dilihat pada ibu bapa dan keturunannya sendiri. Ibu bapa Sai Baba tidak kelihatan seperti dalam gambaran hadith malah bukan pula berketurunan Yahudi. Ibu bapa Dajjal yang sebenar telah pun mati sejak sebelum kelahiran Nabi Musa lagi. Selain itu, Sai Baba juga kelihatan semakin tua dan tidak bermaya walaupun ia mendakwa mempunyai kuasa seperti tuhan.
Masyarakat Hindu mungkin mempercayainya sebagai anak tuhan namun ada seorang ahli silap mata terkenal India iaitu Basava Premanand mendakwa Sai Baba menipu dalam ajarannya. Premanand juga memberitahu beliau telah lama mengkaji dan memerhati tindak tanduk Sai Baba sejak tahun 1968 lagi. Laporan berkenaan dakwaan Premanand ini telah dihuraikan panjang lebar dalam majalah “Indian Today” yang diterbitkan pada Disember tahun 2000.
Seperkara yang paling tidak menampakkan ciri-ciri Dajjal ialah Sai Baba tidak berdakwah kepada orang-orang Islam di India. Sedangkan itulah matlamat Dajjal dalam dakwahnya. Dajjal seluruh hidupnya menjadikan Islam sebagai satu target utama untuk dimusnahkan kerana dari kalangan masyarakat Islam akan timbul musuh Dajjal yang utama iaitu Nabi Isa dan Imam Mahdi.
Bukan itu sahaja yang menjadi penafian terhadap Sai Baba sebagai Dajjal ialah Sai Baba memuji pula agama-agama lain dalam laman web rasminya. Sai Baba bersikap bertolak ansur dan tidak memaksa dan tidak pula merendah-rendahkan agama lain. Adakah Dajjal akan bersikap demikian?
“Let the different faiths exist, let them flourish, and let the glory of God be sung in all the languages and in a variety of tunes. That should be the Ideal. Respect the differences between the faiths and recognize them as valid as long as they do not extinguish the flame of unity.”
(Sathiya Sai Baba)
Kesimpulan:- Sai Baba bukanlah Dajjal dan Dajjal bukanlah Sai Baba. Penulis langsung tidak bersetuju Dajjal adalah Sai Baba kerana Sai Baba tidak menunjukkan kehebatannya dalam menerbitkan matahari dari Barat. Sai Baba juga hidup lebih dari 70 tahun sedangkan hadith mengatakan Dajjal hanya hidup dikalangan masyarakat setelah ia keluar sekadar 40 hari sahaja. Namun begitu, penulis boleh menerima pendapat sekiranya ada yang mengatakan Sai Baba adlaah bahan ujian Dajjal.
Pendapat itu lebih logik dan penulis sendiri agak terdorong dengan pendapat itu. Dajjal masih melakukan kajian-kajian untuk mencari pilihan terbaik tempat, situasi dan imej untuk dia muncul di tengah-tengah masyarakat. Penulis percaya Sai Baba adalah suatu subjek kajian Dajjal untuk melihat sejauh mana penampilan orang India dalam mempengaruhi masyarakat dunia. Maka tidak hairanlah Sai Baba mempunyai pertubuhan seluruh dunia termasuk Russia dan Eropah. Hairannya di Malaysia tidak ada.
Nampaknya Dajjal tidak akan muncul dikalangan masyarakat India kerana Sai Baba kurang dikenali malah berimej selekeh yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang-orang Eropah dan Amerika
Seronok baca, poslah lagi artikel2 Lydia ek ;)
ReplyDeleteThanks Kak Nini..Insyallah akan saya usahakan dari masa ke semasa. Artikel banyak saya edit sedari 2007 cuma lom preview 2public je sebab nak touch up apa-apa yang patut..
ReplyDelete