Tuesday, June 04, 2013

PEANUT BUTTER MACAROONS


 Tetiba pula rindu nak makan macarons, walaupon dalam keadaan migraine ni Lydia gaghkan jua buat kerana kebetulan white eggs belen buat ma'amoul (kukis arab) ada kat peti sejuk dah dekat 4-5 hari, takut rosak. Lagipon apa leh buat dengan ciput white eggs tu so macaroons le jawapan yang paling tepat. Lydia pun cari- carik la resepi macarons di folder my lappy, sebab beberapa tahun lepas pernah buat. Lagipon bahan- bahan macroon tu memang ada je so redah je buat walau migraine dan tak jumpa piping beg. 
Kata orang kalau nak buat macaroons ni kena hari panas terik, so kat Kuwait ni no hal sebab weather memang tengah terik panas. Cuaca yang lembab lak leh buat macaroons lambat kering dan lambat la leh bako, so hati-hati kalu bercita- cita atau berhajat nak buat macarons bagi yang tinggal di negara yang beriklim panas dan lembab tu like Malaysia, make sure weather kita  cerah, tak  ujan atau jangan bual memalam kalau nk macaroons jadi cepat dan cantik kejadianya. ceh! macam la pakar dan macam la macaroon Lydia ni cantik sangat!
Walaupon dah cut sugar level masih terasa manisnya tapi tak ler menggila sangat sebab Lydia add filling penut butter. Arab suka ler memanis macam ni makan dan minum dengan kopi pahit tu. Kat Kuwait ada jual macaroons ni, sebijik dalam 15RM++, mahal kan? Tapi tu kat Avanue la..
Oklah bebel jer, meh skodeng bahan- bahannya pula. Rasanya resepi ni Yani punya dapat dari My resipi, papepon tolong halalkan yer empunya sebab lupa, lama tersimpan di folder lappy dan dolu- dolu kalu save resepi tak save nama tuan konon nak save space sebab tu tak ingat empunya, ni la alkisahnya

PEANUT BUTTER MACARONS -+- 2 dozen ikut saiz(24 keping x 2)
2 biji @ 80g telur putih A size-suhu bilik
50g gula kastor
80g almond powder
100g icing sugar
Sedikit serbuk Vanilin
Secubit cream of tartar
Pewarna jika suka (paling bagus kalau guna powder food coloring)
Filling:
Lydia guna Peanut butter sebab nak cut kemanisan, tapi U olls leh boh cekelat ganache, cis, nutella, fruits filling atau jem filling etc
Ayak almond powder dan icing sugar berasingan, satukan bersama dan ketepikan.
Campurkan cream of tartar bersama putih telur dan kacau sedikit, biarkan selama 1-2 minit.
Pukul putih telur sehingga berbuih, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit (dalam 3 kali) sehingga sedikit kental.
Masukkan serbuk vanilin dan teruskan memutar sehingga bertanduk.(Means bila terbalik mangkuk, telur tu tak jatuh)
Masukkan sikit demi sedikit bahan yang diayak tadi ke dalam telur putih.
Kaup balikkan perlahan- lahan macam buat kek chiffon.
Masukkan pewarna, kaup balik hingga rata semuanya, ikut suka nak berapa kaler.
Masukkan adunan yang dah siap ni ke dalam piping bag yang telah diletak nozel, picitkan
adunan sebesar syiling 50 sen ke atas dulang yang di alas dengan baking sheet. (Lydia tak jumpa my piping beg so boh dalam beg plastik biasa dan guntingkan sikit bucunya, emergency U)
 
Tengok tu lain yang di draw lain yang nampak, mata dah kero migraine beb (alasan..hehhe sebenarnya tak pandai), saiz pon bermacam pesen, sib baik semuanya ada kapel nak dijodohkan kalau tak naya gue!.

Jarakkan setiap satu lebih kurang 1 inchi.
Ambil toothpick, pecahkan mana-mana gelembung udara yang terdapat di permukaan macaroons tu kerana takut nanti macaroon bila dah bako tak jadi macam permukaan bulan,  berlubang- lubang.
Bila dah selesai semuanya, hentakkan sediki loyang/ tray untuk meratakan adunan.
Biarkan macarons kering sendirinya dalam 30 minit (ikut weather ya..), yakni kalau kita touch permukaanya ianya tak melekat di tangan sebelum dibakar .
PLEASE and PLAESE test ngan jari korang sebelum bako, kalau confirmed dah tak melekat tu bolehlah dibakar, tapi touch manja jer jangan henyak kuat- kuat.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 C selama 15 minit.
Sejukkan sebelum letak inti.

2 comments:

  1. salam..comelnya macaroons hihi .. sampai sekrang tak ler buat2 nye tengok orang buat je ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..shukran wani.. ni kali ke-2 dlm hdp buat di Kuwait ni..alhamdullillah menjadik sebba lydia yakin rasanya Wani pon boleh asal yakin..

      Delete