Thursday, June 13, 2013

NASI MINYAK ALA ARAB WITH AYAM BAKO



Oh malasnya nk naip rapi dek kerana mungkin ada kawan- kawan yang berpuasa sunat khamis dan sunat awal khamis di bulan Syabaan ni maka lydia gagahkan jugalah tapi sebelum beradu kerana kalau bangun beradu Malaysia time dah asar, sian pulak yang teringin tu..
Bab masak memasak makanan arab ni memang rasa dah boring dan tak tau nak wat apa lagi. Mr.asben nak makan makanan dia and kita lak?..Tu untung rugi kawen campur...huhuhu tekak kita sapa pulak nak jaga?..kena berkorban je lah kalu malas nak masak untuk diri sendiri. Tak berbaloi rasanya nak masak macam- macam and makan sowang- sowang, penat kat dapo tak tertahan nak masak itu ini dan basuh itu ini... hanya mereka yang rajin jer sanggup, lagipon makan 2 molot arsa bazir kalau masak macam- macam dan banyak- banyak, tapi bulan posa pejam mata redah buat itu ini sebab kat Q8 ni amnalah ada bazar nk tunjuk menunjuk takat tekan ngan jari restoran tu ada la.. nasik minyak paling masal yang selalu iparku masak..campak- campak siap.. Jom tengok resepi campak tu..


NASI MINYAK ARAB WITH AYAM BAKO

1/2 ekor ayam*-  dibersihkan dan direndam dengan sedikit cuka putih sebentar dan bilas
2 cawan basmati-cuci sehingga jernih, rendam dengan air garam selama 1 jam++ & toskan.
3 kuntum bunga cengkih*
4-5 biji black papper corn*
1/2 inci halia*
1 -2 helai bay leave*
1 batang kulit kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
2 biji cardamom pods*
1 biji bawang besar - dibelah empat*
2 biji bawang putih-diketuk*
1/2 cmt arabic mix spices* (kalau tak de lupakan jer)
1/4 cmt cumin powder*
Segenggam kismis - jika suka
Air untuk merebus*
Garam secukup rasa
1/4 camb minyak canola/ jagung ( kalau suka boleh gantikan dengan minyak sapi)

Untuk sapuan/lulur atas ayam
sedikit serbuk kunyit#
sedikit minyak masak#
sedikit garam jika perlu#
Sedikit tomato paste#
Sedikit paprika powder#
Sedikit garlic powder dan ginger powder#
Satukan kesemua bahan # dan lumurkan pada ayam.
Bakar sebentar untuk mengaringkan nya saja.

Rebus bahan bertanda hingga lembut dan empuk lebih kurang 40- 45 minit.
Masukkan  garam dan teruskan merebus selama 10-15 minit dan offkan api. 
Tapiskan stock, asingkan atyam dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan kismis dan goengkan sedikit sehingga golden , masukkan beras dan goreng hingga transparent selama 2-3 minit.
Masukkan stock ayam yang masih panas dalam 31/2- 4 cawan (akalu tak cukup add air panas menggelegak, kuantiti air tergantung pada jenis beras anda). 
Dengan api yang besar, tutup periuk dan biarkan hingga separuh kering dan buka penutup periuk dan gemburkan sedikit nasi, perlahankan api dan tutup periuk dengan aluminium foil kemas- kemas.
Tanaklah seperti biasa hingga nasi masak.
Bila dah masak offkan api dan biarkan selam 5 minit baru dibuka penutupnya dan digemburkan sedikit dengan garfu.
 INGAT!.. jangan kacau sangat nanti nasi patah tak cantik, Cuma gemburkan sikit dengan garfu jer.
Sementara menunggu nasi masak, panaskan oven 200C. Ayam yang dilumurkan/ dilulurkan (ngeeee) dengan bahan #.
Bakar dalam oven selama 15 minit menggunakan api atas bawah sehingga golden.
Hidangkan bersama nasi minyak tadi, salad dan maraq jika suka. Selamat mencuba.


 

1 comment: