Monday, May 13, 2013

NASI GORENG USA KUWAIT II

Salam bersiaran semua..buat lagi nasik goreng USA ni memang sempoi sedap dan senang walaupon nampak macam renyah sebab kena masak lauk dan nasik in 1 time. Bagi yang kat Malaysia oder jer dah sampai but bagi kami perantau ni kenalah buat sendiri kalau tak memendam rasa jer la. Buat nasik ni atas permintaan my hubby dia suka our fried rice asal tak pedas, taka ada belacan atau bilis..huhuu.. Dia mintak nasik goreng ayam dek kerana malas nk potong ayam sedangkan daging dah dipotong maka inilah hasilnya..sila jamu mata dan kalau rajin cubalah ya sahbati..

NASI GORENG USA KUWAIT II
2 mangkuk nasi
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dimayang
1 camt cili kisar -* tak letak sebab tak makan pedas, gantikan paprika powder
1 camb sos tiram- tak letak sbb abis, lydia gantikan nagn kicap pekat
1 cawan mix vegetable
Garam secukup rasa

Sedikit minyak masak
swdikit minyak bijan.

Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang besar dan cili kisar/paprika dan goreng sehingga garing.
Masukkan sos tiram/kicap pekat dan mix vegetable, gaul sebati. 

Masukkan nasi dan gaul sehingga rata.
Perasakan masinnya dan masukkan minyak bijan, gaul rata.

Matikan api dan bolehlah nak makan.

Bahan Daging masak merah
300gm daging - direbus bersama pewarna merah hingga empuk dan hiris nipis  
2 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar - didadu halus
1 biji bawang besar - di hiris bulat dan tebal untuk hiasan
1 biji lada besar hijau -di potong serong
1 camt cili kisar* Lydia gantikan paprika
1 camt tomato paste

1 camt halia pste/tumbuk halus
2 sudu besar sos tiram
1/3 camt black pepper powder
Garam secukup rasa
Sedikit minyak.
daun limau purut

1-2 batang serai diketuk sedikit

Tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan biarkan seketika sehingga cili masak/pecah minyak.

Masukkan tomato paste, serai, daun limau purut dan halia paste, goreng sebentar.
Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering dan mesra.
Masukkan sos tiram, lada besar dan lada hitam, gaul sebati.
Akhir sekali masukkan bawang besar, rasakan masin, manis dan masamnya, biarkan bawang yang di potong tadi sedikit layu dan angkat.
Hidangkan bersama nasi, telur mata kerbau, tomato, timun dan kuah sup 0' jika suka


 

No comments:

Post a Comment