Saturday, March 23, 2013

Binatang dalam Al-Quran


Binatang dalam Al-Quran
Antara binatang yang paling banyak disebut di dalam al-Quran ialah burung.

Burung hud-hud- berperanan sebagai peninjau yang membawa balik berita mengenai sebuah negeri, Sabak dalam sirah Nabi Sulaiman.

Burung gagak- telah dikirim oleh Allah kepada seorang anak Adam untuk mengajar cara mengebumikan mayat saudaranya yang dibunuhnya.

Burung puyuh (salwa)- yang diturunkan Allah kepada Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya semasa dalam pelarian dan ia akan menjadi satu daripada hidangan yang diinginkan di syurga.

Gajah - Allah telah mengutus burung-burung untuk menghancurkan sebuah angkatan tentera bergajah.

Unta pula merupakan haiwan yang agak luar biasa. Bagaimana ia dicipta harus direnungkan. Cara unta minum air apabila kehausan, menjadi misalan perbandingan kepada bunga api daripada api neraka dan kepada penghuni-penghuninya yang minum air mendidih. Unta melintasi lubang jarum! Begitu mustahilnya bagi orang-orang yang mendusta dan menyombongkan diri terhadap ayat-ayat Allah untuk masuk ke syurga.

Keldai – Kisah ‘Uzair yang ditidur terus-menerus tanpa bangun-bangun selama seratus tahun dan dihidupkan semula oleh Allah bersama keldainya.

Kuda – ditunggangi dan dijadikan sebagai perhiasan dan menjadi salah satu yang diinginkan oleh hawa nafsu dalam kesenangan kehidupan dunia oleh manusia . Sulaiman a.s. sangat menyayangi kuda.

Lembu – disebut dalam kisah tiga Nabi, iaitu Ibrahim, Yusuf dan Musa. Nabi Ibrahim telah menghidangkan seekor anak lembu panggang yang gemuk apabila malaikat datang untuk berjumpa dengannya . Nabi Yusuf telah menghuraikan mimpi raja yang mengandungi lembu.

Biri-biri – Nabi Daud telah diminta untuk mengadili dua orang yang bersaudara yang berselisih mengenai biri-biri betina.

Babi – Sifat babi tidak disenangi, kerana orang-orang yang Allah melaknatkan umpama mereka beruk dan babi.

Anjing – haiwan yang tidak disenangi oleh sesetengah pihak, tetapi tidak diharamkan Allah. Seekor anjing bernama Qitmir di sebut di dalam al-Quran

Beruk – telah diceritakan bersama babi tadi, iaitu orang-orang yang dilaknati dan dimurkai Allah dijadikan haiwan yang dua itu.

Ular - disebut sebanyak lima kali di dalam al-Quran. Kesemuanya mengenai tongkat Nabi Musa yang menjadi ular apabila dia melemparnya.

Semut – dalam kisah Nabi Sulaiman yang terdengar semut bercakap untuk masuk ke dalam sarang supaya tentera Nabi Sulaiman tidak memijaknya kerana tidak sedar.

Ikan – Kisah Nabi Yunus ditelan ikan nun. Doa yang sangat mujarab.

No comments:

Post a Comment