Thursday, January 24, 2013

SALAM MAULIDUL RASUL


Tiada harapan selain ALLAH S.W.T
Tiada idola selain NABI MUHAMMAD S.A.W.
Tiada kata seindah AL QURAN
Tiada jalan selurus SUNNAH
Tiada perjuangan selain ISLAM.. Salam maulidulRasul semua sahabat muslimku..
Subhanallah putaran masa begitu cepat berlalu dan kini bulan maulud datang lagi, maka ramailah rakyat Malaysia meraikan hari kelahiran Rasulullah s.a.w.
Alhamdulillah...
Ada yang tak pernah cukup solat 5 waktu pun sibuk bawak sepanduk,
Ada yang jarang atau tak p[ernah pergi ke masjid pun hari ni pergi masjid,
Ada yang konon-konon Islam tapi laksanakan kewajipan sebagai umat islam pun bertungkus-lumus selawat nak sambut maulud nabi.
Semuanya dengan satu alasan iaitu nak memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Selama saya di Kuwait dah hampir 7 tahun ni tak pernah sekali pon saya lihat sambutan maulud nabi, yang ada hanya cuti umum jer.
Dalam sejarah Islam, para sahabat adalah generasi yang paling mencintai Nabi s.a.w namun mereka tidak membuat perayaan khas hari kelahiran baginda disebabkan kerana mereka tidak melihat baginda melakukan hal yang demikian.
Bahkan Ibn Kathir menceritakan bagaimana Saidina ‘Umar apabila dicadangkan permulaan tahun Islam dikira pada tahun kelahiran Nabi s.a.w, beliau menolaknya. Sebaliknya khalifah agung itu memilih tahun hijrah baginda sebagai permulaan kiraan.
Hari berganti dan bertukar, dunia Islam kini dipenuhi dengan pelbagai krisis politik yang akhirnya mencetuskan mazhab. Antaranya Mazhab Syiah yang asalnya merupakan mazhab politik, bertukar menjadi mazhab agama dengan segala macam aliran di dalamnya. Perebutan kuasa berlaku atas agenda politik yang dimasukkan unsur Islam ke dalamnya, maka berpecah dan berselerakanlah umat Islam akibat agenda politik berbagai aliran, nauzubillah..
Banyak pendapat telah disuarakan dari segi hukum mengenai merayakan hari keputeraan junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Sambutan Maulid Nabi ni bukanlah satu perkara yang baru, ia merupakan amalan yang sudah dilakukan oleh umat Islam sejak berkurun lama di seluruh pelusuk dunia Islam. Perbicaraan mengenai keharusannya juga telah lama dibicarakan sehingga ramai ulama’ telah menulis secara lengkap dalam kitab-kitab mereka tentang keharusan dan galakan majlis ini diadakan. Namun sehebat itu pula pihak yang bertopengkan ulama’ mencemuh majlis seperti ini dengan alasan ia merupakan perkara bid’ah kerana tidak terdapat pada zaman Rasulullah s.a.w.
Tidak kita nafikan terdapat beberapa perkara bid'ah dan mungkar yang berlaku pada sebilangan kecil sambutan maulid Nabi yang diadakan di beberapa buah negara ‘Arab dan negara Islam lain. Perkara ini sering kali kita ingatkan dan tegurkan keburukannya. Namun begitu, alhamdulillah di kebanyakan majlis sambutan maulid yang kita hadiri tidak berlaku bid'ah dan perkara mungkardemikian.
Melihat dari sudut pengisian yang diadakan di dalam majlis ini, kebanyakkan ulama’ bersepakat mengharuskan amalan-amalan yang diadakan. Misalnya, mengumpulkan umat Islam untuk mengingati sirah Rasulullah s.a.w., memuji baginda, mengucapkan salawat dan sebagainya. Mengadakan majlis untuk memberikan peringatan dan mengambil pengajaran dari sirah Rasulullah s.a.w. merupakan majlis ilmu yang menjadi salah satu dari dakwah untuk melahirkan kecintaan umat Islam terhadap Allah dan RasulNya. Ini secara tidak langsung, menjana penghayatan umat Islam terhadap sunnah Rasulullah s.a.w. Begitu juga dengan mengucapkan kata-kata pujian dan salawat ke atas Baginda, sememangnya telah menjadi hak Rasulullah s.a.w. Menyediakan makanan untuk orang ramai pula merupakan suatu sedekah yang disunatkan, malah digalakkan kepada umat Islam. Majlis seperti inilah yang sepatutnya dimanfaatkan sebaiknya, kerana memberi peluang keemasan kepada umat Islam untuk melakukan berbagai-bagai kebaikan yang tidak ada pada majlis-majlis yang lain disamping mengeratkan silatulrahim sesama kita umat islam.
Justeru, tidak ada sebab majlis seperti ini menimbulkan keraguan bagi mereka yang mempunyai pemikiran yang sihat sehingga dihukum sebagai bid’ah yang sesat. Sekalipun, keharusan perkara ini telah lama meniti di bibir ulama’ dan diperdengarkan kepada umat Islam saban waktu, saya kira masih ada manfaatnya saya menyelitkan perkara ini di dalam artikel ini, memandangkan minat umat Islam semakin merosot terhadap bahan-bahan bacaan ilmiah ulama’ muktabar. sekiranya ada kesalahan saya mohon maaf kerana saya adalah insian biasa.. apa yang tertulis ni jadikan panduan dan sempadan, fikirkanlah yang baik dan tinggalkanlah yang buruk..Wallahualam.

2 comments:

  1. salam maulidurrasul juga..... banyakkan salawat keatas junjungan kita nabi muhamad S.A.W

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat nampak sbb net slow..shukran sis.. semoga kita tergolong dlm org yg mendapat syafaat rasulullah SAW nanti

      Delete