Sunday, December 09, 2012

MIGRAINE




Migraine – Sakit Kepala Yang Amat
Kalai pertama Lydia kena serangan migraine pada usia 18 tahun. Sakitnya hanya Allah SWT yang tahu. Rasa macam nak pecahkan jer kepala. Puas berjumpa dengan doctor namun migraine ni makin teruk rasanya dari masa ke semasa. Pun begitu Lydia tak tahu apa punca my migraine ni sampailah doctor suruh Lydia buat diagnosis terhadap diri sendiri sewaktu sakit. Mungkin sebab Lydia fikir terlalu banyak membuatkan Lydia terkena migraine kot!.


APA YANG BOLEH TRIGGER/MENYEBABKAN MIGRAINE NI DATANG?
Sakit kepala migraine adalah bentuk dari sakit kepala vascular. Migraine merupakan sakit kepala yang berulang-ulang disebabkan oleh sesuatu sebab.
Trigger factor (faktor penyebab) migraine berkemungkinan:-
-faktor hormon seperti ketika datang haid, mengamalkan pil perancang,
-faktor persekitaran seperti suhu yang terlalu panas atau sejuk
-cahaya terlalu terang atau bunyi yang terlalu bising
-faktor stress seperti kurang tidur, tension, banyak memikir dll.
-faktor pemakanan seperti makanan masam (jeruk, buahan sitrus), makanan berperisa/perasa/pengawet/pewarna tiruan (ajinomoto, mee segera), makanan mempunyai xanthine (coklat), makanan tenusu (keju, susu), minuman berkafein (kopi, nescafe, coca-cola), makanan yang unik pulut, mee kuning, durian, buah pala) dll.
Untuk mengelakkan migraine, faktor penyebab perlulah dikenalpasti dan dielakkan. Anda dinasihatkan untuk mendapat pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti punca sakit kepala selain dari di atas.

Dalam kes normal, antara sebab-sebab migraine adalah:
-alahan kepada sesuatu
-cahaya yang cerah, bunyi bising dan bau tertentu
-tekanan fizikal atau emosi
-perubahan dalam waktu tidur
-merokok atau terhidu asap rokok
-tak makan
-alkohol
-haid
-makanan yang ada MSG (contoh: aji-no-moto)
-pening kepala
-makanan lain seperti chocolate
-cuaca

Kalau menurut kajianku terhadap diriku berdasarkan sebab- sebab migraine berdasarkan penyebab di atas, faktor penyebab utama Lydia migraine ni adalah disebabkan perut kosong (tak makan), makanan atau minum cekelat/nescafe/ kopi dan faktor cuaca. Part makan cekelat atau kopi memang Lydia amat elakkan sangat sebab kalau makan tak sampai 5 minit je kena migraine dan paling POWER bau cekelat atau kopi pon leh buatku kena migraine. Perut kosong tu normal la bagiku terutama time dok sorang- sorang kat rumah, memang Lydia MALAS sangat. Kalau dalam sehari tu memang biasalah lambat lunch dan makan pun benda lebih kurang je. Belum cerita lagi part nak masak, bertambah-tambah stress.
Faktor cuaca ni pun lagi satu. Kadang-kadang kat Kuwait ni yang panas menggila kalau musim panas, panasnya melebihi 50 Celcius dan air paip pon panasnya macam boleh bancuh MILO atau NESCAFE.

APA YANG AKU BIASA BUAT KALAU KENA MIGRAINE NI?
Pain killer dah semacam Smarties dalam hidupku. Kadang kala migraine ni tak jalan dengan telan ubat dan terpaksalah pergi ambil injection dan ianya mengambil masa untuk pulih atau hilang sepenuhnya.

 
Lebih kurang macam ni la perasaan bila kena migraine ni

Lepas makan painkiller Lydia akan cuba PAKSA diri tidur. Kalau waktu siang, kena gelapkan bilik sebab cerah sangat pun tak boleh(baik tido dalam gua), tak boleh dengar apa saja bunyi dan terhidu apa saja bau. Jadi lagi teruk pun kadang-kadang ada. Time migraine ni memang cepat marah dan perasaan nak cari gaduh tu sentiasa ada. Jadi Lydia elakkan sebarang komunikasi dengan manusia.
Pun begitu kalau time kena migraine ni Lydia ketuk kepala kuat- kuat pon tak rasa sakit dan selalu suami marah kerana takut ksean sampingan lain. Pernah satu ketika dulu Lydia kena migraine, siap panggil adik suruh ketuk kepala kuat- kuat. Paling kelakar my adik memang takut dengan Lydia. Bila panggil suruh ketuk kepala memang dia tak beranilah..so Lydia kat padanya.. "This time ko boleh lepaskan geram nak pukul aku so belasah je kepalaku sekuat yang ko suka, aku tak marah.." Apa lagi adikku datang ketuk sekuat hatinya dan Lydia rilex je membiarkan kepalaku di ketuk. My mom dan my huby yang tengok gelagat kami marah kerana takut nanti ianya akan mendatangkan kesan sampingan lain… hehehheheee..

Ada juga kawan kata kalau kena migraine minumlah minuman bergas kerana ianya boleh menyembuhkan. Dah cuba pon tak menjadi malah lain pulak jadinya. Aku pun tak tahu... Kalau winter cuaca terlampau sejuk pun Lydia senang sangat kena migraine.
Lydia pun dah buat CT SCAN, doctor kata perjalan oksigen ke dalam darah menuju kepalaku kurang sebab tu jadi begitu. Lydia tetap tak puas hati tapi Alhamdulillah tak ada ketumbuhan> Doktor sarankan juga kalau tak puas hati buat MRI tapi lom buat lagi kerana kos yang tinggi dari CT SCAN.

Nilah ceritaku dan migraine yang tak pernah sudah ni. Sabar jelah kan?
Ni serba sikit info tentang migraine yang Lydia google kat beberapa site yang mungkin dapat membantu anda..

Definisi Sakit Kepala Migraine
Sakit kepala migraine disebabkan oleh vasodilasi (pembesaran dari pembuluh darah) yang menyebabkan pelepasan dari kimia dari serat saraf yang berlingkar sekeliling arteri-arteri besar dari otak. Pembesaran dari pembuluh-pembuluh darah ini meregangkan saraf-saraf yang melingkar sekelilingnya dan menyebabkan saraf-saraf melepaskan kimia-kimia. Kimia-kimia ini menyebabkan peradangan, nyeri dan pembesaran yang lebih jauh dari arteri. Pembesaran yang meningkat dari arteri-arteri memperbesar nyeri.
Serangan-serangan migraine umumnya mengaktifkan sistem saraf sympathetic dalam tubuh. Sistem saraf sympathetic seringkali difikirkan sebagai bahagian dari sistem saraf yang mengawal respon-respon yang primitif pada stress dan nyeri, yang disebut respon “lawan atau lari”, dan pengaktifan ini menyebabkan banyak gejala-gejala yang berhubungan dengan serangan-serangan migraine; contohnya, aktiviti saraf sympathetic yang meningkat pada usus menyebabkan mual atau muntah dan cirit- birit.
Aktiviti sympathetic juga menunda pengosongan lambung ke dalam usus kecil dan dengan demikian mencegah ubat-ubat oral memasuki usus dan diserap. Penyerapan yang terganggu dari ubat-ubatan oral adalah sebab yang umum untuk ketidakefektifan dari ubat-ubat yang diambil untuk merawat sakit-sakit kepala migraine.
Aktiviti sympathetic yang meningkat juga mengurangi pengedaran darah, dan ini menjurus pada kepucatan kulit serta tangan-tangan dan kaki-kaki yang dingin. Aktiviti sympathetic yang meningkat juga menyumbang pada kepekaan pada kepekaan cahaya dan suara serta penglihatan yang kabur.
Migraine merundung (menimpa) 28 juta orang-orang Amerika, dengan wanita-wanita menderita lebih sering (17%) daripada para lelaki (6%). Pekerjaan yang hilang dan kehilangan produktiviti dari migraine menciptakan beban publik yang signifikan. Meskipun demikian, migraine masih tetap sebagian besar kurang terdiagnosa dan terawat. Kurang dari setengah dari individu-individu dengan migraine didiagnosis oleh doktor.

Merawat penyakit migraine
Hanya sebagian kecil sakit kepala yang disebabkan oleh barah otak, cedera otak atau berkurangnya oksigen ke otak. Jika diduga suatu barah, stroke atau kelainan otak lainnya, maka dilakukan pemeriksaan ct scan atau MRI. Migraine bisa terjadi pada usia antara 10-30 tahun, kadang menghilang setelah usia 50 tahun. Lebih sering menyerang wanita. Sakit kepala migraine biasanya lebih hebat daripada sakit kepala tension.

Dalam kes normal, antara sebab-sebab migraine adalah:
1-alahan kepada sesuatu
2-cahaya yang cerah, bunyi bising dan bau tertentu
3-tekanan fizikal atau emosi
4-perubahan dalam waktu tidur
5-merokok atau terhidu asap rokok
6-tak makan
7-alkohol
8-haid
9-makanan yang mengandungi MSG (aji-no-moto)
10-pening kepala
11-makanan (seperti chocolate dsb)
12-cuaca

3 comments:

  1. Assalamualaikum Lydia,
    Kak Amie mula dapat migraine sewaktu tinggal di asrama, seawal Tingkatan 4 dan semakin teruk bila masuk universiti.Doktor kata kalau nak sembuh semuanya terletak pada diri sendiri sebab semua jenis ubat tak lut! Akhirnya Kak Amie belajar pantang makan, tenangkan fikiran, tidur awal dan lakukan axercise serta aktiviti yang membuatkab tubuh badan rasa letih. Sesekali migraine datang juga tetapi jarang, dan alhamdulillah entah berapa tahun tidak lagi terkena serangan migraine... memang kalau kena migraine rasa nak hentakkan kepala ke dinding!

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam kak Salami Simon.. mmm.. migraine ni mmg la susah hanya org yg mengalaminya je yg tahu azabnya. Lydia kalau kena migraine siap muntah2, penglihatan blur, nk marah dan tahap kritikal pengsan. Samalah gak doc suruh control life style.. dulu kat Msia kerap kena sbb abis SPM sementara nk tunggu masuk U jadi Guru GSTT jap past tu keja bank siang & ptg out camp kat U lak..trekejar sana sini & lydia pon ada insomnia, nk tidur mmg payah. bila kawen dok Q8 umah 24jam Ac jarang kua so jarang dapat tapi kalau penat, stress lambat makan atau kelua panas2 siap la..dah la sini pakai baju itam berjubah siap niqab dgn cuaca over 50C kalau musim panas.. sejak jarang kelua ni migraine sesekali je dtg tapi kalau dtg payah nk sembuh tak time a few days.. perasaan nk hentak & ketuk kepala mmg biasa, agaknya terlalu banyak makan ubat membuatkan lydia payah nk dapat BB walau doc dah kata kami tak ada masalah langsung. Segalanya urusan Allah, lydia pasrah je la & akan berusaha selagi masih muda ni

    ReplyDelete