Assalamualikum..
Selamat berhujung minggu bagi yang berada di luar sana kecuali yang berada di tanah arab kerana hujung minggu kat sini jatuh pada hari jumaat. Sebenarnya nsai ni Lydia masak semalam untuk potluck umah kak Mala. Nak update N3 semalam net asyik on off je bosan sangat kadang- kala nak update blog ni..
Resepi banyak Q' sampai dah basi tak kelua- kelua juga..hehehhe
Weather hari ni pun agak baik waalupun bahang musim panas sudah bermula. Dua hari semalam tetiba jer rebut pasir..sedih rasanya sebab baru cuci luar umah dah berbedak semula. Memeng terdetik dalam hati.."ni kalau aku bersihkan umah ni..mintak- mintaklah jangan ada dust storm".. tapi saying seribu kali sayang.. setiap kali Lydia ngemas/ basuh lua rumah
MESTI the next day ada dust storm.
letih dengan weather Kuwait ni. Nak biarkan uamh tak bercuci rasa macam bernafas dalam debu..nak tak nak kenalah buat gak kalau tak baut sapa nak buat kan? :)
Berbalik pasal
nasi beryani/ayam Hadramaut... Nasik ni memang selalu Lydia makan kat restoran Yeman dan dah beberapa kali masak kat umah pon. Nasi ni memang wangi je aromanya dengan bau rempah ratus... kalau tengok nama memang MAUT seram kalau makan pon MAUT tak mo stop2.. hehehe..lagi maut kalau dapat makan ramai- ramai memang la tak ingat dunia asyik mnambah jer..
Jom tengok resepinya dan cuba buat bulan posa nanti atau open house raya nanti, lepas tu bagi feed back ya…
Bagi Lydia dah tak de masa special pon nasik ni macam nasik basahan( ngalahkan pakaian lak..) sebab jadi makanan harian kalu nampak ASEAN foods tu lak jadi special..dah terbalik..
Bahan untuk merebus ayam
2 ekor ayam - potong 5(tapi hari ni lydia potong 10)
1/4 cmt nut meg powder
1/2 cmt cardamom powder
1 cmt arabic mix spices
2 helai daun bay
1/2 camt kayu manis powder
3-4 kuntum bunga cengkih
1 camt corainder powder
1/2 cmt serbuk lada hitam
1 camt cummin powder
1 camt ginger powder
1 biji tomato yang ranum- dibelah 4
1 labu bawang besar - didadu kecil
1 biji lada hijau - belah 2
garam secukup rasa
air secukupnya
Masukkan ayam dalam periuk bersama kesemua bahan di atas kecuali garam.
Rebuslah hingga ayam empuk lebih kurang 45 minit.
Masukkan garam pada 15 minit terakhir.
Asingkan ayam dari kuah/stock, tapis kuahnya.
Susun ayam dalam tray dan ketepikan seketika
Bahan untuk memasak nasi
3-4 biji cardamom pods*
2 helai daun bay*
1 batang kulit kayu manis*
3-4 kuntum bunga cengkih*
1/2 camt corainder powder*
1/2 cmt serbuk lada hitam*
1 camt cummin powder*
1/2 camt ginger powder*
1 labu bawang besar - didadu kecil
2 biji lada hijau - belah 2*
garam secukup rasa
1/4 cawan minyak masak
8 cawan beras basmati
12 cawan air/secukupnya - 1 cwn beras=1 1/2 cawan /2 cwn air bergantung kpd jenis beras(air rebusan)
Tumiskan bahan bawang hingga transparent.
Masukka bahan bertanda* dan terus menumis hingga terbi baunya.
Masukkan beras dan goreng sebati dengan rempah ratusnya/ transparent dalam 2-3 minit.
Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi.
Masukkan garam secukupnya bersama sedikit saja pewarna kuning.
Kacau sedikit dan biarkan hingga mendidih dengan api yang paling besar dan tutupkan dengan penutup periuk.
Bila air hampir kering masukkan sedikit lagi pewarna merah+kuningbersama sedikit air panas dalam 1/4 cawan air(dicampur bersama baru tuang atas nasi)tadi di tengah- tengah periuk dan perlahankan api.
Tanak seperti biasa hingga nasik benar benar masak.
Bila nasi dah masak tutupkan api dan biarkan selama 5 minit dan gemburkan sedikit dengan garfu.
Nasi siap untuk dihidangkan
NOTE:-sementara menunggu nasik masak bakar ayam...
Cara-cara bakar ayam
1/8 cmt nut meg powder
1/4 cmt cardamom powder
1/2 camt kayu manis powder
1/2 camt corainder powder
1/4 cmt serbuk lada hitam
1 camt cummin powder
1/3 cmt arabic mixed spices
garam secukup rasa
Ayam yang disusun di atas tray.
Percikkan atas ayam sedikit air.
Panaskan oven/grill api atas.
Sementara menunggu grill/oven panas lumurkan ayam dengan sikit garam rempah ratus.
Lepas tu lumurkan pula pewarna (merah+kuning)
Masukkan dalam oven, grill sekejap sebab ayam dah masak.
Baalikkan ayam sikit...guna api atas dlm 20-30 utk bagi kuning.
Ayam yang dah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi, salata (salad), maraq(kuah tomato)@sup dan salsa
Salsa
2-3 biji buah tomato masak
cili hijau(ikut kepedasan masing2)
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
lemon jus lemon (semasam yang anda suka)
garam secupup rasa
sedikit air untuk blend bahan
Blend kesemua bahan dan simpan dalam peti sejuk selaam 30 minit sebelum dihidangkan
Selamat menjamu selera..
Salam kenal Lydia. Saya memang menggemari masakan timur tengah ni dan memang tengah mencari resepi resepi pure darimtimur tengah. Nnt add lah blog saya ya. Saya akan add blog Lydia juga.
ReplyDeleteAzie Kitchen
salam kenal gak.. Tengs sebab sudi ziarah ke blog Lydia yg tak seberapa ni.. Bagi link blog Azie kita leh ziarah menziarahi. Actually semua makanan arab kat sini lydia masak untuk family sampai arsa muak sebab dah jadi santapan harian, al maklumlah bersuamikan org timur tengah..sudi2kanlah mencuba segaal resepi ni dan share ngan kawan2 ya..moga ilmu kita di berkati Allah SWT
Delete