Friday, December 09, 2011

KERUTUB AYAM

Resepi kerutub ni dah berzaman saya simpan kat laptop tak pernah buat kerana tak de rempah. Bila ada bahan apa lagi saya po cubalah sebab rasanya ala-ala macam rendang kari..sebab tak pedas kami suami isteri boleh la makan. Saya buat kerutub ni makan dengan nasi tomato.. saya mintak mahap banyak- banyak kepada empunya resepi kerana resepi ni lama terSAVE kat laptop saya so saya dah lupa sapa ler penyumbangnya..




KERUTUB AYAM

1 (1kg+-) ekor ayam-bersihkan dan potong ikut suka
2 cmb rempah kari dan rempah kurma-*bancuh bersama `
2 cawan santan
1cmb gula merah (saya tak letak sbb nanti hb tak makan)
1cmb kerisek
3cmb minyak untuk menumis

Bahan kisar
100g bawang goring
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
1 labu bawang besar (medium)
3 ulas baswang putih

Tumiskan bahan kisar sehingga berbau wangi dan garing.
Masukkan rempah, kacau sehingga sebati.
Masukkan ayam, kacau dan biarkan seketika sehingga ayam setengah masak dan mesra dengan rempah.
Masukkan kerisek, garam gula dan santan.
Biarkan sehingga mendideh.
Masakkan sehingga pekat dan ayam lembut.
Pastikan dikacau sekali sekala supaya tak hangus kat bawah periuk tu.
Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment