Tuesday, December 06, 2011

25 Nabi/Rasul

25 NABI dan RASUL

Beriman kepada rasul dan nabi merupakan Rukun Iman yang ketiga. Bagi orang Islam wajiblah yakin dan percaya bahawa Allah SWT telah mengutuskan para rasul dan nabi kepada manusia ke dunia ini bagi menunjukan jalan ke arah kebenaran dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Para rasul dan nabi yang terdiri daripada kalangan manusia bermula dengan Nabi Adam A.S dan berakhir dengan Nabi Muhammad S.A.W sebagai penutup bagi nabi dan rasul terakhir.
Perbezaan Nabi dan Rasul. Rasul diutuskan kepada seluruh manusia sedangkan nabi hanya untuk kaumnya sahaja. Semua rasul adalah nabi, tetapi tidak sebaliknya.

Jumlah rasul-rasul dan nabi-nabi adalah banyak. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui bilangan mereka itu. Setiap rasul adalah nabi tetapi nabi itu bukannya rasul. Jumlah para rasul ialah 313 orang. Hanya 25 orang rasul sahaja yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam.

Firman Allah SWT:
"Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan beberapa orang rasul sebelumnya (Wahai Muhammad). Diantaranya itu adalah kami ceritakan riwayat hidupnya dan ada juga yang kami tidak ceritakan" (Surah An-Nisa:164)

25 Nabi/Rasul seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran iaitu:-
1. NabiI Adam A.S
2. Nabi Idris A.S
3. Nabi Nuh A.S
4. Nabi Hud A.S
5. Nabi Saleh A.S
6. Nabi Ibrahim A.S
7. Nabi Luth A.S
8. Nabi Ismail A.S
9. Nabi Ishak A.S
10. Nabi Yaakub A.S
11. Nabi Yusuf A.S
12. Nabi Ayub A.S
13. Nabi Syu'aib A.S
14. Nabi Musa A.S
15. Nabi Harun A.S
16. Nabi Daud A.S
17. Nabi Sulaiman A.S
18. Nabi Ilyas A.S
19. Nabi Ilyasa' A.S
20. Nabi Yunus A.S
21. Nabi Zulkifli A.S
22. Nabi Zakaria A.S
23. Nabi Yahya A.S
24. Nabi Isa A.S
25. Nabi Muhammad SAW

No comments:

Post a Comment