YELLOW POTATO ROSE PAU
1st pau dalam hidupku..dapat resepi ni dari WENDYY tapi telah ku derhakakan sebab tak cukup bahan. Sorrrrrrry WENDYY!. Resepi asal Wendy guna sweet potato, ANNA guna kentang jer, ianya tetap cantik dan gebus serta lembut. Saya rasa keladi dan labu juga boleg digunakan dalam pembikinan pau ni..bagi yang suka leh try la, but not for me, I tak makan labu sama keladi..:)
100 gm kentang - di rebus
170 gm air suam +-
250 gm tepung gandum
1 t/s baking powder
15 gm gula
20 gm shortening
secubit garam
6 gm yeast
Inti kegemaran
Pewarna jika suka
Bancuh yis, gula dengan air suam, dan biar ia berbuih. Rebus kentang hingga benar- benar empuk , lecek hingga halus semasa masih panas dan masukkan ke dalam bancuhan yis tadi dan gaul rata.
Masukkan tepung ke dalam bancuhan yis dan kentang serta sedikit pewarna kuning dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekit. Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung.
Tutup doh dengan towel dan simpan doh dalam oven yang tak di onkan apinya sehingga doh naik 2 kali ganda, lebih kurang 45-minit – 1jam. Selah doh naik tumbuk- tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil sebesar buah langsat dan canai hingga nipis dan susunkan menjadi kelopak bunga. Letakkan doh bunga tadi di atas paper cup dan rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda. Kukus doh dalam kukusan yang telah di panaskan selama lebih kurang 10 - 12 minit. Pau ni tak manis, korang boleh ler cicah ngan kari atau apa-apa aje. Insyallah gebus jer.
hehe cam best je...cmne nk wat kelopak tu yea...
ReplyDeleteMemang best tak manis nanti lydia add step by step
Delete