Saturday, November 19, 2011

MUFFIN BERLAUK

MUFFIN BERLAUK
resepi ala-ala mufin & cara/talam berlauk yang gebus..




Bahan Inti
1 cawan isi ayam (rebus dan siat-siatkan)
1 biji kentang (dadu kecil)
1 batang carrot (hiris memanjang nipis- nipis) lupa letak
2 ulas bawang putih (cincang halus)
4 ulas bawang merah (cincang halus)
2 cmb rempah kari ayam (dibancuh dengan 2 cmb air suam panas)
2 camb minyak
daun bawang
daun sup
garam secukup rasa
sedikit air
Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi.
Masukkan rempah kari dan kacau rata sehingga naik minyak.
Masukkan kentang, carrot, ayam dan garam.
Masukkan sedikit air dan biarkan masak sehingga kentang lembut.
Biarkan sehingga kering dan semuanya empuk.
Tutup api dan sejukkan.

Bahan Mufin
3 biji telur
25 gm gula
2 cmb susu cair
1/2 cmt baking powder
1/2 cmt garam
130 gm tepung gandum
Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan pukul menggunakan whisk sehingga gebu.
Panaskan kukusan, masukkan adunan kedalam acuan muffin yg telah dilapikkan kertas paper cup (1/2 je ok).
Masukkan inti dan kukus selama 20 minit.
Hiaskan ngan Mayonise atau cili son sos dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment