Sunday, August 07, 2011

Makloubeh (Up Side Down Chicken Rice)

Iftar day 2...
Nasi Up Side down (macam kek pineapple up side down lak..), nasi ni amat popular bagi Negara Balad Sham (Syria, Palestine, Jordan & Lubnan), tapi tiap negara mungkin mereka ada cara tersendiri dalam menghidangkan nasi nie. Resepi ni saya dapat dari kakak ipar kat Syria.. Mereka memang gemarkan nasi ni tapi bagi saya kureng la sikit sebab saya memangTAK berapa mengemari nasi minyak dan lebih selesa ngan steam white rice jer.. pompuan melayu la katakana huhuhu.
Suami saya memang amat suka nasi ni kalu di REQUESTnya saya mask nasi ni..dalam hati menangis Allah jer tahu, bukan apa banyak kerja nak saya bereskan dan memenatkan bagi saya la... Apa yang nak dibereskan dan memenatkan saya? HUHUHU..bab menggoreng bunga kubis la, terpercik minyak dan goring kentang serta terung one by one..melemahkan saya berdiri lama- lama kat dapo, dah tu lepas tu kena lap dapo dan basuh perkakasan yang banyak lagi berminyak..tak kausa!!!..Sesekali tu ok la TERPAKSA buat kalu malas gak saya suruh suami saya call kakak atau adik dia masakkan..Bagilah apa- apa alasan yang munasabah (Nak Idop beb!!!...).
Nak buat nasi ni pon leceh kena ikut step by step dan agak memboringkan kerana banyak benda kena atur tapi percayalah rasanya memang sedap!. Tak caya cubalah dan anda akan tahu apa rasanya nanti..
Tak cuba mana tahu.
Kebiasaanya my family in-law menghidangkan nasi ni bersama plain yogurt, onion spring sup (shorba shariyah) dan salata (salad).
Jom tengok resepinya…




Chicken Malkoubeh/ Up side Down Chicken Rice

Bahan A
2 ekor ayam (potong ikut suka), bersih & toskan
3 helai daun bay
1 batang kulit kayu manis
1 inci halia
1 biji bawang besar-potong 4
2 ulas bawang putih- belah 2
3-4 kuntum bunga cengkih
3-4 biji cardamom pods
1 cmt Arabic mixed spices
1/2 cmt lada hitam powder
1/4 cmt cumin powder
1/4 cmt serbuk kunyit
1-2 biji fresh tomato-belah 4
Garam secukup rasa
Air untuk merebus ayam
Rebus ke semua bahan A lebih kurang 40-45 minit hingga ayam benar- benar empuk. Keluarkan ayam, tapis stock ayam, buang segala sampah sarap kat dalam tu dan ketetpikan. Sementara menunggu ayam masak bolehlah prepare Bahan B.

Bahan B
Bunga kubis (medium size) potong macam buat tomyam
3 biji kentang (sederhana besar) kupas kulit, potong bulat setebal 1cm, bersih dan toskan
3 biji terung (medium size), kupas kulit jika suka, potong bulat setebal 1cm, bersih dan toskan
Goreng semua bahan B secara deep fry hingga golden brown (satu persatu tau!!!...) atau bagi yang nak diet tu bolehlah grill jer tapi makan masa la..huhuhu..tak kuasa akak. Ketetpikan.

Bahan C
5 cawan basmathi, cuci, rendam dgn air garam 15-20 minit dan toskan
3-4 cmb minyak masak
Air secukupnya untuk merebus beras (ala rebus pasta)
Dalam periuk besar, didihkan air hingga memgelegak bersama garam dan minyak, masukkan beras, bisrkan dalm 15 minit hingga beras 1/2 masak dan toskan airnya.
Susun kentang menutupi dasar periuk diikuti dengan terung, bunga kubis, ayam dan akhir sekali masukkan bears yg separuh masak tadi menutupi semua sayuran. Msaukakn 2 cawan stock/ air rebusan ayam tadi (ikut jenis beras gak..pandai2 la korang adjust water level ni yer), tutup periuk dengan aluminium foil dan tudung periuk, dengan api perlahan tanak nasi hingga masak lebih kurang 15-20 minit. JANGAN dikacau nasi kalu nasi agak keras tambahkan sedikit lagi stock ayam dan masak lagi untuk beberapa minit.
Bila nasi dah masak, biarkan 5-10 minit, jangan buka penutupnya. Selepas tu buka penutup periuk dan aluminium foil..terbalikkan periuk ke atas dulang atau pinggan besar…tara..jadilah UP SIDE DOWN RICE macama ala kek pineapple upside down tu..



Note:- kalu suka leh taburkan daun parsely/ coriander dan almond kat atas nasi supaya cantik siket

No comments:

Post a Comment