SEDARKANLAH
“Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang. Dan Dialah Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS Al’Ankabuut ayat 5)
Ancaman Tembok Pemisah Kepada Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa
Tahun 1948 Israel telah mengisytiharkan dirinya sebagai sebuah Negara selepas menjajahi lebih kurang 78% daripada bumi Palestin dan menghalau rakyat Palestin keluar dari rumah mereka. Seterusnya pada 1967, Israel merampas 22% yang selebihnya daripada rakyat Palestin, dan sehingga kini rakyat Pealestin kekal di bawah jajahan mereka. Seperti apa yang kita dengar selama ini, kini israel sedang membina yang dikatakan sebagai ’pagar keselamatan di sekeliling Tebing Barat, dengan alasan ianya diperlukan untuk menghalang pengganas-penggnas Palestin dari memasuki Israel. Realitinya, ia tidak lebih dari sebuah penjara kerana pembinaan tembok itu di dalam kawasan Tebing Barat, Palestin. Tambahan pula tembok yang dibina begitu strategik dan telah diubahsuai di beberapa bahagian tempat bagi tujuan memisahkan pebempatan dan tanah Palestin daripada rakyat Palestin itu sendiri yang tinggal di 50 perkampungan yang berasingan.
(Map/peta tembok)
Malahan pembinaan tembok ini telah memisahkan para petani dari kebun mereka dan ia juga telah memisahkan kanak-kanak dari sekolah-sekolah mereka. Tambahan pula sebilangan petani telah dihalau daripada tanah yang selama ini menjadi milik mereka dengan memberitahu bahawa tanah itu telah menjadi milik Israel sekarang. Dengan itu timbullah kesan dari pembinaan tembok itu, ribuan rakyat Palestin yang kini tidak mempunyai pekerjaan. Apabila pembinaan itu siap, rakyat Palestin di Tebing Barat bakal kehilangan lebih 50 % daripada tanah mereka. Dengan jumlah lebih kurang 3.5 juta rakyat Palestin terpaksa tinggal dalam keadaan seraba kekurangan.
No comments:
Post a Comment