Friday, May 06, 2011

ALI CAFÉ SWISSROLL


ALI CAFÉ SWISSROLL
BAHAN A :-)
2 putih telur- gred A
1/8 camca teh cream of tartar
35 gram gula castor
BAHAN B :-)
40 gram tepung halu/tepung gandum*
1/8 camca teh baking powder*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
20 ml minyak jagung
2 kuning telur- gred A
15 ml air
20 gram gula kastor
Secubit garam
1 Sacet Ali Café 4 in 1 instant coffee
Sedikit ceri hijau untuk tabur
BAHAN C :-)
2-3 cambca besar jem tin/ kegemaran
Panaskan oven pada suhu 180C, lenser loyang kek berukuran 8 inci x 8 inci dengan minyak, alas dengan baking paper, lenser juga kertas tu, ketepikan. Satukan semua bahan B dan kacau rata dengan whisk hingga sebati, ketepikan. Putar bahan A hingga kental, kemudian masukkan ke dalam adunan bahan A dan gaul dengan kaedah kaup balik hingga sebati. Tuang dalam loyang kek, ratakan, taburkan sedikit ceri hikau diatasnya dan bakar 15-20 minit, bergantung pada oven masing- masing. Keluarkan dari oven, terbalikkan kek dan buang kertas alasnya. Biar 5 minit, sapukan jem dan gulung kemas2. Sedia untuk dihidangkan.
Note:-Bahan C ( iaitu jem) boleh digantikan dengan whipped cream kalu suka tapi lepas sapu whipped cream tak boleh terus potong, simpan dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam sebelum dipotong dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment