Itulah rahsia aku sebab arab ni suka makan so tak kan hari-hari aku nak kena tahan macam tahanan ISA kat dapo... Tambahan pula nak buat menatang ni kena sabaq banyak-banyak sebab kena buat keci-kecik macam mini karipap kalu buat besaq gedabak dah jadi ajaran sesat tapi sapa-sapa yang penyegan/malas tu bedal ja sebab masuk perot tak nampak bentu kecik besaq lagi..sebab tu aku suka buat dan simpan kerana kerja nya remeh..
Lagi satu arab ni makanannya memang senang sebab kebanyakakn makanan depa jeruk-jeruk sayuran, yogurt, sayuran segar mesti ada setiap hidangan. Bagi Pak arab yang tak suka makan nasi lagi la senang bagi roti plus jeruk, sayuran, yogurt dsb..Oh ya lupa!, dumpling ni pon bole goreng macam kita goreng karipap tapi liat sikit la sebab doh dia semata-mata ayaq kosong, tepung dan garam ja..tak dak minyak. Hak goreng ni aku makan la.
Aku? Sowy la nak makan sebab aku tak suka yogurt dan jeruk meruk depa ni kalu jeruk macam kat Malaysia memang aku berantu ngadapnya subuh buta pon bole..
TubeHome.com Video from everywhere!
MEAT PATTIES/DUMPLING WITH YOGURT SAUCE (SHISH BARAK BI LABAN)
Stuffing:-
1cwn ground meat/lamb
1cwn bwg dicincang halus
1/2cwn pine nuts-tak letak sebab tak ade
2cmb minyak zaitun
garam secukup rasa
1/4cmt black pepper
1cmb- finely chopped fresh coriander leaves
1cwn home made yogurt-kalu malas g beli jew
Fry ghee, bawang, pine nuts dan minced beef/lamb hingga kering airnya. Tutup api dan masukkan all spices dan garam secukup rasa. Taburkan corrainder leave dan kacau rata, biarkan sejuk.
Canai doh dan buat kecik-kecik macam nak buat mini karipap dan letakkan sedikit stuffing di tenga-tengahnya dan tutup/ kelim doh kemas-kemas.Ulang dan buat hingga habis. kalau banyak boleh simpan dalam freezer dan ianya tahan lama.
Didihkan sedikit air dan masukkan dumpling tadi (air sekadar cukup nak rebus dumpling jer), didihkan selama 5-10 minit sehingga dumpling timbul dan masukkan yogurt, kacau selalu selama 5 minit dan perasakan dengan sedikit garam dan sedikit mixed spices..
Anda juga boleg deep fry macam fry karipap. Selama mencuba
Dough
11/2cwn tepung gandum
1cmt garam
1/2cwn air(air biasa jew)
Campur semua bahan dough dan uli hingga sebati, kalu tak cukup air tambah le dan rehatkan doh selama 10-15 minit.
Sumber resepi ni dari kak ipar..setiap negeri (Jordan/Syria/Lubnan) ada resepi dan cara mereka tersendiri..Maybe kalu anda tengok video kat atas lain sikit sebab tu Lubnan punya style..Makanan ni bagus untuk orang yang diet..sebab tak de minyak yang banyak.
No comments:
Post a Comment