Friday, April 15, 2011

Cara Pemakaian Tudung Terkini..

N3 saya yang terakhir untuk pagi ni sebelum masuk Zzzzzz...
Sesekali nak ajak kengkawan kat luo sane bersantai sikit tentang isu semasa yang kita tak perasan dan ambil mudah.. Ini adalah satu riadah minda malah sebagai panduan untuk meneruskan gaya hidup yang berlandaskan agama mengikut tuntutan Allah SWT dan RasulNya. Mungkin telah dibincang ataupun sudah menjadi kebiasaan bagi kaum hawa namun sesekali eloklah direnungkan mudah-mudahan sebarang kesilapan dan kelemahan diperbetulkan supaya akhirnya mendapat keredhaan Allah SWT supaya menjadi wanita solehah dan muslimah sejati dunia akhirat..Amin.
Banyak perbahasan berkenaan sama ada tudung muslimah itu patut labuh atau berbentuk tiga segi hanyalah skop yang kecil berbanding bagaimana cara penutupan aurat itu seharusnya diimplikasi secara keseluruhannya supaya menepati roh syariat yang sebenar.Oleh itu wahai kekasihku terdiri daripada kaum ibu, adik-adik, kakak, isteri dan kekasih serta kawan-kawan marilah sama-sama memerhatikan beberapa gelaran jenis tudung yang boleh dilihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan oleh kalangan kaum hawa. Atikel ni saya dapat dari internet dan rasanya tak salah kalau kita share sama-sama sebagai santapan minda pagi rabu ni.

1.Tudung 'Mickey Mouse'
Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Mungkin nak tunjuk subang kat telinga tu ataupun saje nak tayang rantai kat leher. Atau boleh jadi jugak nak tayang apa-apa saja perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung jenis ni dililit sehingga menampakkan leher.









2.Tudung Lilit
Jenis tudung ini jika dilihat telah memang telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan atau di selempangkan ke leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan Allah SWT yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.












3.Tudung 'See Through'
Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat, kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.




4.Tudung Jambul
Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta. (Cara Pemakaian Ini Sering Digunakan Di Kalangan Isteri Menteri/ala-ala Mak Datin)



5.Tudung 'Singlet'
Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum. Tiada kelonggaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.










6.Tudung Saji
-Sekejap pakai,sekejap tidak
Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi. Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat.

Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :
"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakain namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)
Selain itu, ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memakai seluar jeans & sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka & alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian."Inilah kejayaan musuh Islam apabila perkara ini umat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat. Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah. Semoga kaum hawa tidak lupa kepada Firman Allah yang jelas:-"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka."
Tudung macam ni yang memenuhi syariat islam..
Ya Allah peliharalah kami dari terus melakukan kesilapan dan sedarkanlah kami sebelum terlambat..Aminnnn...

2 comments: