Selamat ari sabtu... arini penat baru balik dari sepital, so MC masak, suruh je hubby g lunch kat lua. For me?...hahahhaha..ini hari ada jemputan makan kat Salmiya umah Kak Pah Oum Kareem so nak cover perut dari buat konsert aku minum susu jer the whole day...
Pergi umah orang tak kan bawak perot je kot!!!!..
2-3 hari dok meraya- rayau dari umah ke umah asyik nampak apam dot dot je..teruja sebab comelnya macam mushroom kat dalam citer katun pun ada so nak trylah.. Mahapler pestaim buat dot-dot langsung tak rupa dot dot, comot sebab aku penat nunggu lama kat sepital dan dah tak kuasa nak berdiri kat dapo lama-lama. Insyallah nak buat lagi dan kali ni mesti jadik cun!!! Tu tekad aku Tapi tak pe la ye Kak Pah.. kite bedal je lah walaupun tak cun.. hahahaha..... Resepi dari kak Hana..tapi saya buat separuh je..jom nengok resepi saya..
Apam Dot- dot
2 biji telur grade c- tak de yang beso
130g tepung gandum
90g gula
70g susu segar
11/2cmt baking powder
1/2 cmt ovallete
1/2cmt esen vanilla
Pewarna
Paper cups
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Cara-cara
Masukkan semua bahan dalam mangkuk mixer kecuali pewarna, paper cups & filling blueberry, pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut citarasa anda. Rehatkan adunan 5 minit.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.Picitkan blueberry filling di tengah- tengah adunan dan picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
Note:-Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana, kalau tak mekar lak apam tu dah jadi apam dot dot mekar!
No comments:
Post a Comment