Sunday, March 24, 2013

KARI IKAN MAMAK PENANG di Q8


Selamat berhujung minggu, hari ni Lydia ingin sharekan resepi Kari Ikan Mamak Style yang begitu popular di Pulau Pinang yang memang menjadi tradisi kami sekeluarga, resepi kari ni Lydia dapat dari my mom sebab selalu tengok dia masak kari, memang sedap. Kat Malaysia Lydia memang tak gemarkan kari sangat sebab pedas, so ni buat sendiri tau la nak adjust rempah ratus supaya tak pedas.. hehehe.. cubalah my family style ni naa..resepi kat bawah tu, memang nampak banyak tapi percayalah ianya simple dan sedap kalau betoi caranya :)

KARI IKAN MAMAK PENANG d Q8
500g Ikan..kalau dapat bawal sedap tapi lydia masak ikan Rohu (1st time beli & makan)
100 ml Santan pekat
1/2 paket Rempah Kari Ikan ADABI
1/4 cmt halba campur (mengandungi halba+biji sawi+jintan putih + dll)
1 biji Tomato (dipotong empat)
Bendi (basuh dulu kemudian potong tangkainya sikit)
1 biji bawang besar*- ditumbuk bersama(bahagikan kepada 2 bhgn 1-tumis & selebihnya dibancuh dgn kari pwdr).
2 biji bawang putih*
1 inci*
1/4 cmt serbuk jintan putih.
1/4 cmt jintan manis.
1/4 cmt serbuk cili (lydia boh sweet paprika powder kasi merah sebab tak makan pedas)
daun kari
minyak masak.
Air asam jawa/asam keping@gelugor
Garam secukup rasa.
cili hijau (belah 2)


Basuh ikan terutamanya bekas darah ikan yang terdapat ditulang tengah kerana sisa darah ikan ini menyebabkan bau hanyir dan juga memberi kesan kepada warna hitam pada kari ikan nanti. Ketulan ikan yang telah dibersihkan perlu diperamkan dengan garam dan besar asam jawa untuk menghilangkan bau serta lendir ikan tersebut selama 1/2 jam. Basuh kembali ketulan tersebut dengan air bersih. Ketulan ikan ini sedia untuk masak.
Sediakan periuk /kuali, panaskan dan masukkan minyak masak untuk menumis.
Masukkan halba campur. AWAS! jangan sampai halba campur ini hangit kerana bau hangit ini akan timbul dan menyebabkan kari rasa hampeh!. Bila naik bau harum dengan cepat masukan bawang tumbuk dan daun kari. Apabila bawang mengeluarkan bau yang harum dan bertukar warna keemasan masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air dan lebihan bahan tumbuk, serbuk jintan manis + jintan putih + serbuk cili/paprika. Tumisan ini akan mula mengeluarkan bau yang harum. Masukkan air (ikut suka) dan biarkan sehingga mendidih dengan menggunakan api yang besar/kuat.
Apabila kari telah mendidih, perlahankan api dapur dan masukan ketulan ikan. Biarkan ikan ini masak selama 15-20 minit. Jangan biarkan kari ikan mendidih terlalu kuat (ketulan isi ikan akan pecah). Masukkan tomato. Biarkan kari itu mengelegak selama selama 3 minit lagi.
Masukkan santan / susu cair dan garam secukup rasa. Kacau sama rata dengan perlahan dan berhati-hati supaya ketulan isi ikan tak hancur.
Apabila ikan dah masak (jangan kerap kacau nanti isi ikan hancus!). Masukan cili hijau dan bendi biarkan selama 1-2 minit, tutup api dapur. kari ikan dah sedia untuk hidang. Tutup bekas hidangan dengan penutup supaya bau haruman rempah kari tidak keluar. Buka Tuadung kari ni semasa makan je. Kari yang sedap boleh ditentukan dengan bau harum kari akan menusuk hidung kita apabila dibuka tudung penutup bekas kari ikan itu.Selamat mencuba!.

No comments:

Post a Comment