Khasiat Habbatus Sauda
Habbatus Sauda atau juga dikenali jintan hitam ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan keatasnya walau bagaimanapun kebanyakannya ditulis di dalam Bahasa Arab.
Orang- orang alim di dalam bidang perubatan juga berkata:” Antara manafaat-manafaat Habbatus Sauda ialah:-"
i . Ia bertindak menghilangkan bengkak.
ii. Ia amat berfaedah dalam membuang lendir dan gelema serta mengeluarkan angin.
iii. Jika ia ditumbuk halus dan diuli dengan madu lebah serta diminum dengan air panas ia akan mencairkan batu-batu karang, melancarkan air kencing dan haid.
iv. Jika ia ditumbuk halus dan diikat di dalam kain kapas atau kulit lalu dicium, maka ia memberi menafaat dalam penyembuhan selsema.
v. Jika diminum seberat 1 mithqal (4.235 gram) Habbatus Sauda dengan air, ia memberi manfaat dalam merawat kesesakan nafas.
vi. Jika ia dibungkus dengan kain maka ia memberi manafaat dalam merawat sakit kepala yang sejuk.
vii. Jika Habbatus Sauda dimasak dengan cuka dan berkumur-kumur dengannya maka ia memberi manafaat menyembuhkan sakit gigi.”
Berikut adalah nama- nama bagi habbatusauda dalam beberapa bahasa di dunia ini:-
Arab = Habbatus Sauda’, Habbatul Baraka, Kamun Aswad, Sinauj
Armenia = Shoushma
Estonia = Mustkoomen
India = Kalounji
Inggris = Nigella, love in a mist. Fennel Flower, Onion Seed.
Italia = Nigella
Jerman = Zwibelsame, Schwarzkummel
Kanada = Korijigi
Norwegia = Svartkave
Perancis = cheveux de venus, Aligelle
Rusia = Chamustika
Spanyol = Niguilla, Pasionara
Tamil = Karun Jiragam
Turki = Corekotu Siyah
Melayu= Jintan Hitam
Daripada Abu Huraira r.a. Nabi s.a.w. bersabda, “Habbatus Sauda ini menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali Al Saam.” Aisyah r.ha. pun bertanya: ” Apakah Al Saam itu?” Jawab Baginda s.a.w. “Mati.” (Riwayat Al-Muslim)
Dari kajian-kajian moden yang telah dijalankan membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan seperti:-
1. Asid Urik dan Gout-Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
2. Asthma-Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).
3. Selsema-Ia dapat menyembuhkan selsema.
4. Tekanan Darah Tinggi-Ia boleh merendahkan tekanan darah.
5. Alahan (Allergic)-Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).
6. Pengeluaran Bahan Empedu/Bile-Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan hempedu dari pudi hempedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi hempedu.
7. Melancarkan Pengeluaran Susu-Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.
8. Kesendatan Pembuluh Darah /Thrombosis-Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.
9. Sistem Kekebalan/Immunity Tubuh-Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh bakteria, virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit.
10. Barah-Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat barah.
11. Kuman-kuman-Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.
12. Cirit birit disebabkan Kuman-Ia dapat merawat dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolera, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.
13. Kencing Manis-Ia dapat mengurangkani kandungan gula di dalam darah.
14. Rheumatisme-Dalam bidang perubatan tradisional di timur tengah, ia digunakan sebagai bahan anti radang (Anti Inflammatory) dan anti-rheumatism (antirheumatic) dan digunakan dalam rawatan migrain.
The Journal of American Scientist melaporkan Habbatus sauda bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotic (pembunuh kuman), antimycotic (antikult) dan bancho-dilating effect (pengembang) saluran pernafasan. Dr. Micheal Tierra, penulis buku “Planetary Herbalogy” mendapati habbatus sauda atau Habbah Sauda mengandungi betasitosterol iaitu bahan untuk anti kanser yang berkesan.
Kamus kedoktoran “Larousse” menjelaskan bahawa habbatus sauda berfungsi untuk mengeluarkan angin dari perut, menambahkan ghairah seks, dan melancarkan darah haid.
KEHEBATAN HABBATUS SAUDA Melalui pengalaman para pengguna pula yang menggunakan habbatus sauda sebagai ubatan tambahan, mereka mendapati habbatus sauda dapat mengubati bermacam-macam penyakit antaranya :-
• anticancer (pencegah kanser yang berkesan)
• antihistamine (pencegah alahan)
• antioxidant (pencegah kerosakan sel)
• antibiotic (pembunuh kuman)
• antimycotic (antikulat)
• bancho-dilating effect (pengembang saluran pernafasan)
• masalah buah pinggang - batu karang, bengkak buah pinggang
• melancarkan keluarnya kencing
• memperlancarkan darah haid
• melancarkan pengeluaran susu ibu.
• masalah angin ahmar - merawat penyakit stroke / lumpuh sebelah badan
• mengeluarkan angin dari perut
• menambahkan ghairah seks
• masalah seksual - mati pucuk, kurang ransangan seks
• masalah dalaman wanita - fibroid, menopause, keputihan,jangkitan kulat
• masalah penafasan - asma, batuk berkahak, bronchitis
• masalah peredaran darah - anemia, darah tinggi / rendah
• masalah mental - meningkatkan kecergasan minda
• masalah tulang / sendi - gaout, arthritis dan reumatima
• kencing manis, alergi, migrain dan lain-lain.
Rasulullah S.A.W juga telah mengesahkan kehebatan dan keajaiban habbatus sauda dan menyarankan kita menggunakan habbatus sauda untuk merawat bermacam jenis penyakit. Pembongkaran yang dilakukan oleh ahli ilmuwan dan ahli perubatan juga mengesahkan keajaiban dan kebaikan habbatus sauda. Oleh itu, tidak perlu untuk kita mempertikaikan lagi tentang kebenaran dan kesahihan bahawa habbatus sauda adalah penawar segala penyakit.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” -(HR.Bukhari, Muslim)
No comments:
Post a Comment