Susu Dan Air Kencing Unta Mengubati Penyakit Kanser?
Unta adalah sangat penting dalam tradisi dan kebudayaan Arab dan susunya adalah komponen makanan penting di negara Arab, terutamanya arab gulf. Di Kuwait ianya dijual dalam sekitar 1 Kuwait Dinar seliter, tu yang pernah Lydia beli..kalau mahal atau murah kat area lain no komen ya.
Susu Unta memang enak dan lazat jika nak dibandingkan dengan susu lembu atau kambing yang sedikit berbau hamis. Susu unta sangat bergizi berbanding dengan susu lembu kerana rendah lemak dan kolesterol serta lebih kaya dengan potasium, zat besi dan mineral seperti sodium dan magnesium.
Susu unta biasanya memiliki rasa manis dan tajam, tetapi kadang kala susu itu terasa masin dan pada saat lain terasa berair, unik bukan?.
Menurut kajian yang dijalankan kualiti susu dipengaruhi oleh jumlah anak unta, usia haiwan tersebut, kadar haiwan itu menyusui anak, kualiti dan jumlah makanan, serta jumlah air yang disediakan. Susu unta tidak perlu dimasak sehingga mendidih seperti susu lembu atau kambing. Susu unta di minum fresh terus atau disejukkan di dalam peti sejuk dan harus diminum secara perlahan untuk memungkinkan perut mencernanya dengan baik. Menurut beberapa sumber lisan yang saya dengar dai orang arab di Kuwait dan Saudi, susu unta ni kalau perut kita tak tahan mau cirit- birit. Sejauhmana kebenaranya telah terjawab kerana saya sendiri telah mencubanaya dan Alhamdulillah saya tak mengalami perkara itu dan bebrapa kawan suami dan keluarga suami saya mengalami cirri- birit selepas meminum susu unta kerana menurut mereka perut mereka dibersihkan dari segala kekotoran atau penyakit yang terdapat pada usus. Sejauh mana kebenaranya wallahualam..
Beberapa kajian telah dilakukan terhadap komposisi susu unta. “Semua kajian tersebut menunjukkan bahwa kandungan lemak per unit susu unta ialah 1.8%-3.8% mengandungi Vitamin C dan niacin jauh lebih tinggi pada susu unta. Kandungan vitamin dan protein berbeza pada susu unta. Namun, jumlah laktosa pada susu unta sama dengan laktosa pada susu lembu. Susu unta mengandungi lebih sedikit vitamin A, B2, folic acid, dan panthonthenic acid dibandingkan dengan pada susu lembu.
Susu berwarna sangat putih jika nak dibandingkan dengan susu lembu atau kambing dan ianya berbuih serta pekat. Buih yang terdapat pada susu unta harus ditapis/ diasingkan sebelum meminumnya.
Lihat perbezaan warna susu unta dan susu lembu fresh yang saya beli..
Camel Dairy Milk Ltd di Nanyuki, Kenya, dalam penelitian bersama Kenya Medical Research Institute (KEMRI) mengungkapkan bahwa susu unta dapat mengurangi penyakit diabetes kerena kaya insulin dan mencegah serangan jantung.
Susu unta juga mempunyai khasiat yang sangat luar biasa. Pada zaman dahulu, orang-orang Arab akan minum susu untuk merawat perbagai penyakit seperti sakit perut, edema (bengkak),masalah hati, asma, sesak nafas dan kencing manis. Ia juga dapat menguatkan gigi dan menjaga gusi kerana di dalam susu unta terdapat vitamin C.
Berdasarkan penyelidikan para pakar dan ilmuwan, didapati di dalam susu unta terdapat asid amino yang susunannya menyerupai susunan hormone insulin.
Susu unta juga mempunyai kadar lemak yang sedikit, antara 1,2-2,8%.selain itu, ia juga memiliki kandungan yang mampu melawan racun dan bakteria. Di sebalik khasiat susu unta yang luar biasa, ternyata di dalamnya terdapat kadar susu yang sangat tinggi mencapai peratus antara 84-91%. Tidak ada mana-mana susu pun dapat menyamai kadarnya. Subhanallah susu unta mampu bertahan sehingga 12 hari.
Khasiat minum air kencing unta...eeeeee!!!..
Sejak 3000 tahun sebelum Masihi lagi Manusia telahpun mengenali unta. Mereka menggunakan unta sebagai alat pengangkutan. Di samping itu, unta juga dijadikan sebagai sumber gizi dengan meminum susu dan memakan dagingnya.Sebenarnya yang bermanfaat dari unta ternyata bukan hanya daging dan susunya saja tetapi juga air kencingnya. Ibnu Sina, penulis kitab Al-Qanun (panduan ilmu kedoktoran), “Ketahuilah bahwa susu unta adalah ubat yang bermanfaat. Kerana susu unta mengandung zat yang dapat melarutkan secara halus dan juga mengandung zat-zat khusus yang bermanfaat. Hal ini telah dicuba kepada orang yang ditempatkan di negeri Arab.”
Seorang ilmuan King Abdul Azizi Universiti di Arab Saudi merupakan Presiden Tissues Culture Unit di Pusat Penelitian Medik King Fahd, Dr. Fatin Abdurrahman Khursyid, telah melakukan penelitian selama 5 tahun menemukan bahwa air kencing unta dapat melawan sel kanser dengan baik.
Beliau juga mengatakan bahwa air kencing unta mengandung zat alami yang boleh membasmi sel berbahaya, serta menjaga sel-sel sihat pada pengidap kanser. Penyakit kanser yang boleh disembuhkan dengan susu dan air kencing unta untuk kanser paru-paru, kanser darah, kanser perut, kanser usus besar, tumor otak, dan kanser payudara.
Ketika krisis nuklear di Jepun semakin bertambah buruk, selepas letupan di loji Nuklear Fukushima 1, “Pihak berkuasa Jepun mahu mencuba kesan air kencing unta secara santifik dalam merawat individu yang terdedah kepada radiasi nuklear bagi mencegah mereka daripada mendapat penyakit kanser.”
Dr Fatin berkata, “dia sudah menjalankan penyelidikan mulai 2004 selepas berjaya memulihkan berpuluh-puluh kes pelbagai penyakit kanser dengan air kencing unta yang diambil secara meminumnya, dalam bentuk kapsul, salap atau syampu. Pesakit yang sudah menjalani rawatan itu di Arab Saudi dan negara lain menunjukkan penyembuhan 98%.”
Susu Dan Air Kencing Unta Mengubati Penyakit Kanser.
Banyak orang yang putus harapan jikalau disahkan menghidap penyakit yang sangat berbahaya ini, apatah lagi yang telah dijangkakan tidak lama untuk hidup. Kanser merupakan suatu penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan sel-sel jaringan tubuh yang tidak normal. Dalam keadaan normal, sel hanya akan membahagikan diri untuk mengantikan sel-sel yang telah mati dan rosak sahaja. Sebaliknya, bagi sel-sel kanser, ia akan membahagi dengan cepat menyebabkan pertumbuhan tidak normal. Bukan itu saja, kanser menyebabkan kerosakan organ yang terlibat dalam proses pembahagian tersebut. Kanser adalah merupakan suatu penyakit yang amat berbahaya dewasa ini.
Ingatlah, setiap penyakit pasti ada ubatnya sekalipun penyakit itu amat berbahaya, cuma cara serta kaedah perubatan untuk penyakit ini masih menjadi rahsia bagi manusia, melainkan apa yang telah diberitahu oleh Allah. Rahsia tersebut telah terjawab apabila kajian telah dilakukan pada air susu dan air kencing unta. Air kencing dan susu unta dapat mengubati kanser. Kajian telah dilakukan kepada penderita penyakit kanser. Kajian telah dilakukan dengan tidak membenarkan mereka makan selama 40 hari melainkan hanya dibenarkan minum susu unta dan sedikit air kencing unta yang masih muda. Alhamdulillah, selepas daripada itu, mereka sembuh sepenuhnya. Kesembuhan tersebut merupakan rahmat kurniaan Allah.
Air kencing unta memiliki kandungan zat-zat yang bermanfaat seperti kalium, albumindan magnesium yang tinggi. Kaedah perubatan air kencing unta ini pernah dijadikan karya tulisan ilmiah oleh Ir.Muhammad Auhaj Muhammad. Beliau menghuraikan kaedah perubatan ini telah lama ditemui sejak berabad-abad yang lalu. Dalam karya beliau, dapat disimpulkan di sini bahawa air kencing unta memiliki kepekatan yang tinggi berbanding air kencing lain dan sangat berkesan dalam membasmi virus dan bakteria.
Selain kanser, ia dapat merawat rambut gugur dengan cara memperkuatkan rambut. Mereka yang mengalami masalah ini boleh mengunakan air kencing unta khususnya air kencing unta yang masih muda.
Di dalam hadis, Rasulullah s.a.w. mengarahkan supaya air kencing unta diminum sebagai rawatan kepada penyakit. Air kencing adalah najis namun dibenarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk diminum sebagai perubatan penawar kepada penyakit. Hadis di atas jelas menerangkan bahawa susu dan kencing unta menjadi ubat untuk beberapa penyakit seperti perut kembung disebabkan oleh radang usus besar kerana terkumpulnya zat atau enzim padanya, atau bergabungnya ratusan protein di rongga perut yang dikenal dengan edema. Penyakit tersebut boleh diubati dengan memanfaatkan susu dan air kencing unta, kerana tambahan zat antibodi yang terdapat pada susu dan kencing unta merupakan rahsia kesembuhan atau memperbaiki berbagai penyakit seperti penyakit radang hati atau heptitis B dan C, beberapa radang usus besar yang kronis, berbagai macam penyakit kanser yang masih baru, serta gangguan pencernaan.
Itulah pelbagai keterangan dan khasiat yang dikeluarkan oleh Allah Swt yang dapat menyembuhkan segala penyakit sudah tentulah dengan keizinan Allah Ta’ala. Semua itu mengharuskan kita untuk merenungi firman Allah Ta’ala tentang bagaimana penciptaan unta dibandingkan dengan binatang lain. Terkaitlah hal ini sepertimana Firman Allah Swt yang bermaksud:
“(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?” (Surah Al-Ghaasyiyah 88:17)
Hukum Berubat Dengan Minum Air Kencing Unta
Para ulama’ membolehkan berubat dengan minum air kencing unta. Antara dalil mereka adalah seperti berikut :-
Pertama : Hadis ‘Urayinin
Anas r.a. berkata: “Beberapa orang dari Ukal atau dari Urainah datang ke Madinah, sedangkan cuaca kota Madinah tidak sesuai dengan mereka (yang menyebabkan mereka selalu sakit-sakitan). Maka Rasulullah s.w.a menyuruh mereka mencari unta betina yang sedang menyusui, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu. Mereka pergi dan melakukan apa yang dianjurkan sehiggalah mereka sihat….” (Hadis Sahih Bukhari)
Hadis di atas bagi sebahagian yang mengatakan bahwa air kencing unta tidak najis, maka tidak ada masalah dan dibolehkan berubat dengan sesuatu yang tidak najis. Bagi yang mengatakan bahwa air kencing unta najis, maka peristiwa dalam hadis tersebut adalah kerana darurat sehingga dibolehkan berubat dengan air kencing unta. Air kencing unta tetap najis, akan tetapi mereka mengharuskannya bagi tujuan perubatan.
Berkata Khatib Syarbini didalam Mughni Muhtaj:
“Adapun perintah Rasulullah s.a.w. kepada al-‘Arayinin untuk meminum kencing unta, tujuannya adalah untuk pengubatan. Dan pengubatan dengan sesuatu yang najis dibolehkan, jika memang yang suci tidak boleh menggantikannya . “ (Mughni Muhtaj)
Kedua : Hadis Ibnu Abbas
Rasulullah bersabda ; “Sesungguhnya dalam air kencing unta dan susunya boleh untuk mengubati sakit perut mereka (rusak pencernaannya)“. (HR. Ahmad, Thabrani dan Thohawi)
Hadis di atas secara tegas menyatakan bahwa air kencing unta dan susunya adalah ubat untuk sakit pencernaan, dan ini menunjukkan kebolehan berubat dengan keduanya.
Ketiga: Secara Kajian Ilmiah
Terbukti secara ilmiah dan kajian saintifik bahwa air kencing unta yang dicampur dengan susu unta, boleh menyembuhkan pelbagai macam penyakit, diantaranya penyakit kanser, leukemia, hepatitis, penyakit gula (diabetes), dan penyakit kulit. Dengan berpandukan dalil-dalil diatas ini menunjukkan bahawa air kencing unta boleh digunakan bagi tujuan perubatan
azfar2011.blogspot.com/2012/03/khasiat-minum-air-kencing-unta.html
frezyprimaardi.wordpress.com
Para ulama berbeza pendapat dalam masalah ini [1] :
Pendapat Pertama: Air kencing unta tidak najis ini adalah pendapat Malikiyah dan Hanabilah,[2] serta sebagian dari ulama Syafi’iyah, seperti Ibnu Huzaimah, Ibnu Mundzir, Ibnu Hibban, Abu Sa’id Al Isthihri, Rayyani.[3]
Dalil mereka adalah sebagai berikut :
Pertama : Hadist ‘Urayinin :
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَدِمَ أُنَاسٌ مِنْ عُكْلٍ أَوْ عُرَيْنَةَ فَاجْتَوَوْا الْمَدِينَةَ فَأَمَرَهُمْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِلِقَاحٍ وَأَنْ يَشْرَبُوا مِنْ أَبْوَالِهَا وَأَلْبَانِهَا فَانْطَلَقُوا فَلَمَّا صَحُّوا قَتَلُوا رَاعِيَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاسْتَاقُوا النَّعَمَ فَجَاءَ الْخَبَرُ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ فَبَعَثَ فِي آثَارِهِمْ فَلَمَّا ارْتَفَعَ النَّهَارُ جِيءَ بِهِمْ فَأَمَرَ فَقَطَعَ أَيْدِيَهُمْ وَأَرْجُلَهُمْ وَسُمِرَتْ أَعْيُنُهُمْ وَأُلْقُوا فِي الْحَرَّةِ يَسْتَسْقُونَ فَلَا يُسْقَوْنَ
Dari Anas bin Malik berkata, “Beberapa orang dari ‘Ukl atau ‘Urainah datang ke Madinah, namun mereka tidak tahan dengan iklim Madinah hingga mereka pun sakit. Beliau lalu memerintahkan mereka untuk mendatangi unta dan meminum air kencing dan susunya. Maka mereka pun berangkat menuju kandang unta (zakat), ketika telah sembuh, mereka membunuh pengembala unta Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan membawa unta-untanya. Kemudian berita itu pun sampai kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjelang siang. Maka beliau mengutus rombongan untuk mengikuti jejak mereka, ketika matahari telah tinggi, utusan beliau datang dengan membawa mereka. Beliau lalu memerintahkan agar mereka dihukum, maka tangan dan kaki mereka dipotong, mata mereka dicongkel, lalu mereka dibuang ke pada pasir yang panas. Mereka minta minum namun tidak diberi.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Hadist di atas menunjukan bahwa air kencing unta tidak najis, karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam memerintahkan ‘Urayinin yang terkena sakit untuk berobat dengan meminum air susu dan air kencing unta. Beliau tidak akan menyuruh untuk meminum sesuatu yang najis. Adapun air kencing hewan-hewan lain yang boleh dimakan juga tidak najis dengan mengqiyaskan kepada air kencing unta.
Hadits di atas juga berlaku bagi semua unta dan semua orang, tidak dikhusukan bagi Urayinin saja, karena pada seperti dalam kaedah ushul fiqh disebutkan bahwa :
العِبرَة بِعُمُومِ اللَّفظِ لَا بِخُصُوصِ السَّبَبِ
“Teks-teks Al Qur’an dan Sunnah itu yang dipakai adalah keumuman lafadhnya, bukan kekhususan sebabnya. “ [4]
Berkata Ibnu Mundzir :
وَمَن زَعَمَ أَنَّ هَذَا خَاص بِأولَئكِ الأَقوَام فَلم يُصِب ، إِذ الخَصَائِص لَا تَثبُت إِلّا بِدَلِيل
“Barang siapa yang mengatakan bahwa hadits ini khusus orang-orang tersebut, maka orang itu tidak benar, karena kekhususan itu tidak bisa ditetapkan kecuali dengan dalil. “ [5]
Kedua : Hadits Anas bin Malik
عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي قَبْلَ أَنْ يُبْنَى الْمَسْجِدُ فِي مَرَابِضِ الْغَنَمِ
“Dari Anas berkata, “Sebelum masjid dibangun, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam shalat di kandang kambing.” (HR. Bukhari)
Dibolehkan shalat di dalam kandang kambing menunjukkan bahwa kencing kambing tidak najis, karena kandang kambing pasti ada kencing dan kotoran kambing.
Ketiga : Jabir bin Samurah
عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَأَتَوَضَّأُ مِنْ لُحُومِ الْغَنَمِ قَالَ إِنْ شِئْتَ فَتَوَضَّأْ وَإِنْ شِئْتَ فَلَا تَوَضَّأْ قَالَ أَتَوَضَّأُ مِنْ لُحُومِ الْإِبِلِ قَالَ نَعَمْ فَتَوَضَّأْ مِنْ لُحُومِ الْإِبِلِ قَالَ أُصَلِّي فِي مَرَابِضِ الْغَنَمِ قَالَ نَعَمْ قَالَ أُصَلِّي فِي مَبَارِكِ الْإِبِلِ قَالَ لَا
Dari Jabir bin Samurah bahwa seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah s.a.w “Apakah kami harus berwudhu karena makan daging kambing?” Baginda menjawab, “Jika kamu berkehendak maka berwudhulah, dan jika kamu tidak berkehendak maka janganlah kamu berwudhu.” Dia bertanya lagi, “Apakah harus berwudhu disebabkan (makan) daging unta?” Baginda menjawab, “Ya. Berwudhulah disebabkan (makan) daging unta.” Dia bertanya, “Apakah aku boleh shalat di kandang kambing? ” Baginda menjawab, “Ya boleh.” Dia bertanya, “Apakah aku boleh shalat di kandang unta?” Bsginda menjawab, “Tidak.” (HR. Muslim)
Dibolehkannya shalat di dalam kandang dalam dua hadits di atas menunjukkan bahwa air kencing kambing adalah suci tidak najis, karena biasanya kandang kambing itu tidak bisa terlepas dari air kencing dan kotoran kambing.
Ketiga : Kaedah Fiqh yang disebut dengan al baraah al asliyah (pada dasarnya segala sesuatu yang belum ada hukumnya itu kembali kepada asalnya) dan asal dari segala sesuatu itu suci termasuk air kencing unta atau kambing,barang siapa yang menganggapnya najis, maka dia harus mendatangkan dalil, dan tidak didapatkan dalil.[6]
Pendapat Kedua : Air kencing unta dan sejenisnya adalah najis. Ini adalah pendapat Hanafiyah dan Syafi’iyah. [7]
Berkata Qadhi Husain dari Ulama Syafi’iyah :
“Menurut madzhab kami, bahwa apa yang keluar darinya seperti air kencing atau kotoran adalah najis, baik dari binatang yang dagingnya dimakan atau yang dagingnya tidak dimakan, baik itu kotoran burung, maupun bukan burung. “[8]
Mereka berdalil dengan keumuman hadits-hadits yang menunjukkan bahwa air kencing itu najis, diantaranya adalah :
Pertama : Hadits Ibnu Abbas,
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَبْرَيْنِ فَقَالَ إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ الْبَوْلِ وَأَمَّا الْآخَرُ فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ثُمَّ أَخَذَ جَرِيدَةً رَطْبَةً فَشَقَّهَا نِصْفَيْنِ فَغَرَزَ فِي كُلِّ قَبْرٍ وَاحِدَةً قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ فَعَلْتَ هَذَا قَالَ لَعَلَّهُ يُخَفِّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا
Dari Ibnu ‘Abbas berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lewat di dekat dua kuburan, lalu beliau bersabda: “Sesungguhnya keduanya sedang disiksa, dan keduanya disiksa bukan karena dosa besar. Yang satu disiksa karena tidak bersuci setelah kencing, sementara yang satunya suka mengadu domba.” Kemudian beliau mengambil sebatang dahan kurma yang masih basah, beliau lalu membelahnya menjadi dua bagian kemudian menancapkannya pada masing-masing kuburan tersebut. Para sahabat pun bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapa engkau melakukan ini?” baginda menjawab: “Semoga siksa keduanya diringankan selama batang pohon ini basah.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Hadits di atas menjelaskan bahwa orang yang tidak bersuci (cebok) setelah kencing akan diadzab di dalam kubur, hal ini menunjukkan bahwa air kencing itu najis, termasuk di dalamnya air kencing hewan yang boleh dimakan.
Kedua : Hadits orang Badui yang kencing di masjid
عن أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَامَ أَعْرَابِيٌّ فَبَالَ فِي الْمَسْجِدِ فَتَنَاوَلَهُ النَّاسُ فَقَالَ لَهُمْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعُوهُ وَهَرِيقُوا عَلَى بَوْلِهِ سَجْلًا مِنْ مَاءٍ أَوْ ذَنُوبًا مِنْ مَاءٍ فَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ وَلَمْ تُبْعَثُوا مُعَسِّرِينَ
Abu Hurairah berkata, “Seorang Arab badui berdiri dan kencing di Masjid, lalu orang-orang ingin mengusirnya. Maka Nabi s.a.w bersabda kepada mereka: “Biarkanlah dia dan siramlah bekas kencingnya dengan setimba air, sesungguhnya kalian diutus untuk memberi kemudahan dan tidak diutus untuk membuat kesulitan.” (HR. Bukhari)
Perintah Rasulullah s.a.w untuk menyiram bekas air kencing dengan air, menunjukkan bahwa air kencing itu najis, termasuk di dalamnya air kencing binatang yang boleh dimakan seperti unta dan kambing.
Ketiga : Hadits Anas bin Malik
عَنْ أَنس قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : تَنَزَّهُوا مِنَ الْبَوْلِ ؛ فَإِنَّ عَامَّةَ عَذَابِ الْقَبْرِ مِنَه
Dari Anas, bahwasanya ia berkata, bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Bersihkan dari air kencing, karena sesungguhnya kebanyakan adzab kubur itu dari air kencing ( yang tidak dibersihkan ) “ (HR. Daruquthni)[9]
Masalah Kedua : Hukum Berobat Dengan Minum Air Kencing Unta
Para ulama membolehkan berobat dengan minum air kencing unta.
Adapun dalil mereka adalah sebagai berikut :
Pertama : Hadits ‘Urayinin di atas
Hadits di atas bagi kelompok yang mengatakan bahwa air kencing unta tidak najis, maka tidak ada masalah. Dan dibolehkan berobat dengan sesuatu yang tidak najis. Bagi yang mengatakan bahwa air kencing unta najis, maka peristiwa dalam hadits tersebut adalah karena darurat. Sehingga dibolehkan berobat dengan air kencing unta– walaupun menurut mereka najis- karena darurat.
Berkata Khatib Syarbini :
وَ أَمَّا أَمرُه صلَّى اللُهُ عَليه وسلم العُرنِيِين بِشُربِ أَبوَالِ الإبل فَكَان لِلتّدَاوِى و التَّدَاوِي بِالنَّجَس جَائزٌ عِند فَقدِ الطَاهِرِالذي يَقُوم مَقَامَه
“Adapun perintah Rasulullah saw kepada al-‘Arayinin untuk meminum kencing unta, tujuannya adalah untuk pengobatan. Dan pengobatan dengan sesuatu yang najis dibolehkan, jika memang yang suci tidak bisa menggantikannya . “ [10]
Kedua : Hadits Ibnu Abbas, bahwasanya Rasulullah bersabda :
إِنَّ فِي أَبْوَالِ الْإِبِلِ وَأَلْبَانِهَا شِفَاءً لِلذَّرِبَةِ بُطُونُهُمْ
“Sesungguhnya dalam air kencing unta dan susunya bisa untuk mengobati sakit perut mereka (rusak pencernaannya)“. (HR. Ahmad, Thabrani dan Thohawi) [11]
Hadits di atas secara tegas menyatakan bahwa air kencing unta dan susunya adalah obat untuk sakit pencernaan, dan ini menunjukkan kebolehan berobat dengan keduanya.
Ketiga: Terbukti secara ilmiyah dan uji laboratorium bahwa air kencing unta yang dicampur dengan susu unta, bisa menyembuhkan berbagai macam penyakit, diantaranya penyakit kanser, leukemia (kanker darah), hepatitis, penyakit gula (diabetes), dan penyakit kulit.
Kesimpulannya, dari dua pendapat ulama tentang hukum air kencing unta, maka yang terlihat kuat dalilnya adalah pendapat yang mengatakan bahwa air kencing unta, kambing, dan semua hewan yang boleh dimakan adalah suci dan tidak najis.. WallahuA’lam.
Nilah serba ringkas mengenai unta yang dapat saya sharekan bersama hasil dari sedikit pengatahuan sendiri dari keluarga, kawan- kawan dan mengGOOGLE, kalau nak lebih banyak cariklah sendiri dengan Google sendiri ya :)
Asslmkum Lydia..
ReplyDeleteBanyak info dapat ni.Thank's utk perkingsian ni. Tapi akk tak pernah lg rasa susu unta. :)
Walaikumsalam Sis ibh__sue..actually lydia pon baru ni je minum, sblm ni takut sbb ramai dok racun my mind la kata kalu minum susu unta & pewot tak tahan mau cirit birit..tu yg seremzzz.. & tak lalu pon sama.. dek kerana nk buat ubat carik susu kambin tak jumpa kat sini maka tawakal pada Allah try je la.. alhamdulillah ok tak cirit & susu ni pekat serta lain macam sikit la dari susu biasa
DeleteAssalamu 'alaikum . saya ber peluang utk minum susu unta dan amat sedap. saya jumpa blog ni pn dalam usaha utk membeli susu unta fresh, yg ad susu tepon unta adalah. dimana boleh cari kat mesia, tk.
ReplyDeletewalaikumsalam... shukran sebba sudi singgah ke blog Lydia..kalau dapat follow lagi chantek..hihiihihh..
DeleteActually kalau kat Msia tu no idea la sebab Lydia di Kuwait ni pon pernag beli yang dicampo ngan aie..tapi masa g UAE dapat minum pree memang PEKAT & MELEKAT panas2.. kalau perot ada kotoran minum ni elok cuci pewot tu..hehhehhe..
Maaf ya tak dapat jawab soalan U tu kat ner nk cari camel milk kat msia
thanks good info, dok cari gak kat malaysia kalau2 ada susu unta fresh...
ReplyDelete