Wednesday, January 23, 2013

SURIA YA SYRIA..PEACE!


AMARAN: Perjalanan ke Syria amat tidak digalakkan kerana keadaan krisis politik yang amat teruk lagi merbahaya kini telah meningkat kepada perang saudara. Sejak dari 2011, pergolakan dalam negara terus meningkatkan dan beribu-ribu orang telah tercedera dan terbunuh. Beberapa negara telah mengeluarkan amaran perjalanan, jadi berunding dengan pejabat asing anda sebelum perjalanan ke Syria. Jika anda perlu pergi ke Syria, lihat Perang zon keselamatan.


Syria merupakan ssebuah negara yang sederhana besar (185.180 km persegi atau 72.150 batu persegi), Syria terletak berpusat di rantau Timur Tengah dan mempunyai sempadan darat dengan Turki di utara, dengan Israel dan Lubnan di selatan, dan dengan Iraq dan Jordan di timur dan selatan-timur masing-masing.
Penduduk Syria adalah sebagian besar Arab (90%), dengan minoriti besar dari kumpulan etnik yang lain: Kurd, Armenia, Circassians dan Turki. Bahasa rasmi adalah Bahasa Arab, tetapi difahami ada juga loghat Kurdish, Armenia, Turki, Perancis dan Inggeris.

IHSAN POK CIK GOOGLE..
(Ni bukan mak atau bapa mertua saya ya..tapi pakaian ibu/bapa mertua saya memang begini..ni adalah pakaian tradisi orang arab Hourani dan masih wujud sampai ke hari ini, pakaian ni bukan untuk dipakai pada majlis tertentu tapi sebagai pakaian harian/ bahasan mereka cuma sejak kebelakangan ni saja golongan muda mudi lebih suka kepada pakaian morden)

Republik Syria adalah rasminya sekular. Walau bagaimanapun, ia banyak dipengaruhi oleh agama majoriti Islam (90% daripada penduduk, yang berpecah antara 74% Sunni Muslim dan 16% Islam yang lain, Alawites dan Druze). Terdapat minoriti besar Kristian yang berjumlah kira-kira 10% daripada penduduk.
Presiden Syria Bashar al Assad, menggantikan bapanya Hafez al Assad selepas kematiannya pada 10 Jun 2000. Bashar al Assad berlajar untuk menjadi opthalmologist (doktor mata) di Damsyik dan London, Bashar telah dipersiapkan untuk memegang jawatan presiden selepas kemalangan 1994 kereta abangnya, Basil. Akibatnya, beliau menyertai tentera dan menjadi kolonel pada tahun 1999. Kedudukan Bashar sebagai ketua negara Syria bergantung kepada presiden Parti Baath dan perintah-in-chief tentera.
Rejim Assad dan Parti Baath memiliki atau mengawal majoriti media Syria. Kritikan presiden dan keluarganya tidak dibenarkan sama sekali di media asing mahupun tempatan, kebanyakkannya maklumat mengenai keluarganya banyak ditapis kerana ianya dianggap mengancam atau memalukan kerajaan.
Kebebasan akhbar relatif timbul selepas Bashar menjadi presiden pada tahun 2000 dan lesen penerbitan swasta pertama dalam tempoh hampir 40 tahun. Tindakan keras dikenakan, pelbagai sekatan mengenai pelesenan dan kandungan telah menyatakan syarat untuk pelesenan swasta, stesen radio komersial FM, yang berkuatkuasa pada masa yang sama, bahawa stesen radio tidak dapat menyiarkan berita atau kandungan politik.
Dalam erti kata lain rakyat Syria tak mempunyai kebebasan untuk menyuarakan pendapat atau bercakap mengenai pemimpin mereka secara terbuka. Jika anda berpeluang melawat ke Syria sebelum ini anda akan lihat hampir di keseluruhan Syria ada terpampang gambar besar/ poster Bashar. tak cukup di jalanan dan juga bangunan anda juga akan dapat melihat dikenderaan awam serta di rumah- rumah juga terpampang gambar Bashar.
Betapa sayangnya mereka pada prisiden mereka. Pengalaman saya pernah di halau keluar rumah oleh anak adik ipar yang berumur 5 tahun kerana bergurau mengatakan Bashar tak bagus.. Masha'Allah terdetik di hati saya mengatakan begitu kuat semangat patriotiknya budak kecik ni.
Tapi sejak berperang dalam tahun 2011 hingga kini banyak poster serta patung/tugu Bashar di koyak atau dirobohkan.
Suami saya berasal dari daerah houran yang berketurunan houran. Hanya orang Syria yang tahu apa itu Houran. Houran ni kira macam suku kaum etnik la.. Mereka mempunyai adat, budaya, pakaian, makanan mahupun dailek tersendiri. Gambar kat bawah ni menunjukkan wilayah Houran melepasi dari damascus ke sempadan Jordan.

Antara makanan Houran yang sering di hidangkan di rumah saya adalah, khubus roshem atau tabeih meleihie (terkenal dengan nama mansaf kat Jordan) yang di hidangkan bersama burgul atau nasi.
Dan wilayah houran inilah jua yang sekarang tengah femes berperang..


 Tabeih Melihie/ Shakriye atau lebih dikenali dengan mansaf di Jordan adalah sejenis sup yang diperbuat dari yogurt dan daging serta sedikit kentang. Dalam bahasa houran dan arab yogurt kering ini dipanggil jammed. (gambar dibawah)



Khubus Roshem.. Khubus dalam bahasa melayu roti. Roti ni lain dari yang lain dan teksturnya labih berat dan mois tak lembut seperti roti biasa. Ianya amat sedap dan unik. Untuk memasaknya pula perlulah menggunakan acuan khas (gambar dibawah)serta oven khas juga. Roti ni menggunakan minyak zaitun yang banyak, yeast, gula, garam, bijan, herbatusauda serta jintan manis. Rasanya roti ni hanya terdapat di daerah houran saja sebab kat tempat lain serta negara arab yang lain memang tak ada dan tak pernah saya nampak pon ..




No comments:

Post a Comment