Dah tak tahu nak masak apa dan bosan gak makan sdn bhd. Kangkong bi lydia beli kat Kedai Thailand di Kuwait city, harga memang Swadika.. sepack kecik jer dalam 7RM la..tapi dek kerana tengok kangkong ni fresh je so terpanggil- pangil nak beli satu. Lydia masak nasik goreng je la buat buka posa. Nanti malam kalau lapar lagi rebus ubi cicah kelapa parut dah..senang, cepat dan sedap.
Nasi Goreng Kampung Kangkong Thailand
11/2 cawan nasi putih
1 biji cili ijau
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
ikan bilis goreng
kangkung
2 sb minyak masak
garam / serbuk perasa
sedikit minyak bijan
Bahan lain/hiasan:-
Timun
sup
keropok goreng
telo goreng
bawang goreng/ daun bawang umtuk taburan
Tumbuk cili, bwg putih dan bwg besar hingga lumat.
Panaskan minyak dalam kuali.
Gorengkan bilis hingga garing.
Masukkan bahan tumbuk,tumis hingga bwg kekuningan/naik bau.
Masukkan kangkong, garam dan gaul rata.
Masukkan nasi putih, gaul rata dan masukkan minyak bijan. Gaulkan biar sebati dengan menggunakan api perlahan lebih kurang 2-3minit.
Ok, siap, hidangkan bersama kuah sup, keropok, timun dan telur serta taburkan daun bawang/bawang goreng di atasnya :)
Selamat mencuba & menjamu selera
** Kalau suka pedas blhmasukkan cili padi bukan cili ijau. lydia tak makan cili so this is my taste
No comments:
Post a Comment