Wednesday, January 23, 2013

SUP GEAR BOX LEMBU ARAB

Musim sejuk- sejuk gini kalau dapat makan sup panas- panas memang best. Lydia ni memang salah seorang penggemar sup tak kira masa dan apa saja clear soups. Walaupon sup yang lydia buat ni tak setanding sup yang Tok buat menggunakan dapor kayu api tetapi jadilah untuk mengubat rindu makan sendiri. Sememangnya this is my 1st time masak sup gear box,selalu my mom atau Tok je masak. Rasanya lydia rebus dalam periuk presure cooker selama 3 jam barulah lembut dagingnya. Abis la gas nanti sapa lak nak tolong tukarkan :(
Lydia buat sup ni untuk berbuk puasa tadi..hirup sup ni tak yah makan nasik pon ok dah kenyang. Nasi yang lydia boh dalam pinggan tu lydia simpan balik sebab tak makan pon. Sememangnya beginilah kalau makan sendirian berhad...
Meh tengok resepi lydia yang sempoi ni..
Oh ya! kalau anda suka pedas leh gak ketuk cili api boh masa last minutes sebelum offkan api baru berasap telinga masuk gear 1..hehehheeeee..


SUP GEAR BOX LEMBU ARAB
Tulang gear box/ lutut lembu
Tulang ribs/ daging
4 ulas bawang kecil(ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih(ditumbuk halus)
1 inci halia(diketuk sedikit)
1/2 camt lada sulah powder
Sdikit batang celery
Mnyak utk menumis
Kulit kayu manis*
Bunga lawang*
Bunga cengkih*
Buah pelaga*
Air secukupnya
Garam/ perasa
meeat tanderizer

Bahan tabur
daun sup/ daun bawang
bawang goreng

Basuh bersih kesemua tulang/ daging.
Bila dah mendidih buangkan air dan gantikan air baru, masukkan celery serta halia dan meat tanderizer.(Saya selalu buat macam ni kerana untuk menggurangkan sedikit lemak tepu)
Rebus sehingga isi pada tulang lembut(nak tau lembat ke tak tengok isi akan tertanggal sedikit dari tulangnya).
Dalam periuk lain, panaskan minyak tumiskan bawang hingga terbit baunya, masukkan bahan bertanda dan serbuk lada sulah, bisrkan sehingga terbit baunya dan masukkan ke dalam periuk yang menggandungi tulang/daging tadi.
Masukkan garam/ perasa,reneh sehingga daging empuk sepenuhnya.
Kalau suka anda boleh potong tomato 4 bahagian dan masukkan ke dalam sup selama 5 minit. Saya tak letak sebab terlupa.
Matikan api, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Sedia untuk dinikmati.

Note:- Kalau anda suka masam leh perahkan sedikit lemon/lime semasa nak makan.

6 comments:

  1. salam lydia,baru tau skrang rupanya air rebusan pertama dibuang ye....?rasa sayang pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam..that is my style la kak..tak de yg ngajo sdri fikir..Kak Nina Malinda cayang..SAYANGI DIRI KITA..KESIHATAN HAYAT YANG AMAT BERHARGA..hehhehee Sekurang2nya lydia dah ikhtiar buangkan kuman atau lemak tepu..Bukan rebus lama pon just 1st mendidih terus buang & gantikan air baru berserta halia..rasa tetep sama dan malah air sup kita nampak cantik sikit tak le lebam sangat. Sbb kami suami isteri kuat makan daging..& me alone can eat more then kilo daging tau sekali hadap..

      Delete
  2. Assalamualaikum..
    Salam perkenalan. Tak sangka mencari cara nak buat laksa boleh terjumpa org M'sia kat Syria.
    Saya pun selalu buang air rebusan pertama. Mengurangkan mabuk kepala lepas pekena sup-sup yg seangkatan sup gearbox tu...
    Baru lepas baca Suria ya Syria. Take care Sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.. salam perkenalan ..maaf lambat reply sebab my network kat sini bad sangat. Lydia buang air rebusan pertama sbb nk kurangkan sikit kolestrol
      jangan lupa singgah lagi ya..shukran sbb sudi menyinggah!

      Delete
  3. Sori Sis, baca older entries... duduk kat Kuwait rupanya tapi suami Sis org Syria. .. dah clear konpiusnya..

    ReplyDelete