Monday, January 21, 2013

REZ ASFAR MA' JAJ/DAJAJ (ARABIC YELLOW RICE WITH CHICKEN)


Nasi yang popular dalam my family in law. Resepi ni lydia dapat dari my Syrian SIL. Ni adalah nasi yang simple, cepat dan sedap, my FIL kalau ada jamuan memang nasi ni jadi pilihan mereka. Orang arab Syria memang tak makan nasi setiap hari macam arab khaleej. Kalau makan pun sebulan 2-3 kali jer tu pun ada yang makan nasi sebulan sekali. Makanan asasi mereka adalah roti..pagi petang siang malam mereka tak jemu makan roti, kalau bagi makan nasi pun nak juga 2-3 keping roti dihidangkan bersama nasi, katanya tak puas dan tak akan kenyang perot kalau tak masuk roti. Hah! berat bertambah berat la.. Geleng kepala mereka dengar orang ASEAN makan nasi tiap hari, pagi petang siang malam… Apa susah beras senang nak dapat dan murah di Negara kita dan di Negara mereka beras agak mahal. Mereka hanya guna BASMATHI ATAU BERAS MESIR.. tapi bagi yang susah atau miskin dalam istilah lain tu mereka akan guna beras dari Mesir.. Beras Mesir ni pendek- pendek dan berkanji, sesuai buat manisan atau bubur sebab kalau salah masak memang lunyai la. Actually nasi ni dah over 1 years lydia masak, untuk dibawa ke rumah teman di Mangaf Kuwait iaitu Kak Lynn sempena majlis kenduri kesyukuran suaminya selamat balik dari haji tahun 2011 kot kalau tak salah..(Nghehheheee..pecah rahsia). Memang banyak gambar masakkan Lydia terperok kat folder sebab M-A-L-A-S nak lawan dengan keSELOwan internet untuk update N3,last- last TERlupa. Bila tayang kat my FaceBook ada gak kawan- kawan bertanya resepi..tu yang gagahkan diri menaipnya, ni pon amik masak more then hours nak boleh masuk N3. Sedih ngan network kat my area ni..bayar mahal= mahal ini balasanya.. :(
Ah! penat membebel jom layan resepi mudah kat bawah ni dan silalah cuba dan bagi feed back ya
Shukran Jazilan ..

REZ ASFAR MA' JAJ/DAJAJ (ARABIC YELLOW RICE WITH CHICKEN)
8 cawan basmati
8 cmb minyak masak + 6 cmb minyak sapi**
2 ekor ayam- potong ikut suka dan dibersihkan*
4 helai daun bay*
2 labu bawang besar- quartered*
4 ulas bawang putih-belah dua*
1 batang kulit kayu manis*
1/2 cmt lada hitam biji*
5-6 biji cardamom*
1 inci halia-diketuk sikit*
1 cmt all spices*
Garam secukup rasa*
Air untuk merebus ayam*
#sedikit pewarna kuning -1 cmt

Bahan tabur:-
Kismis-di goring hingga keemasan-tak boh sebab terlupa
Pine nut/ almond- di goring hingga keemasan-tak boh sebab terlupa
Bawang goring
Sedikit fresh chopped corainder leave (in BM daun ketumbar kalau tak salah)
Kismis dan badam/pine nuts digoreng hingga keemasan, ketepikan.


Bersihkan beras, rendam dalam air yg telah dicampurkan dengan garam yang banyak (11/2 cmb+-) selama 20-30 minit dan toskan.
Dalam periuk masukkan semua bahan* dan rebus sehingga ayam masak, lebih kurang 45 minit.
Bila ayam dah masak, keluarkan ayam dari periuk dan asingkan ayam serta stock/sup
Tapiskan air rebusan ayam tadi.
Dalam periuk lain, panaskan bahan** dan goreng beras kira 2-3 minit hingga transparent dan masukkan air rebusan ayam yang panas, anggaran 12+- cawan air+ air rebusan tadi (ikut jenis beras juga ok).
Dengan menggunakan api yang besar biarkan nasi mengelegak, masukkan sedikit garam.
Bila mendidih, kacau sedikit dan tutup periuk rapat periuk tadi.
Biarkan sehinggan hampir kering dan perlahankan api.
Masukkan sedikit pewarna kuning di lubang- lubang air pada beras, tutup periuk dan biarkan hingga kering air sepenuhnya dalam 15-20minit.
Bila nasi masak offkan api, biarkan seketika dalam 5 minit baru gembur-gemburkan sedikit nasi dengan garfu supaya nasi cantik terlerai.
Hidangkan nasi dalam pinggan hidangan yang besar. Hiaskan dengan ayam yang telah dibakar tadi dan taburkan bahan tabur/hiasan.
Sedia untuk dihidangkan dengan salad dan salsa kegemaran anda.
Note:- Sementara menunggu nasi anda boleh bakar/grill ayam dalam oven


Ayam bakar/Grill
1/4 C oilve oil
1/4 C soya sos pekat
1/4 C sos BBQ-(tambah kasi bau smokey sikit)
1/4 C tomato paste
1 camt lada hitam serbuk
1/4 cmt arabic mix spices

Campur kesemua bahan hingga sebati dan lumurkan pada ayam.
Susun ayam atas tray/dulang pembakar.
Bakar/grill menggunakkan api atas bawah hingag golden

2 comments:

  1. lydia, kuah kale merah dalam mangkuk hijau tu apa ye? boleh bagi resepi? Ini Uji Uzairi from Facebook.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uji Uzairi... tu namanya maraq..rasanya resepi ada kat dlm blog ni sila selongkar.. sudikanlah MemFOLLOW lydia di sini ya..shukran sbb sudi datang menjengah ke blog lydia yang tak seberapa ni

      Delete