HALIA
Nama Botani- Zingiber Officinale Ross
Halia merupakan salah satu jenis rempah ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam masakan timur dan barat, malah ia merupakan salah satu antara rempah yang terpenting diperniagakan di dunia. Ia berasal dari Asia Tenggara dan sekarang ditanam secara meluas di seluruh dunia. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand.
Halia
Firman Allah SWT ;
{ وَيُسْقَوْنَ فِيهَا كَأْسًا كَانَ مِزَاجُهَا زَنْجَبِيلًا } [ الْإِنْسَانِ 17 ]
“Mereka (ahli syurga) diberikan minuman segelas yang campurannya adalah halia” - Surah al-Insan ayat 17.
Khasiat dan Kegunaan- Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat- ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan/ membantu pencernaan, mamanaskan badan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani, menghilangkan rabun mata kerana udara lembab, mengurangkan bau nafas, menghilangkan kahak, ubat penyakit buasir dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada.
Ramai para pengamal perubatan berkata :”Jika manusia mengetahui banyaknya manfaat yang diperolehi dari halia, pasti mereka membelinya walaupun dengan seharga emas”
Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri
No comments:
Post a Comment