Atas permintaas resepi ni khas ku tujukan (hahahha..macam tuju lagu..) KHAS untuk my dearest sister Azliha. tadi tanyakan I resepi donat & glaze… Sebenarnya dah over then 1 year tak menDONUT sebab masalah teknikal. Bagi tak menghampakan Kak Azliha, saya korek resepi lama yang selalu I buat SPECIAL for her & her family..Sory ek, picture kat bawah tu is NOT my picture. My glaze doughnut picure tak de sebab my flash memory sakit kena virus yang teruk, ilang sumer data..gambo ni sebagai idea kat U olls jer. I dah buat macam ni untuk birthday party anak pompuan my sis in-law & dia suka sangat. Lembut, gebus dan cun!...
Glazed Doughnut (18 biji ikut+- saiz )
1 cmb dry yeast
2 cmb gula
1/4 cwn air suam +-
1 1/2 cwn warm fresh milk
1/2 cmt garam
2 biji telur ayam
1/3 cwn shortening
5 cwn tepung gandum / high-protein
Minyak untuk deep fry
Masukkan Yeast dan gula ke dalam air suam, kacau siket bagi gula larut dan biarkan hingga berbuih. Masukkan tepung ke dalam bekas besar, buat lubang ditengahnya, campurkan semua bahan-bahan dan uli hingga sebati dan tak lekat kat mangkuk adunan tu.(Perghhh... lenguh giler) Mix sampai doh tak melekat pada bowl. Tutup atau simpan doh/adunan dalam bowl dan tutup dgn kain lembab dan simpan dalam oven yang tertutup rapat (INGAT oven tu jangan on api ok, just nak bagi cepat naik jer). Biar sampai naik 2 kali ganda. Tabur tepung atas papan canai, canai doh tadi setebal 1/2 inci. Terap menggunakan Doughnut cutter/acuan donat. Susun dalam loyang, jarakkan dan tutup dgn kain lembab, biarkan hingga kembang sekali lagi. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan. Make sure minyak tu betul- betul panas,kalau tak nanti donat jadi tak CUN dan serap banyak minyak. Flip-flip kan dia supaya rata kelernya. Angkat dan letakkan di atas kitchen paper supaya serap X-tra minyak.
Note:- Kalau nak wat frozen, goreng separuh masak je (agak2 dah nampak kuning sikit/light golden, terus angkat dari kuali). Sejukkan, simpan dalam bekas dan masuk dalm peti sejuk. Kalu nak guna keluarkan biar ilang sejuk, goreng jer..senang punya kerja..tak bazir.
Untuk Glaze:-
1/3 cwn butter
2 cwn gpowder sugar
1 1/2 sudu kecil vanilla
5 cmb susu segar suam ( tambah jika perlu)
Cairkan butter dalam microwave, masukkan powder sugar dan esen vanilla. Kacau sikit, campur beberapa sudu susu segar suam sampai glaze jadi "nipis"(tak terlalu pekat dan tak terlalu cair sangat, ikut suka, bagi saya biar cair sikit sebab tak nak TERLALU manis..SERAMMMMMMMMmm, kalau nak buat glaze kalerful dan berperisa boleh gantikan esen vanila tu dengan pelbagai esen seperti:- esen lemon+1-2 drops pewarna kuning, strawbery esen+ 1-2 drops pewarna merah, respbery esen+1-2 drops pewarna unggu etc). Celupkan 1 permukaan jer donat-donat tadi semasa masih panas, susun atas cooling rack bagi lebihan gula drip off, kalau suka leh tabur chocolate rice, kekacang etc atau lorekkan/paipkan dgn warna yang berlainan supaya nampak belang- belang di atasnya. Bila dah sejuk lebih kurang 5 minit+-, taraaaaa! donatku yang berkilauan, kalerful, cun dan sedap!. Insyallah sure anak- anak suka.
Note:- Kalau nak glaze tebal jangan masukkan banyak liquid..tapi BAHAYA boleh maut kencing manis.
Kurangkan manis dalam makanan & minuman tapi lebihkan manis dalam senyuman:)
No comments:
Post a Comment