Nak beli tak ada di jual di sini, tekak nak makan itu ini. Teringat chicken floss pemberian Kak Pah Oum Kareem masih ada apa lagi dgn pantas aku change inti maka jadilah POPIA MINI versi derhaka ni, sedap la...mau tak
Tapi apa- apa pun aku tabik spring TOINGGGGGG... la kat akak- akak yang ambik oder jual popia atau karipap mini ni sebab leceh giler nak buat benda- benda kecik ni one by one, kalu kat Malaysia jangan mimpilah aku nak buat siap $ jer beli. Nak habiskan 1/2 packet pun macam nak putus urat leher. Bukan senang nak cari rezeki halal kan? Tu la tiap manusia tu Allah ciptakan dengan
Popia Mini
kulit popia secukupnya
putih telur yang dicampur dengan sedikit air
inti-chicken floss secukupnya
minyak untuk menggoreng
Masukkan sedikit inti ke atas kulit popia dan gulung kecil memanjang. Sapukan dengan putih telur supaya ia melekat. Buat sehingga habis dan goreng dalam minyak yang panas sehingga kuning keemasan. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment