Friday, August 26, 2011

CORNFLAKES MADU

Hai, raya kat perantauan lagi la tahun ni. Memang raya kat sini tak best langsung dan selama 6 tahun berhari raya di perantauan ni tak pernah sekalipun terlintas di kepala otakku nak buat OPEN HOUSE, jauh lagi nak buat kue..tah apa mimpi tahun ni terasa nak buat kue kerana nak balas pinggang ipar yang bagi kue, tu jer..so carik le resepi yang paling simple dan cepat siap...huhuhu cornflake ni bagi kat budak tadika pon leh buat. Tapi aku tak guna gula walau sedikit pon just madu jer dan cornflake pun guna cornflake diet.


CORNFLAKES MADU


150 gram cornflakes
60 gram butter
80gram madu
Hiasan :- Manik warna warni
Cairkan butter masukkan,madu dan cornflakes gaul rata. Susun mini papercup, ambil sesudu dan sudukan ke dalam papercup, buat sampai abis, taburkan manik warna warni atas cornflakes. Bakar dgn suhu 170C selama 10 minit jer. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment