KUIH TIRAM
Tak tahu yang mana satu betul nama kue ni..ada yang panggil kue tiram, kue lidah buaya, kue kapal terbang dan tah apa- apa lagi la..
Walau apa pun namanya tak kisahlah yang penting kue ni rangup dan lembut, tak keras pon so yang tak bergigi pon boleh makan.
500gm tepung
1 biji telur
2 camb margerin
sedikit garam
160ml air
5 cmb tepung jagung*
5-6 camb minyak masak*-satukan jadikan ia smooth paste dan ketepikan
Satukan tepung gandum, telur, majerin, garam dan air sehingga menjadi doh yang lembut, licin dan senang diuli(kalau lembik tambah sedikit tepung dan begitulah sebaliknya). Bahagikan doh kepada beberapa bahagian/ bebola kecil sebesar telur ayam grade A. Ambil satu doh dan canai nipis. (kalau anda malas buat bulat besar dan canai, tapi anda akan dapat saiz yang lebar, dan kue anda pon secara autonatiknya akan menjadi besar).
Saya suka buat kecil- kecil kerana sennag nak simpan dan NGAP!
Sapukan doh yang telah dicanai tadi dengan paste tepung jagung, sapu rata macam sapu jem atas roti tu...
Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari.
Ambil ketul doh kecil tadi, canai leper dan goreng hingga kekuningan. salutakan dengan gula halus atau kalau nak pedas sira dengan cili macam buat kerepek ubi.
Sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment