No idea 2day nak share sikit untuk update ari nie. TOMATO sejenis sayuran yang berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya? Sapa suka makan tomato dan sapa lak tak suka makan tomato?
Tomato atau nama saintifiknya Solanum Lycopersicum L, merupakan family sayur2an. Ia kaya dengan vitamin C atau asid askorbik yang banyak khasiatnye untuk penjagaan kesihatan tubuh badan seperti menghaluskan kulit dan mengelakkan pertumbuhan jerawat dan awet muda, makan tomato banyak2 dan xyah beli cream yang mahal atau BOTOX.
Warna
Likopena mengandungi kebaikan antioksidan yang dapat menlancarkan perjalanan darah dalam badan. Satu kajian yang dijalankan di Havard mendapati ia mengandungi anti-oksidan yang dapat mengatasi kanser daripada merebak. Bahan tersebut adalah lycopene, dimana ia dapat mengurangkan risiko kanser prostat.
Eksperimen tomato mentah dan yang masak dibandingkan, didapati kandungan Lycopene adalah paling tinggi dalam buah yang telah dimasak. Ini adalah kerana haba telah memecahkan sel-sel tomato dan lebih banyak bahan anti-oksidan itu telah dihasilkan. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.
Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John, berkata cara terbaik bagi menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato dan produk masakan yang diperbuat daripada bahan itu. Beliau berkata, berdasarkan kajian saintifik, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil.Mary berkata, sumber terbaik untuk mendapatkan likopena ialah dari sos spagheti, jus tomato, tembikai, pes tomato, sup tomato, cili sos dan sos koktel. Beliau berkata, kira-kira 80% likopena terkandung di dalam produk tomato dan buah tomato tetapi hakikatnya, tomato yang sudah dimasak mengandungi likopena yang lebih tinggi dari yang mentah.
Selain daripada lycopene, tomato juga mengandungi vitamin, zat dan mineral yang diperlukan oleh badan. Risiko untuk mendapat penyakit jantung dapat dikurangkan. Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati kandungan lycopene dalam lemak lelaki sihat adalah lebih tinggi daripada yang berpenyakit jantung. Ini jelas menunjukkan bahawa dengan memakan buah tomato secara berterusan dapat mengekalkan kandungan bahan anti-oksida yang tinggi dalam badan dan seterusnya risiko penyakit kronik dapat dikurangkan. Dari segi seksologi pula, buah tomato dapat meningkatkan tahap kesuburan lelaki dimana kandungan mineralnya dapat menambah kelajuan sperma ketika menuju ke dalam rahim. Dengan ini, keberangkalian untuk mendapat anak menjadi lebih tinggi.Wallahualam...
Kandungan zat dalam tomato (setiap 100g) :
Protein - 1.4 g
Karbohidrat - 3.6 g
Lemak - 0.2 g
Serat - 0.4 g
Kalsium - 12.0 g
Besi - 0.8 g
Fosforus - 28.0 mg
Beta karotina - 790 ug
Vitamin B1 - 0.18 mg
Vitamin B2 - 0.09 mg
Niacin - 0.3 mg
Vitamin C - 25.8 mg
La Tomatina adalah sebuah festival yang dibuat di bandar valenciĆ BuƱol, di mana peserta melemparkan tomato antara satu sama lain. festival ini diadakan pada hari Rabu terakhir pada bulan Ogos setiap tahun, selama seminggu.
MEREPEK dan MEMBAZIR betul, berjuta-juta tomato di datangkan khas dari Extremadura,bukan Madura Indonesia tapi sebuah tempat yang juga berada di Spanyol akan digunakan untuk memeriahkan festival berkenaan. Tomato ini memang ditanam untuk tujuan festival ni. Kat Somalia & Afrika kebulur tak de makan ysng dia orang ni membazir!... :)
Hey there! This is my first visit to your blog!
ReplyDeleteWe are a group of volunteers and starting a new initiative in a community
in the same niche. Your blog provided us useful information to work on.
You have done a extraordinary job!
My web blog - perfumes