Tuesday, June 04, 2013

RENDANG PARU ALA MINANG






Rendang minang agak berbeza dengan rendang biasa kerana banyak menggunakan cili api untuk merendangnya, tapi kalau Lydia yang buat sendiri mau ingat lah kan cili tu akan ku cari yang sweet cili jer..hehhehe kata orang nampak merah tapi tiada rasa. itulah ciri- ciri cili pilihanku, siap test lagi masa nak beli cili kat supermarket. kalu beli kilo senang rasa kalau yang dalam kotak siap  Lydia jolok atau korek ngan jari nak cucuk ngan kuku dan rasa cili tu..kalau pedas, FAIL tak akan beli ler tapi kalau tak de rasa ok Lydia beli. Tapi ni bukan cili padi tapi cili besar merah.
Bahan lain sama seperti membuat rendang biasa, kecuali rendang orang utara kerana rendang orang utara ala kari/ gulai tapi pekat. Lagi satu keunikan rendang yang nak Lydia share hari ni adalah rendang paru bukan daging. Kalau ada lain organ dalaman like hati, atau limpa pon ok gak. Walaupon tak pernah buat tapi pernah makan kat restoran minang di Malaysia dolu- dolu.  Tapi jika anda ingin mengunakan daging sahaja pun boleh jer. 
Lagi satu yang paling best bagi orang semalas Lydia ni kan adalah teknik  merendangnya yang tak perlu menumis bahan-bahan kisar tu, semuanya dicampak- campakan atau di leburkan sekali kecuali santan dan kerisik. Jadi dapo kiat pon bebaslah dari percikkan dan kuranglah kerja nak lap dapo..heheheheheee.. I LIKE IT!
Ia dimasak dahulu sehingga daging menjadi kecut/ empuk dan mesra dengan rempah-rempahnya, kemudian barulah dimasukkan santan dan kerisik serta direndang sehingga kering. Kepedasan anda boleh kurang atau lebihkan mengikut selera anda. Selamat mencuba!
RENDANG PARU ALA MINANG
Paru yang telah di celur 1/2 masak, dipotong dadu ikut suka
Santan pekat
Kerisik ( tak boh sebab tak ada)
Bahan kisar/ blend 
Bawang besar
Bawang putih
Cili padi/cili besar

Kunyit hidup
Lengkuas
Halia

Serai-diketuk
Jintan manis 
Jintan putih
KetumbarGaram secukup rasa
Daun limau purut
Daun kunyit diracik halus-jika suka



Dalam periuk/ kuali, masukkan paru bersama kesemua bahan kisar/ blend, serai, jintan manis, jintan putih, ketumbar dan daun limau purut.
Masakkan sehingga paru lembut/ empuk dan hampir kering airnya.
Kemudian masukkan santan, kacau sehingga santan pekat.
Masukkan daun kunyit, kerisik dan garam. 
Kacau sehingga kering sepenuhnya.
Angkat sedia untuk hidangan.

No comments:

Post a Comment