Tuesday, May 14, 2013

RAINBOW CAKE CREAM CARAMEL step by step


Arrgggghhhhh...kek dah cun..karamel pon dah cun tapi salah loyang, terletak dalam loyang rendah maka berbakilah adunan kaler maler kek ku (boh dlm kap kek bako jer..).. huhu..
I learn from mistake..konon loyang baru tak terpikir la otak ni..bukan pestaim buat tapi dah berkali- kali.. tapi puas hatilah sebab lapisan puding kat atas tetap menawan dan tebal..itu yg nak pon.. teksture kek dan kemanisan dah ok kali ni .. hepi sangat bila kita buat orang puji dan suka rasa nak buat lagi..ngeeeee... Papepon tengok sendirilah kejadiannya ngancam tak? walaupon kek dan puding sama tinggi yang pasti jadi dan sedap serta licin..alhamdulillah ya Rab! Meh tengok my versi ni..
Rainow Cake Cream Caramel Step by Step-Loyang 8 inci / 20cm (yg sepatutnya ya)

Untuk Gula Hangus:
2 sudu besar gula (jangan boh banyak gula nanti itam cream caramel tak cantik)
11/2 camb air paip
Masukkan gula di tengah loyang kek  bersama air.Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. 
karamel ni akan mengeras, biarkan jer kerana gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Bahan-bahan untuk Puding :-
400ml susu cair Carnation
3 biji kuning telur (Putih telur terus boh ke dalam mangkuk pengadun/lain untuk meringue)
2 biji telur (Lydia pakai grade A)
110 gram gula castor
1 sudu kecil esen vanila
Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. 
Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun/lain untuk meringue nanti yer..
Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning. 
Satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar, kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih sebab kalau berbuih cream karemal akan bersarang mcm kek sarang lebah gula hangus lak.Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi, bila masuk je bancuhan puding ni PLEASE jangan panik kalau dengar bunyi krek seperti kaca pecah.Ketepikan dulu adunan ini.
Now sediakan pula lapisan untuk kek.

Bahan-bahan untuk Kek/ Adunan 1 (Meringue)6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)50 gram gula castor1 camt cream of tar tarPukul putih telur sehingga berbuih.Masukkan cream of tar tar dan masukkan gula castor sedikit demi sedikit hingga hais kesemuanya (dalam 3-4 kali).Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan bertanduk, kalau tonggeng mangkok ni ianya tak tumpah, ketepikan. 
Guna mixer yang sama tak yag rajinkan diri nak basuh and lap terus buat adunan 2 (kek) 

Adunan  2 (kek)
3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
130 ml air
50 ml minyak masak
60 gram gula castor
140 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Ayak tepung bersama baking powder, ketepikan.Pukul kuning telur dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
Masukkan air serta gula castor dan pukul lagi sehingga kembang.
Offkan mixer, kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, kacau perlahan- lahan dengan senduk kayu/ spatula secara kaup balik sehingga semua sebati.
Masukkan 1/4 adunan 1/meringue ke dalam adunan 2/kek. 
Kaup balikkan perlahan-lahan, kemudian masukkan 1/2 lagi adunan 1/merigue kacau rata secara kaup balik dan ulangi sehingga habis adunan 1/ merigue.

Bahagikan adunan kepada 4 bahagian sama banyak (+- 150g per mangkok).
Warnakan dengan warna pilihan anda.
Sudukan ke dalam loyang puding tadi. 
Adunan kek ni akan terapung dan berlari- lari sikit, anda kejarlah ia sebaik mungkin....bila dah 1/2 adunan dimasukkan baru ianya stabil tak HYPERAKTIF lagi. .hihihi
Cara nk mencantikkan belang :-
1st layer = 4 camb ijau > 4 camb kuning di tengah adunan ijau >  4 camb Pink di tengah adunan Kuning  dan 4 camb Pepel,  ulangi step 4 camb ni untuk semua warna 2 kali yer.
2nd layer=  3 camb ijau > 3 camb kuning di tengah adunan ijau >  3 camb Pink di tengah adunan Kuning  dan 3 camb Pepel,  ulangi step 3 camb ni untuk semua warna 2 kali gak.
3rd layer= 2 camb ijau > 2 camb kuning di tengah adunan ijau >  2 camb Pink di tengah adunan Kuning  dan 2 camb Pepel,  ulangi step 2 camb ni untuk semua warna 2 kali gak.
4th layer 1 camb ijau > 1 camb kuning di tengah adunan ijau >  1 camb Pink di tengah adunan Kuning  dan 1 camb Pepel,  ulangi step 1 camb ni untuk semua warna sehingg abis.


On kan oven 180C dan panaskan air hingga mendidih.
Masukkan loyang kek ni ke dalam 1 loyang lain yang lebih besar sedikit darinya, masukkan air panas dalam loyang 1 satu yang besar dan masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi, letak di rak yang paling bawah. 
Cara ni dipanggil double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak. 
Ckeck ler air tu sesekali yer jangan sampai kering kontang pulak.
Cara nak uji kek anda masak ke tak dengan mencucukan tengah kek sengan pencungkil gigi, kalau keluarnya bersih maka in shaa Allah amsak masak ler kek tu. 
Setelah masak keluarkan dan biarkan kek di dalam oven yang kita dah off kan switch tadi selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
Keluarkan dan terbalikkan ke atas pinggan hidangan, kek ni akan turun mengelongsor sendiri.
Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati dengan kitchen tissue supaya kek tidak basah dan comot rupanya. 
Masukkan dalam peti sejuk, paling kurang 1-2 jam sebelum nak hidangkan.
Potong kek semasa kek betul- betul sejuk ok, kek ni sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk. 
Selamat mencuba dab menjamu selera.

No comments:

Post a Comment