Salam sejahtera semua. Actually agar- agar buat untuk pot luck Coffee Morning, Asean Ladies in Kuwait. Setiap bulan memang diadakan Coffee Morning, just jumpa makan minum ramai- ramai sambil mengeratkan silatulrahim dikalangan ASEAN ladies yang terdiri dari Malaysia, Philipine, Thailand, Indonesia, Brunei. Setiap bulan perjumpaan akan diaturkan di tempat- tempat yang berbeza. Di pendekkan cerita....Masa Lydia letak jelly ni kat meja hidangan kat Coffee Morning Asean Ladies tak ada yang berani amik makan kerana mereka ingat wax hiasan..hahhahaaaa..pelik betul! Bila Lydia amik nak makan 1 of Philinpe lady taya Lydia, boleh makan ker? Terkejut Lydia dan Lydia tanya dia balik kenapa pulak tak leh makan.. dia jawab, dia ingatkan ini wax deco kat meja..hahhaaa..lydia jawab ni jelly la baru di amik makan dan past tu 1 by 1 datang amik makan. Hai kelakor pulak orang asing ni. Pada jamuan macam ni lah kami dapat bertukar makanan, resepi dan cerita. Tapi memang betulkan sekali pandang memang macam wax. Jome tengok resepinya yang simple ni..
WAX JELLY ROSE
Bahan A
7g agar-agar strips
60 gm gula(nak manis boh lebih)
500-600 ml air
1 helai daun pandan (simpul)
100ml santan pekat*
Bahan B
7g agar-agar strips
60 gm gula pasir
500-600 ml air
secubit garam
100ml santan pekat*
Bahan C
acuan kesukaan anda
sedikit sirap rose
Masak Bahan A kecuali bahan bertanda* sehingga mendidih dan hancur agar2nye dan tapiskan.Dalam periuk berlainan masak Bahan B serentak dgn A, keculi bahan bertanda* sehingga mendidih dan hancur serta tapiskan.
Bahagikan A dan B kepada 2 Bahagian.
1A masukkan sirap rose saja
2A sirap rose +1/2 santan
1B santan
2B plain tanpa pewarna/santan, just clear jer
Basahkan acuan dengan air, tuangkan baik air dan mulakn proses melapis.
Tuangkan 1A, biarkan sehingga sedikit keras, cakarkan permukaanya dan tuangkan 2A.
Bila 2A agak mengeras cakar sedikit permukaannya dan tuankan 1B dan akhir sekali bila 1B sudah keras sedikit cakar permukaanya dan tuangkan 2B.
Biarkan sehingga membeku/ keras sepenuhnya dan simpan dalam peti sejuk.
Sedia untuk dihidangkan.
Note:- Agar-agar yang hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yang kecil, supaya ia sentiasa cair.

No comments:
Post a Comment