Sunday, March 31, 2013

ROZ/REZ SAYADEH (RICE WITH FISH ARABIC STYLE)


Assalamualikum dan terima kasih kepada sahbati yang setia singgah kat blog Lydia..
Sejak kebelakangan ni Lydia jarang post N3 kerana network di Kuwait ni makin menjadi- jadi slownya dan kadang kala taka ad service langsung menjadikan Lydia double triple MALAS, nak ikutkan N3 tu banyak tapi dek kerana si network very poor dan fenant nak menunggu depan lappy maka terbantut segalanya kerja..
N3 hari ni adalah resipi hidangan nasi dan ikan . Ia adalah resepi tradisional Arab Saudi. Mr Huby katan nak makan ikan tapi ngan ansik so tau la nasik yang makan ngan ikan tu nasi nasi Sayadeh ler jawabnya Versi asli nasi ni maybe berasal dari Lubnan, rasanya sikit manis sebab bawang tu digoreng dengan gula hingga golden brown/ caramelize. Sememangnya laup pauk yang manis ni sedari azali Lydia sefamily tak suka dan memang kami tak letak gula dalam masakan lauk pauk kecuali air dan manisan jer...:) Terberkahwin lak ngan orang arab yang sememangnya PANTANG masakan lauk pauk manis so tak jadi amsalah ler bagi Lydia nak masak. Kalau U olls nak masak ikit cara asal senang je, masa goreng bawang tu add sikit gula..yang lain sama saja step dan bahanya. Jom tengok resepinya dan buat..

ROZ/REZ SAYADEH (RICE WITH FISH ARABIC STYLE)
NASI
1 1/2 cawan basmathi-cuci,rendam air garam selama 1 jam dan toskan
1 labu besar bawang, didadu kasar
2 cawan stok ikan/ kalau tak ada pakai air panas biasa pon ok je la..
4 camb minyak masak
1/4 camt cumin powder*
A pinch of tummeric powder*
1/4 camt arabic mixed spices*
kulit kayu manis*
2-3 kuntum bunga cengkih*
2-3 biji cardamom pods*
garam secukup rasa jika perlu
1 biji small loomy* (kalau tak aad pon tak per)
Roasted almond nuts
2 camb chopped fresh corainder leave

Panaskan minyak daalm periuk dan goreng bawang hingga garing, macam bawang goreng dan apabila bawang dah garing masukkan bahan bertanda*, goreng sehingga naik baunya dan masukkan beras. Teruskan menggoreng selama 2-3 minit hingga beras menjadi transparent dan sebati rempah ratusnya.
Kemudian masukkan stock ikan/ air panas mengelegak.
Masak hingga mendidih dengan api yang besar dan tutupkan periuk dengan penutupnya.
Bila air hampir kering, kacau sedikit nasi dengan garfu perlahan-lahan, dan perlahankan api serta tutup kembali periuk dengan kemas dan tanaklah nasi seperti biasa sehingga nasi masak.
Apabila nasi masak matikana api dan biarkan 5 minit, jangan dikacau kerana takut nasi patah tak cantik.
Selepas 5 minit gemburkan sedikat nasi menggunakan garfu dan letakkan di atas pinggan hidangan, susunkan ikan di atasnya dan taburkan chopped corainder leave berserta almond nuts.
Tarrraaaa... sedia untuk dihidangkan bersama dakous atau salsa tomato dan salata(salad)..
Selamat mencuba:)
NOTES:- Sementara menunggu nasi bolehlah anda goreng ikan

IAKN
2 ekor ikan kerapu (small saiz)
minyak masak-deep fry
1/2 biji lemon-diperah jusnya
1 camt arabic mix spices#
1 camt cumin powder#
1/2 camt corainder powder#
1/4 cmt tummeric powder#
1/4 cmt black paper powder#
garam dan lada hitam secukup rasa#( digaul bersama)
1/4 cawan tepung gandum
Sementara menunggu nasi masak sediakan..
Ikan yang dibersihkan dipotong kepada 3 bahagian dan ditoskan lebihan airnya.
Masukakn perahan lemon ke atas ikan dan biarkan seketika hingga meresap jusnya.
Masukkan bahan bertanda# dan gaul sebati..(tinggalkan sedikit rempah ratus campur ni dalam 1 camt ) dan biarkan seketiaka dalam 30 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, sebelum goreng ikan lumurkan ikan dengan tepung gandum yang dicampurkan dengan lebihan rempah tadi dan goreng hingga garing.
Angkat dan ketepikan

No comments:

Post a Comment